Assalamu'alaikum... Alhamdulillah! Untuk hari ni berkesempatan gak untuk aku updated  blog walaupun banyak kerja yang nak kena seles...

~ Siapakah patut dipersalahkan?

/
2 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah! Untuk hari ni berkesempatan gak untuk aku updated  blog walaupun banyak kerja yang nak kena selesaikan. Nak buat macam mana... Benda yang kita minat. Sesibuk mana pun pasti akan dilakukan gak. Betul tak?

Aku percaya... Semua orang kat dunia ni mesti berfikiran seperti aku. Macam bercinta gak. Kalau dah suka. Lautan api sanggup direnangi. Hehe... Tu pasal cinta...

Tapi entri aku kali ini bukanlah nak berkongsi cerita pasal cinta bagai... Tapi ingin berkongsi satu artikel di harian metro hari ni yang bertajuk "Bayi 16 bulan telan 42  magnet". Bagaimana ia boleh berlaku?

Menurut artikel tersebut... Kejadian ini berlaku di Moscow apabila seorang ibu membiarkan anaknya bermain dengan magnet di dalam bilik. Dipercayai gak... Ibu tersebut sedar bahawa anaknya telah menelan 42 magnet setelah melihat ketiadaan magnet. Akhirnya bayi tersebut dikejarkan ke hospital.

Nasi dah jadi bubur... Nak buat macam mana. Sian bayi tu... Tak pasal-pasal telan 42 magnet.

Pada aku...

Bayi seusia ni memang perlukan pemerhatian dan pengawasan. Yelah... Bayi seusia ni bukannya tau pun nak bezakan yang mana baik, yang mana buruk. Kalau kita bagi najis sekali pun... Mungkin dia akan makan.

Satu lagi... Pemilihan permainan anak juga seharusnya diambil perhatian. Alahai... Janganla bagi permainan yang bersaiz kecik pada bayi seusia ni. Confirm! Masuk dalam mulut punya. Percayalah...


Anak adalah anugerah tak ternilai harganya. Tak semua orang akan memilikinya. Amanah yang Allah berikan kepada kita untuk kita jaga sebaik mungkin. Moga apa yang berlaku ke atas bayi berusia 16 bulan ini menjadi ikhtibar buat kita.





ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. ish...melampau laa kalau biarkan anak main tanpa pengawasan....jg anak bukan boleh buat main2...

    ReplyDelete
  2. dh la tinggalkan anak sorang pastu bg main benda kecik plak..tak dpt bayangkan la cmna budak tu boleh telan magnet sebanyak tu

    ReplyDelete