Back to Top

18 January 2013

「 Nur Qalesya Alia dah 11 bulan dah ke? 」



Hola ,
Nur Qalesya Alia yang bermaksud cahaya yang tinggi. Satu anugerah agung dari Allah buat aku dan suami setelah setahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah...

Mak doakan moga ketinggian akhlak dan kebijaksanaanmu terserlah. Semoga Alia menjadi anak yang solehah, bijak dan berakhlak mulia :).

Mak dan ayah amat menyayangimu nak.

Cop... Cop... Cop. Emo pulak aku taip entri kali ni :(
Huhuhu... Baik kesat air mata laju-laju sebelum entri aku boleh banjir akibat air mata. Ayat apakah? Ayat boleh blah...

Yang sebenarnya entri kali ini khas bersempena dengan usia Alia yang mencecah 11 bulan. Lama dah haishhh tak kongsikan cerita pasal budak kecik cenonet ni.



Sejak umur 10 hingga 11 bulan, macsm-macam kemahiran anak dara aku ni persembahkan...

Pertama sekali, budak kecik cenonet ni pantang tengok remote Astro. Mesti nak ambik. Mungkin cahaya kelip-kelip yang keluar bila kena tekan tu kot membuatkan dia berminat tahap dewa dengan remote Astro. Sebab tu... Tiap kali menonton, kslau dia ada bersama... Ayah tolong sorokkan. Kekadang tu nak jer ayah dia buli Alia. Sorokkan kat belakang. Mulalah dia tawaf mencari. Kalau tak dapat pandai pulak dia beralih arah mencari mainan dia.

Satu lagi... Jangan tak tau,Alia suka channel 119 dan 611... Nak-nak kisah ipin upin, melekat dan fokus di depan tv. Tapi aku tak naklah dia selalu sangat menonton kartun... Kang tak pasai-pasai kita orang tua takleh nak menonton berita. ekekeke...

Alhamdulillah! sekarang gak Alia dah mula belajar berdiri sendiri... Permulaan yang bagus. Seronok tengok Alia gigih belajar berdiri.

Alia-Alia... Tak terasa...

Dah 11 bulan dah usia Alia. Semoga Alia menjadi amak yang soleh dan berguna :)

I love u so much sayang


6 comments:

  1. Alhamdulillah.. semoga menjadi anak yg soleh.. :)

    ReplyDelete
  2. ermm aku pon tak tau ape yang berhantu sangat cite upin ipin ni ..anak aku pon suke sangat ...baru dengar lagu die, dah tergedik gedik, melompat lompat gembire ...hikhik ..

    ReplyDelete
  3. @shazrina Betul kata awak tu. Samalah dgn Alia automatik mata terarah pada tv sebaik jer dgr bunyi lagu ipin upin.

    ReplyDelete
  4. seronoknya bila tgok nak kita dpt esuatu kemahiran.alia dh pandai berjalan ye..tak lama lg berlari la pulak..penat mak ayah nak kejor.hehe..

    ReplyDelete
  5. sikit hari lagi membesar jd kawan gado akk la ye..hehehe

    ReplyDelete