Assalamu'alaikum...
Hurmmm... Mentang-mentang malam nak menjelma. Entri aku kali ni pun pasal malam... Memang sinonim malam dan tidur. Waktu yang sememangnya untuk merehatkan badan setelah seharian sibuk right! . Bercakap pasal tidur. Mesti kita dok fikir pasal posisi tidur kita. Aku percaya, setiap orang pasti punyai macam-macam posisi tidur yang berbeza. 


Kalau aku... Aku tak suka tidur telentang. why! Takut kalau cicak terkencing atau terberak. Kang tak pasal-pasal kena badan. lagi ok kalau badan... Kalau kena muka macam mana? (*** Haha... Alasan tak logik sungguh!). Tapi serius... Aku memang tak suka tidur telentang... Rimas dan tak selesa. Aku lebih suka tidur mengiring... Tak kira arr.. Kiri atau kanan.

Korang? (*** Soalan manusia yang bajet ada orang nak baca entri ni).

Tapi... Selalunya, yang kita tak suka tu yang mendatangkan kebaikan. Aku pernah bacalah dalam majalah iSIHAT... Di mana pakar daripada American Academy of Dermatology mengatakan bahawa tidur telentang boleh membebaskan tekanan! dan mengelakkan kita daripada kelihatan cepat tua. 

Betul atau tidak... Wallahualam.

Pada aku... Kalau tak nak kelihatan cepat tua,  kenalah jaga kesihatan terutamanya hal pemakanan. Dan... Kita gak kena pandai mengawal perasaan kita agar tidak mengalami tekanan... Sebab tekanan adalah salah satu punca gak kita cepat tua.... Haha... Seperti sorang doktor lah pulak. Tak! Semua info yang aku kongsikan sebenarnya kebanyakkan hasil daripada pembacaan aku. Moga memberi manfaat yer...

Wassalam...


Nota kaki : Alia pun suka tidur mengiring. Like mother, like son... Hehe.