Assalamu'alaikum... Entri ke-3 untuk hari ni. Alhamdulillah! Sekali lagi En. Hussien belikan satu lagi buku buat Alia. Aladdin and t...

~ Buku yang ke-11?

/
2 Comments


Assalamu'alaikum...
Entri ke-3 untuk hari ni. Alhamdulillah! Sekali lagi En. Hussien belikan satu lagi buku buat Alia. Aladdin and the lamp. Murah jer... RM9.90 jer. 

11 ekor kucing terdapat dalam buku ni... Alia suka cari!
Kenapa beli buku? dan Kenapa dalam bahasa English?

Dulu... Masa masih berpantang lagi suamiku dah mula belikan buku untuk Alia, sampaikan mak aku kata "buat apa beli buku, Alia bukan reti baca lagi... Tapi takpelah... Beli sikit-sikit, nanti bila dah besar Alia dah ada banyak buku untuk dibaca".

Sendiri tanya dan sendiri jawab. Itulah mak aku. Sealiran pemikiran dengan kami. Hakikatnya tujuan kami beli buku adalah supaya nanti taklah banyak sangat duit nak dikeluarkan sekaligus untuk beli buku dan sekurang-kurangnya Alia akan ada perpustakaan mini kat rumah. InsyaAllah! Tu salah satu cara untuk kami berjimat. Berjimat bukan bererti kedekut. Al-maklum jelah, bila dah ada anak seharusnya bijak berbelanja. Taklah nanti... Belum sampai hujung bulan... Poket dah kosong.

Kenapa pulak dalam bahasa omputeh. Saja... Nak dedahkan Alia dengan 1 atau 2 perkataan omputeh. Sekurang-kurangnya dia terbiasa.

Orait! That it's omongan kosong aku...

Wassalam...

Nota kali : Malam nanti InsyaAllah aku akan terjah blog kengkawan yer..




ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. bagusnya idea akk ni..aduh, teringin nak ada anak sendiri..nak didik dia..nak ajar dia membaca..bestnya.. :)
    mngkin sy pun nak ikut cara akk juga laa..dari ank kita kecik kita beli kan sikit2 buku..saya dah lama pendam hsrat nak ada ppustakaan mini.. :)

    ReplyDelete
  2. good idea.tak pernah terfikir macam tu..dulu masa aiman baby belikan jugak buku tp byk yg dikoyakkan.haha skang dh beso ni baru kumpul buku cerita buat koleksi

    ReplyDelete