Assalamu'alaikum...
Mata aku tak ngantuk lagi.... Merajuk kot. Disebabkan tak ngantuk, tetiba rasa nak bercerita di blog. Lagipun... Aku tengah search permainan dan video yang boleh meransang otak bayi... Tapi tetiba pulak aku tertengok info terkini tentang Latest Playstation... Selalunya bebudak selalu sebut PS sebagai singkatan.

Haha... Sebenarnya aku kurang arif pasal PS semua tu... Nampak sungguh jakun kan. Tapi aku memang tak berapa nak minat dengan game lagi dah. Nak-nak dah bergelar mak orang. Lagi takde masa nak main.

Orait! Berbalik kepada cerita asal iaitu berkaitan dengan playstation 4... Apa yang aku tahu hasil daripada google secara keseluruhannya. Terbaru... Syarikat Sony, sebuah syarikat gergasi Jepun telah melancarkan permainan video PS4. 

Menurut info yang diwar-warkan di akhbar online... PS4 akan diketengahkan sebagai video mudah Alih dalam dunia peranti mudah alih dan aliran internet berasaskan cloud. Selain itu menurut artikel gosip IT Harian Metro... Berikut adalah spesifikasi PS4 yang akan diketengahkan....

   ● Menggunapakai cpu jaguar terbaru AMD dengan kelajuan 1.6GHz
   ● Mempunyai 8 teras cip dan
   ● Dijangka mempunyai rekaan hampir sama dengan Xbox 720.

Tu berkaitan PS4...

Macam mana pulak yang aku nak cari sebenarnya.... Haha... Alih-alih aku cuma dapat download Abc Song jer untuk Alia.

Hurmmmm... Nanti aku nak tunjukkan kat Alia. Mesti dia suka punya. Pantang dengar lagu, mesti goyangkan tangan.... Konon-konon menarilah tu.... Hehe.

Bila tengok Alia tidur. Rindu pulak dengan telatah dia semasa bangun. Walaupun letih menjaganya, tapi hati tetap terhibur. Betapa seronoknya kan menjadi seorang ibu. 
  
Aku rasa cukup kot celoteh aku sampai sini... Lagipun line internet ni ha... Lambat sangat.

Ok! Bye...

Wassalam...