Assalamu'alaikum... Begitulah adat orang popular mesti ramai peminatkan... Tengok sajalah 3 artis terkenal Malaysia iaitu Lisa Surih...



Assalamu'alaikum...
Begitulah adat orang popular mesti ramai peminatkan... Tengok sajalah 3 artis terkenal Malaysia iaitu Lisa Surihani, Zizan Razak dan Aaron Aziz... Dah melebihi sejuta pengikut twitter mereka. 

Sumber gambar adalah daripada Mstar Online

Hurmmm... Bilalah pengikut twitter aku nak seramai tu yer, nak cecah 100 pun susah. Jangan bermimpi di siang harilah... Itulah bezanya orang yang popular dengan orang biasa seperti aku. Jauh langit dari bumi... Hehe. Memang pun jauhlah kan. Betul lah tu! kalau tak... Tak jadi pun perumpamaan tu. 

Sebenarnya, nak tambah kenalan tu senang jer kalau kita rajin. Tapi kalau malas macam aku ni alamat tak bertambah ler pengikut.



Assalamu'alaikum... Tertunai gak hajat aku nak buat sambal belacan ikan bilis dengan nasi lemak. En. Hussien siap bawak bekal lagi. ...



Assalamu'alaikum...
Tertunai gak hajat aku nak buat sambal belacan ikan bilis dengan nasi lemak. En. Hussien siap bawak bekal lagi. Alhamdulillah!






Assalamu'alaikum... Begitulah reaksi pertama aku bila terbaca satu artikel bertajuk " Harga organ di pasaran gelap " dalam...



Assalamu'alaikum...
Begitulah reaksi pertama aku bila terbaca satu artikel bertajuk "Harga organ di pasaran gelap" dalam majalah iSIHAT keluaran Disember 2011. Masa mengemas bilik bacaan En. Hussien aku tertengok tajuk kat cover. Tertarik... Terus ke halaman berkaitan... 

Wah! Serius! Mahal giler organ kita... Tapi aku tetap tak sanggup nak jual walaupun harganya memang agak lumayan. Blink-blink mata tengok kan...

harga organ manusia, organ, harga organ di pasaran gelap,


Patutlah ada yang sanggup jual organ badan kan... Macam dalam berita baru-baru ni, di mana 9 orang rakyat di negara China ditanggap kerana menjual organ dan juga mengajak orang lain untuk menjual.

Hurmmm... Nak dapatkan wang ada bermacam-macam cara. Hanya tinggal sanggup atau tidak.

Wallahualam...

Assalamu'alaikum... Entri ke-3 untuk hari ni. Alhamdulillah! Sekali lagi En. Hussien belikan satu lagi buku buat Alia. Aladdin and t...



Assalamu'alaikum...
Entri ke-3 untuk hari ni. Alhamdulillah! Sekali lagi En. Hussien belikan satu lagi buku buat Alia. Aladdin and the lamp. Murah jer... RM9.90 jer. 

11 ekor kucing terdapat dalam buku ni... Alia suka cari!
Kenapa beli buku? dan Kenapa dalam bahasa English?

Dulu... Masa masih berpantang lagi suamiku dah mula belikan buku untuk Alia, sampaikan mak aku kata "buat apa beli buku, Alia bukan reti baca lagi... Tapi takpelah... Beli sikit-sikit, nanti bila dah besar Alia dah ada banyak buku untuk dibaca".

Sendiri tanya dan sendiri jawab. Itulah mak aku. Sealiran pemikiran dengan kami. Hakikatnya tujuan kami beli buku adalah supaya nanti taklah banyak sangat duit nak dikeluarkan sekaligus untuk beli buku dan sekurang-kurangnya Alia akan ada perpustakaan mini kat rumah. InsyaAllah! Tu salah satu cara untuk kami berjimat. Berjimat bukan bererti kedekut. Al-maklum jelah, bila dah ada anak seharusnya bijak berbelanja. Taklah nanti... Belum sampai hujung bulan... Poket dah kosong.

Kenapa pulak dalam bahasa omputeh. Saja... Nak dedahkan Alia dengan 1 atau 2 perkataan omputeh. Sekurang-kurangnya dia terbiasa.

Orait! That it's omongan kosong aku...

Wassalam...

Nota kali : Malam nanti InsyaAllah aku akan terjah blog kengkawan yer..


Assalamu'alaikum...



Assalamu'alaikum...




Assalamu'alaikum... Seperti biasa perkara pertama akan aku lakukan... Baca berita. Hurmmm... Tak habis-habis dengan kes pembunuhanla...



Assalamu'alaikum...
Seperti biasa perkara pertama akan aku lakukan... Baca berita. Hurmmm... Tak habis-habis dengan kes pembunuhanlah sekarang ni. Bunuh manusia macam bunuh anak ayam. Takut aku haishh dengan manusia sekarang ni... Macam takde hati dan perasaan. Takde sifat belas kasihan lansung. Boleh naik hantu baca citer-citer macam ni... Nak-nak melibatkan anak kecil. Memang sakit hati dibuatnya...

Tengok jelah kisah anak ni... Dibunuh kerana 'anu' kecil. 



Nota kaki : Sumber info adalah daripada Harian Metro

Assalamu'alaikum... Akhirnya... Segala kontroversi yang melanda artis ini berakhir dan setelah lama keseorangan akhirnya dia menemui...



Assalamu'alaikum...
Akhirnya... Segala kontroversi yang melanda artis ini berakhir dan setelah lama keseorangan akhirnya dia menemui pilihan hati. Bak kata orang tua-tua "Patah tumbuh, hilang berganti"...

Sumber info adalah daripada Harian Metro bertarikh 26 Feb 2013
Sama cantik sama padan... Bagai pinang dibelah dua. Aku doakan semoga pasangan ini kekal hingga akhir hayat. Wassalam...


Assalamu'alaikum... Entri kedua untuk hari ni. Entri yang hadir pabila hati diselubungi ketakutan. Tapi rasa nak gelak pun ada jugak...



Assalamu'alaikum...
Entri kedua untuk hari ni. Entri yang hadir pabila hati diselubungi ketakutan. Tapi rasa nak gelak pun ada jugak. Kenapa?

Mesti ada yang dah baca artikel "Miang penjual karipap" di Harian metro kan. Macam-macamlah manusia sekarang ni haa... Sanggup menghalalkan cara untuk dapatkan wang. Macam dalam artikel nilah. 

Seorang wanita cina yang hamil 8 bulan, menjadi mangsa kena cabul oleh seorang lelaki penjual karipap yang mendakwa dirinya mampu mengurut ibu hamil agar kandungan sihat dan bijak.

urut bawa padah, ibu mengandung kena cabul,
Sumber gambar adalah daripada Harian Metro bertarikh 25 Feb 2013

Macam-macam peel.

Pada aku lah kan... Anak atau bayi kita tak kan bijak selagi kita tak berusaha untuk membijakkannya. Tapi lainlah... Kalau kebijakan itu anugerah dari Allah. Sapa-sapa pun takleh nak pertikaikan. 

Moga kisah ini menjadi ikhtibar buat kita semua. Terutamanya buat kaum hawa yang sedang mengandung.



Assalamu'alaikum... Selamat kembali bertugas semua. Alhamdulillah! atas kesempatan yang diberikan oleh Allah untuk terus kita bernaf...



Assalamu'alaikum...
Selamat kembali bertugas semua. Alhamdulillah! atas kesempatan yang diberikan oleh Allah untuk terus kita bernafas di bumi Allah ini. Semuanya kerana kekuasaan Allah... Kun fa ya kun... Jadi maka jadilah. Begitu jugalah yang berlaku ke atas wanita seperti di dalam artikel di bawah yang diambil daripada Harian Metro...


Itulah kuasa Allah yang tak dapat dicapai dek akal fikiran kita. Subhanallah!




Assalamu'alaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah! Alia tengah seronok bermain dengan ayahnya... Jadi, ada masa untuk aku updat...



Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah! Alia tengah seronok bermain dengan ayahnya... Jadi, ada masa untuk aku updated blog dan blogwalking... InsyaAllah!

Hurmmm... Entri kali ni... Buat sekian kalinya, aku ingin berkongsi cerita lagi tentang dia... Permata hatiku. Nanti... Bila Alia dah reti membaca, bolehlah baca kisah mengenai dirinya sewaktu masih baby... Mewah betul budak era tranformasi sekarang yer... Dengan adanya handphone canggih... Semua kenangan dapat diabadikan. Tak macam kita dulu... Serba-serbi takde. Nak tangkap satu gambar pun susah.

Bercakap pasal Alia...


Sekarang, umur pun dah setahun... Macam-macam kemahiran Alia tunjuk termasuklah berdengus. Aku perasan pagi tadi. Tengah dia main handphone ayah dia. Aku cubalah mintak. Takut dia baling. Sekarang ni pun dia suka membaling barang. Kemudian... Boleh pulak dia tak nak bagi. Malah berdengus pulak tu... Aihhh! En.  Hussien tergelak tengok telatah dia. Yelah!... First time tengok tindakbalas dia macam tu. Kebiasaannya... Dengan mudah dia akan bagi sesuatu tu, kalau kita mintak.

Ni buat aku geram tengok. Hehe...

Tapi... Tak hairanlah dia bersikap begitu... Kerana menurut Doktor Carol Cooper dalam bukunya bertajuk "Soal Jawab Bayi dan Kanak-kanak", berdengus adalah suatu kemahiran koordinasi yang akan dilakukan oleh bayi pada usia setahun.

Hurmmm... Sesuatu yang menarik bagi aku yang bergelar mak budak. Setiap kali Alia menunjukkan skill yang baru... Aku dan Encik Hussien kemain seronok lagi. Teruja weii... Seronok tengok Alia membesar di depan mata. Semoga Alia menjadi seorang berguna suatu hari kelak.

Sekian... Coretan keterujaan hati seorang wanita bergelar ibu.

Nota Kaki : InsyaAllah! Aku akan kongsikan setiap kisah perkembangan Alia sebagai kenang-kenangan. Catatan khas buat Nur Qalesya Alia.

Assalamu'alaikum... Mata aku tak ngantuk lagi.... Merajuk kot. Disebabkan tak ngantuk, tetiba rasa nak bercerita di blog. Lagipun...



Assalamu'alaikum...
Mata aku tak ngantuk lagi.... Merajuk kot. Disebabkan tak ngantuk, tetiba rasa nak bercerita di blog. Lagipun... Aku tengah search permainan dan video yang boleh meransang otak bayi... Tapi tetiba pulak aku tertengok info terkini tentang Latest Playstation... Selalunya bebudak selalu sebut PS sebagai singkatan.

Haha... Sebenarnya aku kurang arif pasal PS semua tu... Nampak sungguh jakun kan. Tapi aku memang tak berapa nak minat dengan game lagi dah. Nak-nak dah bergelar mak orang. Lagi takde masa nak main.

Orait! Berbalik kepada cerita asal iaitu berkaitan dengan playstation 4... Apa yang aku tahu hasil daripada google secara keseluruhannya. Terbaru... Syarikat Sony, sebuah syarikat gergasi Jepun telah melancarkan permainan video PS4. 

Menurut info yang diwar-warkan di akhbar online... PS4 akan diketengahkan sebagai video mudah Alih dalam dunia peranti mudah alih dan aliran internet berasaskan cloud. Selain itu menurut artikel gosip IT Harian Metro... Berikut adalah spesifikasi PS4 yang akan diketengahkan....

   ● Menggunapakai cpu jaguar terbaru AMD dengan kelajuan 1.6GHz
   ● Mempunyai 8 teras cip dan
   ● Dijangka mempunyai rekaan hampir sama dengan Xbox 720.

Tu berkaitan PS4...

Macam mana pulak yang aku nak cari sebenarnya.... Haha... Alih-alih aku cuma dapat download Abc Song jer untuk Alia.

Hurmmmm... Nanti aku nak tunjukkan kat Alia. Mesti dia suka punya. Pantang dengar lagu, mesti goyangkan tangan.... Konon-konon menarilah tu.... Hehe.

Bila tengok Alia tidur. Rindu pulak dengan telatah dia semasa bangun. Walaupun letih menjaganya, tapi hati tetap terhibur. Betapa seronoknya kan menjadi seorang ibu. 
  
Aku rasa cukup kot celoteh aku sampai sini... Lagipun line internet ni ha... Lambat sangat.

Ok! Bye...

Wassalam...


Assalamu'alaikum... Dulu punya citer la... Masa masih bergelar anak dara . Paling aku tak suka masa nak masak sayur keladi. Lagi-lag...



Assalamu'alaikum...
Dulu punya citer la... Masa masih bergelar anak dara. Paling aku tak suka masa nak masak sayur keladi. Lagi-lagi tak tau dan berlagak pandai... Ingat cara masaknya sama macam sayur lain, potong... Tumis dan masak. Oh! Tidak...

So,... Aku tak pernah pun ambik tahu. Dasar pemalas mengharapkan orang tua kan. Biasalah zaman anak dara yang gila-gila. Semuanya nak mengharapkan orang tua. Kebetulan masa tu mak takde kat umah. Nak dijadikan cerita... Aku masaklah seperti biasa... Resepi kegemaranku... Seperti mak selalu buat... Sayur keladi masak lemak. Fuhhh! Sedap haishhh kalau makan dengan telur masin dan ulam pucuk ubi. Maunya... Tak toleh belakang. Ekeke...

Pas masak... Terliuq punya hal aku pun bedallah semangkuk. Lepas habis makan mulalah lidah kegatalan. Haishhh! Kenapa ni... Aku kehairanan dan belah petangnya aku tanyalah kat mak... Nasib baik mak belum makan. Rupanya kesilapan cara aku masak yang membuatkan lidah menjadi gatal. Rupanya ada petua memasak sayur keladi... Kata mak kalau nak hilang gatal pada keladi... Batang dia kena rebus dulu sebelum dimasak mengikut resepi yang kita nak. Hurmmm... Mudah kan! Cuma tu lah... Benda mudah pun kita tak tau terutamanya aku... Jarang nak masak kalau mak ada. Tapi... Bila dah kawin ni. Rajin pulak aku nak memasak (*** Hehe... Ambil bakul angkat sendiri). Hai penting tu... Kang Suami main kayu tiga... Kalau tak masak kang. Nauzubillah! Ya Allah... Lindungilah hubunganku dengan suamiku Ya Allah.

Tu mak aku punya petua. Kalau mak mertua aku pulak... Petua memasak sayur keladi dia sama tapi tak serupa.... Rebus memang sama. Tapi dia letak buah pinang ke dalam rebusan tu untuk hilangkan gatal sayur keladi.

Tu citer sayur keladi.

Bila part memasak ni... Teringat pulak aku dengan peristiwa pertama sekali aku memasak. Hurmmm.... Nak kena flashback ni. InsyaAllah! Lain entri aku akan kongsikan ceritanya ek!

Orait! Aku rasa cukup kot citer aku sampai sini... Apa-apa pun terima kasih ek! kepada yang sudi baca entri aku.

Nota kaki : Selalunya aku guna cara mak aku kalau nak masak sayur keladi. Mudah dan ringkas. Tak perlu nak add on bahan lain.


Assalamualaikum... Kali ini aku sekali lagi ingin berkongsi cerita tentang Alia. Perkongsian ini bukanlah untuk menunjuk atau riak ... J...



Assalamualaikum...
Kali ini aku sekali lagi ingin berkongsi cerita tentang Alia. Perkongsian ini bukanlah untuk menunjuk atau riak... Jauh sekali. Sekadar catatan, hadiah buat Alia bila besar nanti... Untuk dibaca bila ada kelapangan (*** kalau blog ni tak kena delete la. Tapi... Still ada softcopy. Aku simpan bebaik lol***).

Alhamdulillah! Sekarang semenjak Alia dah macam faham apa yang aku cakap ( tu mengikut pemerhatian aku lah kan...).... Aku mula mengajar Alia mengenali binatang, buah-buahan, huruf dan jugak bunyi-bunyian. Hehe... Setiap hari akan ada satu benda akan aku ajar Alia. Tak nak paksa dia... Kang jemu pulak nanti kan...

Sekarang Alia dah reti sebut car dan kenal bila aku sebut kereta. Maknanya dia tau car dan kereta tu benda yang sama. Alia gak akan tunjuk setiap apa yang aku tanya... Dia dah kenal buah pisang, durian dan rambutan sekarang. Selain tu gak, Alia dah kenal gajah, lizard, ayam, fish, semut, bird, basikal, motosikal, pokok dan jugak huruf A. Ada banyak gak la yang dia dah kenali.

Alhamdulillah! Masa paling aku suka ajar dia ialah masa makan. Mesti habis punya... Berselera sungguh makan sambil bermain dengan buku. Pastu pulak bila aku kata tahniah! Yeyyy... Nasi Alia dah habis. Automatik dia akan tepuk tangan. Mengada betul. Betul lah kata kebanyakkan orang... Bayi cepat belajar. Aku pulak seronok tengok.



Lagi satu untuk lebih seronok... Ayah Alia belikan buah-buahan plastik untuk Alia kenal dan pegang.... Kalau dia dah mula bermain, habis buah tu bersepah.... Hurmmm... Aku rasa cukup kot perkongsian cerita aku untuk kali ni...

Sekian... Tu antara first input yang aku bagi kat Alia. Pasal Agama pulak... Lain entri akan aku ceritakan yer. Orait! Wassalam...

Nota kaki : Si comel ( En. Hussien selalu kata bukan aku )... Yang semakin lasak sekarang ada satu peel yang pelik. Bangun jer dari tidur mesti cari buku...

Assalamu'alaikum... Hurmmm... Mentang-mentang malam nak menjelma. Entri aku kali ni pun pasal malam... Memang sinonim malam dan tidu...



Assalamu'alaikum...
Hurmmm... Mentang-mentang malam nak menjelma. Entri aku kali ni pun pasal malam... Memang sinonim malam dan tidur. Waktu yang sememangnya untuk merehatkan badan setelah seharian sibuk right! . Bercakap pasal tidur. Mesti kita dok fikir pasal posisi tidur kita. Aku percaya, setiap orang pasti punyai macam-macam posisi tidur yang berbeza. 


Kalau aku... Aku tak suka tidur telentang. why! Takut kalau cicak terkencing atau terberak. Kang tak pasal-pasal kena badan. lagi ok kalau badan... Kalau kena muka macam mana? (*** Haha... Alasan tak logik sungguh!). Tapi serius... Aku memang tak suka tidur telentang... Rimas dan tak selesa. Aku lebih suka tidur mengiring... Tak kira arr.. Kiri atau kanan.

Korang? (*** Soalan manusia yang bajet ada orang nak baca entri ni).

Tapi... Selalunya, yang kita tak suka tu yang mendatangkan kebaikan. Aku pernah bacalah dalam majalah iSIHAT... Di mana pakar daripada American Academy of Dermatology mengatakan bahawa tidur telentang boleh membebaskan tekanan! dan mengelakkan kita daripada kelihatan cepat tua. 

Betul atau tidak... Wallahualam.

Pada aku... Kalau tak nak kelihatan cepat tua,  kenalah jaga kesihatan terutamanya hal pemakanan. Dan... Kita gak kena pandai mengawal perasaan kita agar tidak mengalami tekanan... Sebab tekanan adalah salah satu punca gak kita cepat tua.... Haha... Seperti sorang doktor lah pulak. Tak! Semua info yang aku kongsikan sebenarnya kebanyakkan hasil daripada pembacaan aku. Moga memberi manfaat yer...

Wassalam...


Nota kaki : Alia pun suka tidur mengiring. Like mother, like son... Hehe.




Assalamu'alaikum... Nampaknya entri kali ini aku ingin berkongsi cerita kisah berkaitan kecurangan . Tapi bukan aku atau En. Huss...



Assalamu'alaikum...
Nampaknya entri kali ini aku ingin berkongsi cerita kisah berkaitan kecurangan. Tapi bukan aku atau En. Hussien yer. Nauzubillah!

Tapi berkaitan lumrah kehidupan manusia trend masa kini. Semalam... Aku ada terbaca kisah suami curang di harian Metro sehingga menyebabkan sang isteri marah lalu mencurahkan air panas di kemaluan suaminya setelah mendapat tahu suaminya berlaku curang... Perkara ni berlaku di Bogota, Colombia. Cerita sedih! Right?

Bukan tu saja... Menurut artikel itu lagi... Sebelum ni pun pernah berlaku isteri mencincang kemaluan suami ketika tidur dan mengepamnya di mangkuk tandas. Fuhhh! Satu tindakan yang amat berani aku kira. Tu lah... Apabila amarah menguasai diri. Tak mustahil kita akan melakukan perkara sebegini. Betul tak?

Kenapa mesti rumahtangga yang dibina atas dasar cinta suatu ketika dahulu dicemari dengan noda kayu tiga. Kenapa perlu curang?

Sebab tu...

Sebelum kawin dulu dan sampai sekarang pun aku dan En. Hussien sering mengingatkan sesama sendiri. Pergi mana-mana pun... Ingat! Status diri.

Bukan tu saja... Kalau dah tak suka cakap terus terang... Tak perlulah nak memerontak sampai main kayu tiga.

Kalau gaduh tu... Janganlah sampai nak memerontak. Biasalah rumahtangga mana tak dilanda badai.... Dan sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri. Sebelum melakukan sesuatu... Fikirkan secara rasional dan letakkan diri kita pada pasangan kita. Apa akan kita rasa kalau pasangan kita melakukan perkara yang sama... 

Dan... Lagi satu. Terima pasangan kita seadanya. Itu yang penting... Kebahagiaan tu pasti wujud. Aku percaya! Sebab kita sentiasa ada pilihan untuk memilih. Terpulang... Bagaimana kita nak bina mahligai cinta kita.


Wah! lagak bercerita seperti pakar motivasi... Padahal baru setahun jagung dalam mendirikan rumahtangga... Cakap lebih! Tak lalui... Memanglah kan...

Kerana tak nak lalui dan fikirkanlah... Aku kongsikan tips kekalkan kebahagiaan dalam rumahtangga sepertimana yang pernah diperkatakan oleh Dr. Fadillah Kamsah di kaca tv suatu ketika dulu (*** Aku dah tak ingat dah... Dalam rancangan apa entah! ).

Moga bermanfaat yer...

Wassalam...


Assalamualaikum... Entri kali ni... Aku ingin berkongsi pendapat mengenai kisah baru yang heboh diperkatakan di media massa elektronik m...



Assalamualaikum...
Entri kali ni... Aku ingin berkongsi pendapat mengenai kisah baru yang heboh diperkatakan di media massa elektronik mahupun bercetak... Iaitu kes amah menghempas dan melambung bayi berusia 4 bulan. Bila tengok video tu... Memang tak berhati perut aku kira. Sanggup melambung dan menghempas bayi yang tak tau apa-apa... Kes macam nilah membuatkan masyarakat mulai takut nak cari pengasuh atau hantar kat rumah pengasuh... Termasuklah aku.

Risau bukan kepalang... lagi-lagi dewasa ini ( hishhh! Bahasa... Bukan main puitis lagi) macam-macam kes melibatkan pengasuh... Dulu pasal bayi tersedak susu lah... Macam-macam perkara berlaku. Tapi ibu bayi yang kena lambung tu memang bernasib baiklah... Sebab dah awal-awal letak cctv kat rumah. Jadi... Semua under control. Kalau tak... Takde bukti nak dakwa amah tu. Kenapa semua ni berlaku ek! Adakah puncanya stress mendengar tangisan bayi hingga sanggup bertindak diluar batasan. Hurmmm...

Tapi... Memang setimpallah hukuman yang amah tu dapat. Semalam tengok berita tv3 dan tengoklah jugak muka amah yang kena hukuman penjara 20 tahun tu. En. Hussien sempat lagi mengklasifikasikan perempuan tu memang muka takde perasaan.

Seram aku tengok bayi kena hempas dan lambung tu weiii...

Janganlah perkara seperti ni berlaku kat Alia. Nampaknya kena hati-hati gak cari pengasuh zaman ni terutamanya amah yang berstatus luar negara.

Orait! Aku rasa cukup kot cerita aku untuk pagi ni...

Wassalam...


Assalamu'alaikum... Semalam...  usia Alia genap setahun . Seperti biasa Alia gak ada  temujanji checkup di Klinik Kerajaan Sung...



Assalamu'alaikum...

maksud mmr, singkatan mmr, mmr, apakah itu mmr, maklumat tentang mmr,

Semalam... usia Alia genap setahun. Seperti biasa Alia gak ada temujanji checkup di Klinik Kerajaan Sungai Koyan. Malam sebelum tu... En. Hussien merangkap ayah Alia ( *** Saja jer kan nak bagitau nama suami ) cadangkan yang kami akan bawak Alia pada belah petang... Habis waktu sekolah. Lagipun... Belah petang tak ramai orang. So, tak yah tunggu lama-lama. Untuk pengetahuan... 5 minit jer dari rumah kami... Tu kalau naik keta arr... Biasanya aku akan naik keta sebab banyak asuk (anjing) berkeliaran. Kang malang tak berbau... aku pulak dikejarnya.

Di KK Sg. Koyan tak guna nombor giliran pun... Main letak jer kad kat kaunter. Jadi... Giliran tu ikut nasib je la. Kalau penjaga kaunter tu ambik dari bawah... Memang adil. Tapi kalau ambik dari belah atas.... Memang sakit hati la orang yang datang awal sebab nak kena tunggu lebih lama. 

Checkup sebelum ni... Jururawat pernah bagitau yang Alia akan dibagi suntikan MMR pada usia 12 bulan... Yakni setahun. Nak dijadikan cerita... Semalam Alia diberi 1 dalam 3 suntikan. Aku tak tau sebenarnya apa itu suntikan MMR... Malas nak tanya nurse. Kang mood diorang tak baik... percuma aku dijawabnya. Lain entri akan aku ceritakan ek! kisah aku kena dengan sorang nurse. 

Jadi sebagai seorang ibu yang ingin tahu...  Aku carilah kat google, apa itu MMR. Rupanya... MMR adalah singkatan untuk Measles, Mumps dan Rubella. Ia adalah kombinasi tiga vaksin dalam satu suntikan bagi melindungi daripada penyakit measles(campak), mumps (beguk) dan rubella. Dan... Suntikan ini akan diberikan di peha atau lengan...

2:00 petang di KK Sungai Koyan, Belaga...

Kata 2:00 petang... Alih-alih gerak dari rumah 2:30 petang. Mula-mula sampai klinik aku rasa macam pelik... sunyi jer. Rupanya hanya seorang penolong pegawai perubatan dan sorang jururawat je kat situ. La.... Nampaknya kami orang pertama. Horrey!... urusan berjalan dengan mudah.

Seperti biasa... Jururawat akan tanya anak ok ke tak, anak masih menyusu badan ke tak, makan apa sekarang.... Dan ada gaklah memberi sedikit nasihat agar mengawasi anak-anak... Takut nanti tercekik ke , tertelan ke.... Aku mengiakan saja apa yang jururawat tu cakap.

Seronok gaklah berbual dengan dia.... Peramah dan murah dengan senyuman. Yang paling aku tak duga kami sempat berbual pasal bayi didera dan dilambung... Bayi yang didera oleh amah tu lah. Huhu.... Reaksi jururawat tu menakutkan... Nampak sungguh sakit hati dia. En. Hussien yang turut masuk bilik tersenyum je dengar perbualan kami.

Sambil-sambil tu... Alia disuruh bertimbang. Alhamdulillah... Berat badan Alia naik. 8.4kg... Walaupun tak banyak tapi masih lagi baik. Jururawat gak mencadangkan agar Alia diberi makan nasi lembut tapi tak seperti bubur la kiranya memandangkan umur Alia dah setahun dan mesti memerlukan banyak tenaga. Kemudian, akhir sekali Alia diberi suntikan...

Alhamdulillah! Senyum lebaq aku... Alia mendengar apa yang aku pesan sebelum kami gerak gi klinik... Aku pesan kat dia supaya jangan nangis time pergi klinik. Ternyata memang dia tak menangis lansung walaupun kena suntik. Alhamdulillah! Moga-moga Alia menjadi anak yang mendengar kata mak dan ayah yer nak.... Lebih kurang 20 minit gak lah kami kat klinik. Akhirnya selesai. Temujanji seterusnya... Bulan 5 nanti. Lambat lagi... Sampai rumah... Alia tertidur.

Wassalam...

Huhu... Panjang gak karangan aku kali ni ek!


Assalamu'alaikum... First entry for today... Entri istimewa dari seorang ibu... Hehe. Hari ni genaplah Alia setahun. Selamat hari...



Assalamu'alaikum...
First entry for today...


Entri istimewa dari seorang ibu... Hehe. Hari ni genaplah Alia setahun. Selamat hari jadi sayang.




Semoga Alia menjadi anak yang sentiasa membahagiakan hati mak dan ayah.
"SELAMAT HARIJADI NUR QALESYA ALIA"

I LOVE U SO MUCH SAYANG






Assalamualaikum... Ahad berlalu... Isnin menjelma. Sebelum Isnin menjelma, aku ingin kongsikan satu entri lagi tentang anak daraku......




Assalamualaikum...
Ahad berlalu... Isnin menjelma.

Sebelum Isnin menjelma, aku ingin kongsikan satu entri lagi tentang anak daraku... Nur Qalesya Alia. Apakah aktiviti dia yang menbuatkan aku tertarik untuk berkongsi cerita.


Gambar ni aku ambik masa Alia tengok kartun ipin upin belah petang... Tajuk berulang. Tapi still Alia khusyuk menonton. Ekeke... Betapa khusyuknya dia. Macam-macam posing.    Entah tahu entah tidak apa yang ditonton. Yang pasti warna menjadi tarikan right. 

Hurmmm... Esok harijadi Alia yang pertama. Setahun dah umur Alia. Belum pandai jalan lagi, tapi dah pandai berdiri dalam jangka waktu yang lama... Mungkin tengah nak seimbangkan badan kot.

Harap-harap bulan depan Alia dah boleh berjalan. Tak sabar nak lalui saat itu... Melihat Alia berjalan terketot-ketot seperti robot. Hehe...


Assalamu'alaikum... Anak adalah sumber ilhamku... Namun... Masih banyak perkara yang perlu aku cari dan timba lebih-lebih lagi so...




Assalamu'alaikum...
Anak adalah sumber ilhamku...

Namun... Masih banyak perkara yang perlu aku cari dan timba lebih-lebih lagi soal keibubapaan. Ingat senang ke nak jadi seorang ibu?... Sebab susah ler bayi dibuang dalam sungai... Sebab susah ler bayi dibiarkan...

Dan tengok sajalah apa yang berlaku semalam... Bayi telan 42 magnet. Lunaskah tanggungjawab seorang ibu menjaga anak? Salah sebesar zarah... Sejuta mulut memaki... Ibu gak yang salah... Ye tak?

Hakikatnya itulah tanggungjawab seorang ibu adalah untuk melindungi anaknya. Tu baru kes tertelan... Kalau tertelan. Sonang citer, kena bedah ler jawabnya. Tapi kalau tercekik pulak macam mana...

Kekadang bila berlaku kecemasan kita lansung tak tau nak buat apa. Malah, panik pulak jadinya... Hingga ada yang pengsan dek kerana terlalu panik. Alih-alih... Sudah jatuh ditimpa tangga.

Nak tak nak kita sebagai ibubapa seharusnya cuba menambah ilmu di dada sebagai bekalan terutamanya dalam hal penjagaan anak-anak. Sesungguhnya ilmu itu tiada batasnya. Bukan ilmu untuk dapat kerja je kita perlu tahu...

Bercakap pasal tercekik...

Entri kali ini aku ingin berkongsi cara menangani anak tercekik. Moga ia memberi manfaat kepada semua...



Sumber info adalah daripada buku soal jawab bayi dan kanak-kanak hasil karya Doktor Carol Cooper

Assalamu'alaikum... Alhamdulillah! Untuk hari ni berkesempatan gak untuk aku updated  blog walaupun banyak kerja yang nak kena seles...



Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah! Untuk hari ni berkesempatan gak untuk aku updated  blog walaupun banyak kerja yang nak kena selesaikan. Nak buat macam mana... Benda yang kita minat. Sesibuk mana pun pasti akan dilakukan gak. Betul tak?

Aku percaya... Semua orang kat dunia ni mesti berfikiran seperti aku. Macam bercinta gak. Kalau dah suka. Lautan api sanggup direnangi. Hehe... Tu pasal cinta...

Tapi entri aku kali ini bukanlah nak berkongsi cerita pasal cinta bagai... Tapi ingin berkongsi satu artikel di harian metro hari ni yang bertajuk "Bayi 16 bulan telan 42  magnet". Bagaimana ia boleh berlaku?

Menurut artikel tersebut... Kejadian ini berlaku di Moscow apabila seorang ibu membiarkan anaknya bermain dengan magnet di dalam bilik. Dipercayai gak... Ibu tersebut sedar bahawa anaknya telah menelan 42 magnet setelah melihat ketiadaan magnet. Akhirnya bayi tersebut dikejarkan ke hospital.

Nasi dah jadi bubur... Nak buat macam mana. Sian bayi tu... Tak pasal-pasal telan 42 magnet.

Pada aku...

Bayi seusia ni memang perlukan pemerhatian dan pengawasan. Yelah... Bayi seusia ni bukannya tau pun nak bezakan yang mana baik, yang mana buruk. Kalau kita bagi najis sekali pun... Mungkin dia akan makan.

Satu lagi... Pemilihan permainan anak juga seharusnya diambil perhatian. Alahai... Janganla bagi permainan yang bersaiz kecik pada bayi seusia ni. Confirm! Masuk dalam mulut punya. Percayalah...


Anak adalah anugerah tak ternilai harganya. Tak semua orang akan memilikinya. Amanah yang Allah berikan kepada kita untuk kita jaga sebaik mungkin. Moga apa yang berlaku ke atas bayi berusia 16 bulan ini menjadi ikhtibar buat kita.



Assalamu'alaikum ♥, First sekali Thanks to my hubby... Walaupun dah sebulan lebih dah aku dapat dan tidak seperti apa yang pernah ...




Assalamu'alaikum ♥,
First sekali Thanks to my hubby... Walaupun dah sebulan lebih dah aku dapat dan tidak seperti apa yang pernah aku ceritakan di entri kelebihan Ipad Mini. Tapi tak pa haihh...

Pada mulanya hubby memang nak belikan ipad tapi aku tolak kerana merasakan lebih tertarik dengan samsung galaxy note... Sebabnya lebih kecik. Senang nak bawak.

Semenjak aku ada handphone samsung galaxy note... Aku asyik berebut handphone jer dengan Alia... Alia pantang tengok aku pegang handphone... Mesti cepat respond dia pergi kat aku. Tak bagi kang... Nangis.


Mungkin disebabkan handphone ni lebih besar kot... Tu yang dia tertarik tu. Lagipun, besar gedebak gambar dia aku letak as a wallpaper handphone aku. Haha... Mana tak suka.

Dah tu... Bila dapat... Habis semua dia nak tekan. Patutla para cerdik pandai terutamanya doktor... Berkata yang baby ni cepat belajar daripada pemerhatian. Ni lah dia... Dah terbukti.

Alhamdulillah... Sekarang senang sikit nak updated. Tapi... Tak guna ada handphone canggih... Bukan dapat updated blog selalu pun. Asyik berebut je keja kami haihhh!

Assalamu'alakum ♥, Entri kali ni aku ingin berkongsi cerita mengenai makanan kesukaan ramai iaitu burger. Bila makan burger......




Assalamu'alakum ♥,

Entri kali ni aku ingin berkongsi cerita mengenai makanan kesukaan ramai iaitu burger. Bila makan burger... Aku selalu terfikir " dari mana datangnya burger haa... Dan siapa yang telah memperkenalkannya?"... 


Baru-baru ni aku ada terbaca dalam majalah iSIHAT di mana terdapat info menarik terhadap persoalan yang sering aku fikirkan.

Ternyata... Sejarah burger pada dasarnya bermula dengan panggilan hamburger ketika pengenalannya pada akhir kurun ke-18 di Jerman. Seorang pelayar dikatakan mengunjungi Jerman dan membawa makanan istimewa yang dipanggil Hamburger steak. Ia kombinasi daging cincang yang dibakar dan dicampurkan dengan bawang serta dimakan dengan roti. Kemudian... Telah dipopularkan oleh J. Walter Anderson yang telah membangunkan perkhidmatan makanan segera pada tahun 1904 dan memperkenalkan sistem White Castle Hamburger... Dari situlah wujudnya burger sampaila sekarang.

Hurmmm... Rupanya. Terjawab sudah dan burger paling aku suka ialah burger telur dan mesti tambah cheese. Tak sah kalau takde cheese. Hehe...


Assalamu'alaikum ♥,



Assalamu'alaikum ♥,

cara mendidik anak supaya bertudung, bayi bertudung,




Assalamualaikum ♥, Alahai! Macam-macam peel la budak kecik ni... Pandai naik... Tapi tak reti nak turun kerusi. Pastu pulak selamba j...




Assalamualaikum ♥,
Alahai! Macam-macam peel la budak kecik ni... Pandai naik... Tapi tak reti nak turun kerusi. Pastu pulak selamba jer duduk kat atas kerusi... Tonton tv sambil pegang remote. Macam tau remote tu untuk apa...

gambar bayi paling comel, gambar baby comel,


Tengah tengok kartun kesukaan dia ni... Ipin Upin... Entah! Berhantu sungguh kartun ni... Pantang dengar lagu ipin upin... Cepat-cepat pergi depan tv bagai kena pukau.

Kemudian, pernah gaklah suatu petang aku tertidur dan Alia aku biarkan bermain. Mula-mula tidur-tidur ayam... Entah! Bila aku terlelap aku pun tak tau. Sekali aku sedar... Hambik kau, Alia dah kat atas kerusi dah. Bederau darah aku weiii... Perut lagila kecut. Nasib baik Alia tak jatuh. Kalau jatuh tak tau nak kata apa.

Right now, ruang tamu rumah kami macam padang jarak padang terkukur dah... Kerusi semua ayah Alia letak dalam bilik... Tinggal set tempat letak tv jer lagi. Huhu... Seperti rumah baru pulak aku tengok...

Aktif sungguh dia sekarang sampaikan aku pun dah naik letih layan karenah dia... Dahla tu mulut dia bising macam orang jual minyak cap kuat. ekeke...

Namun... Aku berdoa dan berharap semoga Alia menjadi seorang yang berguna suatu hari nanti.

Di saat entri disiarkan... Aku tengah layan budak kecik ni tengok kartun. Seawal jam 5 pagi dah bangun.

Bangun-bangun duduk sebelah aku. Terkejut dibuatnya. Satu yang bagus pasal Alia... Dia akan tersenyum sebaik jer bangun dari tidur. Sejuk dan sayu jer tengok.

emo lah pulak.

Ok! Aku rasa baik aku ciou dulu sebelum Alia berebut handphone dengan aku...

Bye....


Assalamu'alaikum ♥, First entry for today ... Kali ni aku ingin berkongsi cerita mengenai kehamilan dan keterujaan. Kalau aku dul...




Assalamu'alaikum ♥,
First entry for today... Kali ni aku ingin berkongsi cerita mengenai kehamilan dan keterujaan.

Kalau aku dulu... Bila disahkan hamil, aku tak tau bagaimana nak tunjukkan keterujaan dan kegembiraan aku ke atas berita gembira yang aku terima. Apa yang hanya aku mampu tunjuk... Ekspresi muka yang terkejut macam tak percaya... Dalam perutku ada baby. Subhanallah!

Macam mana pulak ibu-ibu yang lain, apa mereka akan buat ek! Bila dapat tahu mereka hamil.

Kalau di Amerika syarikat... Menurut artikel di mymetro semalam... Mereka akan membuat lukisan artistik di perut boyot mereka sebagai meraikan kehamilan mereka. Hehe... Cantik gak kalau mak boyot macam ni ek!...


Kini... Menurut artikel itu juga, fenomena sebegini menular di Britain dan paling bestnya... Siap ada pelukis muda tu yang berumur 27 tahun meluaskan perniagaan seni lukisnya kepada lukisan untuk perut boyot.

Macam-macam kan...

Assalamu'alaikum ♥, Pejam pelik pejam pelik esok dah Isnin. Seperti biasa hari Isnin mesti ada rancangan tv yang menjadi kegilaan ra...



Assalamu'alaikum ♥,
Pejam pelik pejam pelik esok dah Isnin. Seperti biasa hari Isnin mesti ada rancangan tv yang menjadi kegilaan ramai... Tu pun kalau citernya best la kan.

Before ni... Tv3 dihiasi dengan slot akasia setia hingga hujung nyawa... Kali ni, pengganti citer baru adalah Rindu bertamu di Abu Dhabi. Esok bermula la episod 1 rindu bertamu di Abu Dhabi.

Dengar khabar lagu tema untuk citer ni dinyanyikan sendiri oleh pelakonnya Fahrin Ahmad... Betul ke?

Apa yang aku tahu hasil daripada survey aku... Citernya berkisar tentang Kisah Fahrin Ahmad yang memegang watak Firdaus  yang telah difitnah bersekedudukan dengan Tasha Shila yang memegang watak Ain Farohah. Hal ini membuatkan Fahrin Ahmad dihalau oleh ayahnya.

Kemudian... Dikatakan jugak setelah berkahwin dengan Tasha shila, Fahrin Ahmad pergi membawa diri ke Abu Dhabi dan bekerja di Sana. Namun, sebelum perkara ni berlaku... Fahrin dah pun bertunang dengan Fauziah Ghous yang memegang watak Fatin Zaharah.

Komplek juga plot citernya. InsyaAllah... Kalau berpeluang, aku akan tengok. Hehe...


Assalamu'alaikum ♥,  Alhamdulillah... Alia dah tido, bolehla aku updated blog dengan cerita baru walaupun mungkin banyak merapu ...



Assalamu'alaikum ♥, 
Alhamdulillah... Alia dah tido, bolehla aku updated blog dengan cerita baru walaupun mungkin banyak merapu meraban. Hehe... 

Rancang nak menonton tv malam ni...

Serius! Lama sungguh dah aku tak banyak masa untuk menonton tv. Kalau petang tadi aku menonton citer hindi seperti pernah aku mention dalam entri Every weekand mesti ada.

Belah malam ni pulak hajat hati nak tonton cerekarama suamiku jururawat. Tu... Kalau mata tak mengantuklah... Tapi tetiba pulak hujan...

Sudah! nampak gayanya tak dapatlah nak menonton. Astro biasa la kat tempat aku ni tak boleh hujan sikit... Confirm, memang tak boleh menonton lah jawabnya. 

Nampak gayanya kena download ler jawabnya... Tu pun kalau rajin. Nasib baik ada teknologi canggih masa kini yang menjadi penyelamat keadaan. Kalau tak... Mintak maaf lah. Ketinggalan lah jawabnya.

Hurmmm... Nak buat apa ek! Baik aku lipat baju Alia yang aku pilih petang tadi. Banyak gak lah baju Alia yang dah tak muat. Sayang... Nak simpan elok-elok, mana tau nanti ada rezeki dapat baby girl lagi... Boleh pakai balik... Yang penting masih elok dan disimpan dengan rapi berbungkus.


Orait! Ciou dulu... Nanti line internet ok. InsyaAllah! Aku akan terjah blog kengkawan.

Wassalam ~




Assalamualaikum ♥, Pertama sekali... Selamat bercuti buat semua. Mesti banyak benda nak buatkan masa cuti macam ni. Lain pulak aku... Ka...



Assalamualaikum ♥,
Pertama sekali... Selamat bercuti buat semua. Mesti banyak benda nak buatkan masa cuti macam ni. Lain pulak aku... Kami bertiga tak balik cuti ni. Ayah Alia banyak benda nak kena buat di Pusat Sumber Sekolah. Nampak gayanya... Dok umah jelah melayan karenah Alia.

Entri kali ini nak jugak aku bercerita pasal encik suami yang suka sangat makan bubur kacang. Setiap hujung minggu mesti hubby request suruh buat bubur kacang. Paling dia suka kalau bubur tu sejuk.


Huhu... Tengah layan citer hindi Veer-Zaara sambil menikmati bubur kacang yang telah disejukkan... Slurpp!

Seronok gak sekali sekala layan hindi...



Assalamualaikum ♥, Alhamdulillah... Sekali lagi aku berpeluang untuk updated  blogku dengan cerita yang baru... Dan lagi entri pasal Ali...



Assalamualaikum ♥,
Alhamdulillah... Sekali lagi aku berpeluang untuk updated blogku dengan cerita yang baru... Dan lagi entri pasal Alia. Entri ke berapa entah aku pun tak tau...

Bila perangai semakin mengada-ngada dan sombong bila dah ada gigi... Dia tak suka dah makan biskut beras.




Dulu... Sebelum ada gigi, sampai 4 bungkus dia boleh habiskan dalam satu hari. Sekarang bila diperkenalkan dengan kurma, buah-buahan dan roti potong... Kemain lagi. Siap baling tu... Kalau kita bagi biskut beras kat dia.

Ayah kata apa... "Pandai memilih dah dia yer". Tahu pulak dia nak pilih dan bezakan yang mana sedap yang mana tidak.

Apa-apa pun aku bersyukur... Alia takde masalah lansung pasal nak makan. Mau jer dia makan... Kuat makan sungguh. Tak padan dengan kecik. Moga-moga tabiat makannya berterusan yer... Hari ni Alia makan bubur ayam... Bubur kesukaan Alia. Seawal jam 5 pagi dah masak untuk Alia dan breakfast kami suami isteri.

Lalala... Tetiba jer.

Bukan apa... Esok dah start cuti bersempena dengan tahun baru cina. Lansung tak rancang apa-apa. Nampak gayanya cuti kali ni, kami bertiga duduk bersantai kat rumah jer kot (~_*) buat taik mata. Hehe...

P/s : Biskut beras boleh diberi dengan bayi bermula dari usia bayi 6 bulan.

Assalamualaikum ♥, Alhamdulillah... Berkesempatan gak untuk aku updated blog. Sekarang updated  blog macam menjadi satu kewajipan bagi a...



Assalamualaikum ♥,
Alhamdulillah... Berkesempatan gak untuk aku updated blog. Sekarang updated blog macam menjadi satu kewajipan bagi aku... Wujud satu keseronokan bagiku apabila menulis di blog. Entahla... Ketagih menaip entri menjadi-jadi walaupun entri entah apa-apa... Haha.

Walaupun seronok tapi wujud perasaan sakit hati apabila line internet bermasalah... Slow giler. Tengok jer la semalam... Aku langsung tak dapat nak up entri aku... Asyik tak boleh jer. Error connection. Kalau dapat pun... Slow giler. 

Baru pagi ni dapat up entri Mamam... Roti potong satu!. Sedangkan semalam dah entri tu kat draf.

Bukan tu jer... Sekarang ni gak aku banyak menjadi silent reader. Susah nak komen entri kengkawan. Kalau dapat pun sampai berkali-kali refresh page. Ni semua gara-gara line internet yang slow tahap gaban.

Bukan aku jer hadapi benda ni... Ramai gak blogger lain yang hadapi masalah seperti aku... Statement aku ni berdasarkan entri kengkawan yang merunggut sama pasal line internet.

So, how?

Nota kaki : Right now, aku hanya dapat terjah blog kengkawan dinihari jer... Selepas menyusukan Alia. Tu pun kalau aku rajin nak curi masa. Hehe... Harap-harap line internet pas ni ok yer...

Assalamualaikum ♥, Ma... Mamam... Itulah words yang sering keluar dari mulut Alia, setiap kali nak menyusu atau lapar nak makan... Terut...



Assalamualaikum ♥,
Ma... Mamam... Itulah words yang sering keluar dari mulut Alia, setiap kali nak menyusu atau lapar nak makan... Terutamanya tiba waktu makan dan minum. Dari awal lagi aku dah didik dia makan dan minum secara konsisten. Mean, ada masa untuk makan snek, ada masa untuk makan nasi, minum susu dan air suam. Sangat aktif dan kuat makan... Tak padan dengan kecik. Tak pernah tolak apa yang kita suapkan...

Mamam... Roti potong satu! Hehe... Bak kata encik suami bila tiba minum petang. Mesti cepat punya dia pergi ke arah kita. Budak kecik cenonet yang pantang tengok orang makan. Dah ler mulut bising... Macam murai... Entah apa-apa yang dicakapnya aku pun tak tau. Hahaha...

Right now, Alia dah start makan makanan jejari seperti roti... Seronok tengok Alia dah reti pegang dan makan sendiri. Alhamdulillah...


******************************

Orait! Bercakap pasal roti potong dan makanan. Sebelum ni, aku pernah kongsikan satu entri mengenai makanan untuk bayi berusia 8 bulan. So, Alang-alang memyeluk pekasam... Biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah bercakap pasal makanan... Entri kali ni pun, sekali lagi aku ingin berkongsi info mengenai pemakanan bayi... Pemakanan bayi 9 bulan hingga setahun. Sonang citer...

******************************

Menurut Doktor Carol Cooper dalam bukunya yang berjudul "Soal jawab bayi dan kanak-kanak", berikut adalah pemakanan untuk bayi berusia 9 bulan hingga setahun yang disarankan :~

Makanan yang boleh diberi
¤ Kekacang (pis dan kacang)
¤ Telur (rebus keras bermaksud masak sepenuhnya)
¤ Pengambilan mentega dan marjerin yang sederhana
¤ Snek (roti, buah-buahan dan sayuran hijau)

Cara memberikan makanan
¤ Makanan jejari seperti roti sangat penting
¤ 3 hidangan sehari termasuk snek dan minuman
¤ Tekstur boleh seperti makanan orang dewasa tetapi tambah sedikit garam

Itulah antara serba sedikit mengenai info pemakanan bayi. Moga-moga ia menjadi panduan buat wanita yang baru bergelar ibu seperti aku.


Assalamualaikum ♥, Entri ke-2 daripada aku untuk hari ni... Alhamdulillah! Banyak pulak idea aku untuk bercerita kali ni (~_●).  Ba...




Assalamualaikum ♥,
Entri ke-2 daripada aku untuk hari ni... Alhamdulillah! Banyak pulak idea aku untuk bercerita kali ni (~_●). 

Baiklah... Cakap pepanjang pun tak guna kan... Baik direct to the point. So, entri kali ni aku ingin berkongsi info iaitu cara terbaik untuk hilangkan selsema pada bayi

Kenapa aku kata terbaik? Sebabnya tak perlu telan ubat bagai dan tak perlu buang duit bebanyak... Sebab tu aku kata terbaik. 

Caranya... Senang jer. 

Calitkan kunyit yang segar dari ladang... Bukan yang serbuk beli kat kedai yer... Di hidung hinggala ubun-ubun disertakan selawat ke atas nabi sebanyak 3 kali. InsyaAllah dengan izin Allah, selsema anak akan hilang. 

**************************************

Baru-baru ni Alia selsema... Makan ubat tapi masih lagi selsema tak hilang... Aku cuba cara ni...  Alhamdulillah lepas 4 hari. Selsema Alia dah pulih. Walaupun lambat tapi selamat. Bukan aku kata ubat tak bagus tapi kalau boleh aku tak nak bergantung sangat kepada ubat... Nak gak try bahan semulajadi. Guna teknik di entri vicks vaporub dan kemujarabannya. pun ok gak. 


Macam-macam cara aku guna hasil dari google selagi tak memudaratkan... Dan InsyaAllah andai ia mujarab pasti akan aku kongsikan di blog...



Assalamualaikum ♥, Malam yang dingin membuatkan aku tetiba nak updated blogku... Tambahan melihat telatah cenonet ni yang tak reti pena...



Assalamualaikum ♥,
Malam yang dingin membuatkan aku tetiba nak updated blogku... Tambahan melihat telatah cenonet ni yang tak reti penat membuatkan aku teringin untuk menaip sepatah dua kata sebagai bekalan cerita buat Alia. 

Semoga cerita ini menjadi bahan bacaannya bila dewasa kelak... Kalau blogku ini masih wujudlah. Entah-entah dah kena delete. Siapa tahu kan... Tapi... Harap-harap taklah kan...

Budak kecik ni sesangatlah aktif, malam-malam tak reti nak tido... Asyik nak main je keja dia haaa... Tapi, dia tak pernah arr tido lewat. Paling lewat pun jam 10. Di saat entri ni di publish... Dia dah tido dah. Pastu cuma akan bangun sekali atau dua untuk menyusu. Pastu sambung tido balik. Takde la sangat menganggu tido aku. Alhamdulillah!. 

Part memunggah barang pun nombor satu. Habis berterabur mainan dibalingnya. Dahla pandai koyak kertas dah sekarang. Memang macam tongkang pecahla ruang tamu dibuatnya (^_<). 

Namun... Serius! Pengawasan itu penting, takut-takut nanti tak pasal-pasal tercekik kertas pulak... Nahas kita dibuatnya...


Assalamualaikum ♥, Alhamdulillah... Everyday pasti ada entri yang akan aku kongsikan walaupun mungkin entrinya tak sehebat manapun...  ...



Assalamualaikum ♥,
Alhamdulillah... Everyday pasti ada entri yang akan aku kongsikan walaupun mungkin entrinya tak sehebat manapun... 

Tapi... Aku bersyukur, dengan adanya blog aku dapat berkongsi pendapat, pengalaman dan ilmu walaupun sedikit tapi aku puas bermonolog di samping memberi senaman kepada jejari supaya lebih ligat menaip pada papan kekunci. Aiseh! Lama dah tak berpuitis dan bersastera. Hehe... 

Orait! Berbalik pada tajuk entri... Kali ni aku ingin berkongsi mengenai notification di facebook. Adus! Perkara paling aku tak suka lebih-lebih lagi invited notification untuk main game

Alamak! Bukan aku tak nak layan tapi line internet ni haaa... Sesiput. Macam mana nak main? Kekadang sampai 5...6... Kali kawan invited. Masih gak tak dilayan. Sian betul... Dan lagi satu... Aku memang tak suka main game kat facebook. Entah! Tak tau kenapa walaupun kengkawan mengoda habis-habisan suruh main... Still iman aku kuat kata tak nak main. 

Lagipun... Masa gak menjadi alasan mengapa aku tak layan semua tu. Huhu... Nak-nak dah ada Alia... Baru nak pegang handphone, dah kena berebut dengan dia... Siap! pandai sungguh nak kalahkan kita dengan muka kesian dan tangisan. Macam mana arr nak main game... Updated blog pun susah.

Nak tak nak, kena layan anak dulu...


Assalamualaikum ♥ , Tengok tajuk pun dah tahu... Entri yang aku nak kongsikan kali ini berputar mengenai makanan. Memang pun simple...



Assalamualaikum ,
Tengok tajuk pun dah tahu... Entri yang aku nak kongsikan kali ini berputar mengenai makanan.

Memang pun simple giler lauk suami isteri kami kali ni... 2 jenis jer. Dasar pemalas kan... Sayur kobis dan ayam goreng jer.

Tapi aku capture gambar ayam goreng jer. Haha... Rasanya ayam goreng aku paling simple  kot. Alang-alang bercakap pasal lauk lunch hour, tetiba aku nak berkongsi tip bagaimana nak buat ayam goreng lembut tapi rangup... Rangupnya kalau dimakan panas-panaslah... 


Rahsianya... Cuma rebus dulu selama lebih kurang 15 minit, lepas tu gaulkan dengan kunyit dan garam secukup rasa dan biarkan selama lebih kurang 15 minit gak sebelum digoreng....

Tip mudah dari aku.

p/s : Encik suami kata dengan tulang2 sekali boleh makan. Ada ke? ekekeke (^_~).



Assalamualaikum ♥ , Alhamdulillah! Syukur pada Yang Esa kerana telah memberi peluang dan ruang untuk aku terus berkongsi cerita di alam...



Assalamualaikum ,
Alhamdulillah! Syukur pada Yang Esa kerana telah memberi peluang dan ruang untuk aku terus berkongsi cerita di alam maya.

Sejak ada Alia... Banyak perkara baru yang wajib aku pelajari. Terutamanya tentang penjagaan bayi. Bercakap pasal penjagaan bayi, sudah pastinya kelengkapan bayi menjadi perkara penting dalam list untuk dibeli termasuklah bedak talkum. Bayi boleh ke guna bedak talkum?. Hurmmmm... 

Kalau Alia... Memang tak boleh guna bedak talkum. Pernah dulu masa umur dia 3 bulan aku cuba sapukan bedak talkum pada badan dia. Kononnya, suka bayi berbau lebih wangi... Padahal bau bayi memang dah semulajadi berbau harum. Lepas tu... Petangnya, habis merah-merah kat badan dia terutama kat leher. 

Akhirnya aku mengambil keputusan supaya tidak menggunakan bedak talkum lagi, tapi sebaliknya bertukar kepada losyen gohnsons baby sampailah sekarang. Alhamdulillah! Alia dah takde masalah alahan lagi.

bedak talkum, keburukan bedak talkum kepada bayi,

******************************

Aku gak ada terbaca dalam buku soal jawab kanak-kanak dan bayi hasil penulisan Doktor Carol Cooper di mana beliau mengatakan bahawa bayi sebenarnya tidak memerlukan bedak talkum kerana granulnya menganggu kulit bayi. 

******************************

Tapi kan... Anak saudara aku ok jer guna bedak talkum. Sejak umur sebulan lagi dah guna. Takde apa-apa pun....

So, how?

Rasanya terpulanglah kepada penerimaan bayi kan. Ada yang boleh, ada yang tak boleh... Yang penting kita kena sentiasa peka dengan kesihatan anak-anak kita. Itu yang penting. Kekadang anak menangis juga disebabkan ketidakselesaan terhadap apa yang kita pakaikan kat mereka (^_~).