Assalamualaikum ♥ , Alhamdulillah! Syukur pada Yang Esa kerana telah memberi peluang dan ruang untuk aku terus berkongsi cerita di alam...

~ Hey! Boleh ke guna bedak talkum?

/
2 Comments


Assalamualaikum ,
Alhamdulillah! Syukur pada Yang Esa kerana telah memberi peluang dan ruang untuk aku terus berkongsi cerita di alam maya.

Sejak ada Alia... Banyak perkara baru yang wajib aku pelajari. Terutamanya tentang penjagaan bayi. Bercakap pasal penjagaan bayi, sudah pastinya kelengkapan bayi menjadi perkara penting dalam list untuk dibeli termasuklah bedak talkum. Bayi boleh ke guna bedak talkum?. Hurmmmm... 

Kalau Alia... Memang tak boleh guna bedak talkum. Pernah dulu masa umur dia 3 bulan aku cuba sapukan bedak talkum pada badan dia. Kononnya, suka bayi berbau lebih wangi... Padahal bau bayi memang dah semulajadi berbau harum. Lepas tu... Petangnya, habis merah-merah kat badan dia terutama kat leher. 

Akhirnya aku mengambil keputusan supaya tidak menggunakan bedak talkum lagi, tapi sebaliknya bertukar kepada losyen gohnsons baby sampailah sekarang. Alhamdulillah! Alia dah takde masalah alahan lagi.

bedak talkum, keburukan bedak talkum kepada bayi,

******************************

Aku gak ada terbaca dalam buku soal jawab kanak-kanak dan bayi hasil penulisan Doktor Carol Cooper di mana beliau mengatakan bahawa bayi sebenarnya tidak memerlukan bedak talkum kerana granulnya menganggu kulit bayi. 

******************************

Tapi kan... Anak saudara aku ok jer guna bedak talkum. Sejak umur sebulan lagi dah guna. Takde apa-apa pun....

So, how?

Rasanya terpulanglah kepada penerimaan bayi kan. Ada yang boleh, ada yang tak boleh... Yang penting kita kena sentiasa peka dengan kesihatan anak-anak kita. Itu yang penting. Kekadang anak menangis juga disebabkan ketidakselesaan terhadap apa yang kita pakaikan kat mereka (^_~).







ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. org kita mmg suka pakaikan bedak talkum byk2 pada baby..suka je baunya wangi.bedak pun mmg sinonim dengan baby..

    kta2 doc tu mmg ada benarnya tp sejak kita kecik2 dulu dh guna bedak talkum ni semua Alhamdulillah takde pape kan..

    mgkin alia tak sesuai dengan bedak talkum tu kot.fiza penah cuba ke bedak jenis lain?ke mmg alia tak sesuai dengan semua jenis bedak talkum?hehe

    muni malas sikit nak losyenkan..klu bedakkan tu mmg wajib buat pas baby mandi..:)

    ReplyDelete
  2. @Puan Kutu~ Fiza ada try 2 jenis jer Muni. Memang Alia tak boleh guna bedak talkum. Sian betul :)

    ReplyDelete