13 February 2013

~ Burger oh Burger




Assalamu'alakum ♥,

Entri kali ni aku ingin berkongsi cerita mengenai makanan kesukaan ramai iaitu burger. Bila makan burger... Aku selalu terfikir " dari mana datangnya burger haa... Dan siapa yang telah memperkenalkannya?"... 


Baru-baru ni aku ada terbaca dalam majalah iSIHAT di mana terdapat info menarik terhadap persoalan yang sering aku fikirkan.

Ternyata... Sejarah burger pada dasarnya bermula dengan panggilan hamburger ketika pengenalannya pada akhir kurun ke-18 di Jerman. Seorang pelayar dikatakan mengunjungi Jerman dan membawa makanan istimewa yang dipanggil Hamburger steak. Ia kombinasi daging cincang yang dibakar dan dicampurkan dengan bawang serta dimakan dengan roti. Kemudian... Telah dipopularkan oleh J. Walter Anderson yang telah membangunkan perkhidmatan makanan segera pada tahun 1904 dan memperkenalkan sistem White Castle Hamburger... Dari situlah wujudnya burger sampaila sekarang.

Hurmmm... Rupanya. Terjawab sudah dan burger paling aku suka ialah burger telur dan mesti tambah cheese. Tak sah kalau takde cheese. Hehe...


3 comments:

  1. burgerrrr makanan favorite saya!

    paling suke burger ayam RM2 tepi jalan tu :)

    ReplyDelete
  2. semua org suka makan burger kot.sape tak suka mmg rugilah..

    sy pun suka cheese.aiman tak suka..:)

    ReplyDelete