Assalamualaikum ♥, Alahai! Macam-macam peel la budak kecik ni... Pandai naik... Tapi tak reti nak turun kerusi. Pastu pulak selamba j...

Pulak dah... Reti naik tapi tak reti nak turun ~

/
3 Comments



Assalamualaikum ♥,
Alahai! Macam-macam peel la budak kecik ni... Pandai naik... Tapi tak reti nak turun kerusi. Pastu pulak selamba jer duduk kat atas kerusi... Tonton tv sambil pegang remote. Macam tau remote tu untuk apa...

gambar bayi paling comel, gambar baby comel,


Tengah tengok kartun kesukaan dia ni... Ipin Upin... Entah! Berhantu sungguh kartun ni... Pantang dengar lagu ipin upin... Cepat-cepat pergi depan tv bagai kena pukau.

Kemudian, pernah gaklah suatu petang aku tertidur dan Alia aku biarkan bermain. Mula-mula tidur-tidur ayam... Entah! Bila aku terlelap aku pun tak tau. Sekali aku sedar... Hambik kau, Alia dah kat atas kerusi dah. Bederau darah aku weiii... Perut lagila kecut. Nasib baik Alia tak jatuh. Kalau jatuh tak tau nak kata apa.

Right now, ruang tamu rumah kami macam padang jarak padang terkukur dah... Kerusi semua ayah Alia letak dalam bilik... Tinggal set tempat letak tv jer lagi. Huhu... Seperti rumah baru pulak aku tengok...

Aktif sungguh dia sekarang sampaikan aku pun dah naik letih layan karenah dia... Dahla tu mulut dia bising macam orang jual minyak cap kuat. ekeke...

Namun... Aku berdoa dan berharap semoga Alia menjadi seorang yang berguna suatu hari nanti.

Di saat entri disiarkan... Aku tengah layan budak kecik ni tengok kartun. Seawal jam 5 pagi dah bangun.

Bangun-bangun duduk sebelah aku. Terkejut dibuatnya. Satu yang bagus pasal Alia... Dia akan tersenyum sebaik jer bangun dari tidur. Sejuk dan sayu jer tengok.

emo lah pulak.

Ok! Aku rasa baik aku ciou dulu sebelum Alia berebut handphone dengan aku...

Bye....




ARTIKEL LAIN DI SINI

3 comments:

  1. dah pandai panjat2 ye alia.pastu tak reti tyurun.comel sgt..:)

    budak2 mmg la lasak..aiman dulu tak berani panjat2.dia mmg tak berani sgt dengan tinggi..tp klu bab lain mmg lasak..naik pening gak la melayan macam fiza melayan alia.lgpun boy ni lasaknya lain sikit.hehe

    ReplyDelete
  2. amboii..comelnyer..budak2 kan..:)

    ReplyDelete
  3. bahaya gak ni kalau dah pandai panjat... tak boleh ditinggalkan...

    ReplyDelete