Hola ♥ , Hari ni hari cuti bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul.  Pada kesempatan ini Fiza seisi keluarga ingin mengucapkan Selama...

Alamak! Dia tak takutlah...

/
6 Comments


Hola ,
Hari ni hari cuti bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul.  Pada kesempatan ini Fiza seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat menyambut Maulidur Rasul.

4 hari cuti mesti banyak rancangan nak buatkan. Aku, encik suami dan Alia... InsyaAllah, esok kami bertiga akan pergi ke bandar bintulu. Dah booking hotel dah. Dari minggu lepas lagi. Semangat weiii. Apa taknya dah sebulan tak kuar bandar. Stok makanan pun dah nak habis. Hehe...

Time cuti nilah kesempatan kita nak bersama dengan famili kan. Di saat entri ni ditaip aku, encik suami dan Alia tengah rehat sambil menonton tv. Untung Alia tengah khusyuk bermain. So, aku tak naklah buang masa dan peluang yang ada untuk update blogku.

Tengok tajuk... Mesti cerita hantu menjadi persoalan di otak kan... Nak-nak baru-baru ni heboh kisah kena rasuk di UITM Lendu, Melaka. Namun bukan itu yang ingin aku kongsikan. Try google ek! kalau nak tahu dengan lebih lanjut.

Ok! berbalik kepada tajuk entri... Apa yang ingin aku ceritakan ialah mengenai bayi tidur pada waktu malam dalam keadaan gelap. Mean, lampu dimatikan sebaik saja bayi terlelap.  Tak takut ke ?

*************************************************

Pernah tak mengalami anak meragam sebaik saja lampu dipadamkan?

Kalau Alia... No problemo. Sejak kecik lagi aku dah latih Alia tidur dalam keadaan lampu yang malap. Mula-mula, takut gaklah aku kalau-kalau dia meragam bila lampu dipadamkan. Tapi tak rupanya.

Dalam hati aku "Alamak! Dia tak takutlah rupanya..."

Syukur Alhamdulillah...

gambar bayi tidur, bayi tidur dalam gelap, keburukan bayi tidur dalam terang pada waktu malam


***************************************************

Aku saja jer latih Alia tidur dalam keadaan lampu yang malap sebab aku serius tak suka tidur dalam keadaan lampu yang terang.

Baru-baru ni aku ada terbaca dalam sebuah buku yang berjudul Soal jawab bayi dan kanak-kanak hasil karya Doktor Carol Cooper yang menyatakan bahawa membiarkan lampu terpasang pada waktu malam ketika bayi sedang tidur boleh menyebabkan bayi akan mengalami rabun jauh pada masa akan datang. Pulak dah...

Serius tak terfikir pulak pasal tu... Yang aku fikirkan diri aku yang takleh nak tidur dalam keadaan terang. Nak tak nak Alia pun kena ikut ibunya. Haha...

Moga info yang dikit ini memberi sumbangan ya... Terutamanya kepada diriku sendiri yang masih banyak yang perlu dipelajari...

Oklah! Nak buat cucur pusuk kejap buat minum petang. Hehe...




ARTIKEL LAIN DI SINI

6 comments:

  1. elok ajar anak tidur dlm keadaan malap.kalo terang pyh nak tidur n bahayakan kesihatan...bce sumber dr blog anje...

    ReplyDelete
  2. @Mimi Azirah Tu lah Mimi... Fiza pun baru tahu. Tapi dah lama Fiza amalkan cuma tak tau tido dlm terang rupanya bawa keburukan gak kpd bayi. Thanks Mimi kerana sudi singgah dan komen di blog saya yer :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas info yg berguna ini... dapat juga jadi panduan kepada org lain

    Btw jom join Contest yang sangat mudah kat SINI dan menangi wang tunai segera.

    ReplyDelete
  4. ada ekk baby yg tak suka tido dlm gelap?entah pada muni sepatutnya kita mmg perlu ajar anak tido dlm keadaan lampu bertutup,klu teran benderang biasanya anak susah nak tido sbb merasakan hari masih siang..

    nah kajian doc tu pun dh membuktikan yg cahaya lampu tu sebenarnya tak bagus utk mata, terutama pada baby

    cucur pusuk tu cucur apa fiza?pelik benar bunyinya.hehe

    ReplyDelete
  5. @Puan Kutu Hehe... Cucur pusuk tu dlm Bhs Sarawak Muni bermaksud cucur ikan bilis :)

    ReplyDelete
  6. salam maulidur rasul kak.. :)

    erm, kalau sy pun takleh tido dalam terang..kecuali dah letih beno kan..hehe.. tapi kak, bnyk lagi tau faktor yang tak elok tntng tido dlm terang ni..mcm2..pernah terbaca dulu..tak elok tuk tumbesaran la..mcm2..

    ReplyDelete