Hola ♥ , Pertama sekali sebagai pembuka bicara... Fiza ingin mengucapkan tahniah buat  Farah  . Farah merupakan salah seorang blogger ya...


Hola ,
Pertama sekali sebagai pembuka bicara... Fiza ingin mengucapkan tahniah buat Farah . Farah merupakan salah seorang blogger yang rajin terjah blog Fiza. Tak sangka, Farah akhirnya disahkan hamil.... Setelah 4 tahun 9 bulan menunggu. 

Siapa sangka kan... Fiza percaya Allah tak zalim dengan hambaNya... Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

p/s : aku pulak terlebih excited bila dapat tau yang Farah mengandung (^_~)...


Hola ♥ , Hari ni dah Khamis... Esok Jumaat. Cepatnya masa berlalu kan...  Entri kali ni bukan aku nak bercerita pasal mandi bagai d...



Hola ,
Hari ni dah Khamis... Esok Jumaat. Cepatnya masa berlalu kan... 

Entri kali ni bukan aku nak bercerita pasal mandi bagai dan bukan dalam bahasa english. Tajuk jer lebih. Aku bukan terror pun bab-bab cakap omputih. Hahaha...


Taking a bath... Before going to bed!, buku terbaru ayah belikan untuk Alia. Bahasa english tu. Macam dah reti baca... Siap beli buku omputih lagi.

Pada aku, walaupun tak reti baca... Alia akan senyap dan tak merayau-rayau bila tengok buku. Haha... Kurang sikit aku nak mengejarnya. Sekarang lagi lah... Siap pandai naik kerusi lagi.

Bila dah pandai duduk... Tak sabar nak tengok dia pandai merangkak... Huhu... Mula dari pandai merangkak lah kita kena pantau aktiviti bayi. Nak-nak sekarang ni gak dah pandai kutip benda-benda kecik dan masuk mulut. Alahai! macam-macam benda dia nak cuba.

Walaubagaimana pun, masa nilah kita main puas-puas ngan baby kita. Seronok haihhh...


Hola ♥ , Setia hingga hujung nyawa?... Satu janji apabila wujud dasar cinta di hati pada pasangan bercinta mahupun suami isteri. Namun,...



Hola ,
Setia hingga hujung nyawa?... Satu janji apabila wujud dasar cinta di hati pada pasangan bercinta mahupun suami isteri. Namun,sejauh mana janji itu dikotakan... Wallahualam. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku di kemudian hari. Tetapi... Andai kita menerima pasangan kita dengan seadanya dan dilengkapi dengan 3K iaitu Kepercayaan, Kesetiaan dan Kejujuran... InsyaAllah! kebahagiaan itu pasti dimiliki. Chewah! power tak madah aku? Hehehe...

Al-maklumlah sekarang tengah hot Akasia tv3 Setia hingga hujung nyawa. Aku ngan encik suami tak ketinggalan tengok. tak dapat tengok on time, tengok kat internet pun sanggup. Haha... Nak buat macam mana. Dah terjebak... Ekekeke...

Jalan citernya bagi aku taklah membosankan. Best la jugak. 

Bagi aku... Banyak pengajaran daripada citer ni sebenarnya. Bak kata mak aku... Jangan tengok dan mengutuk jer pandai... Cuba fikir secara positif dan ambik sesuatu kejadian atau keadaan itu sebagai pengajaran dan cuba adaptasi dalam real life. Jangan memain dengan mak aku. Dalam kelembutan ada ketegasan... Huhu...

Bagi aku... Apa yang dilakukan Zain tidak sepatutnya berlaku dalam institusi rumah tangga. Terutamanya sikapnya yang mudah menceritakan segala hal rumahtangga termasuk citer dalam bilik tidur pun diceritakan kepada orang lain... Walaupun dengan kawan karib, ia tidak sepatutnya diceritakan. Pada aku... Rambut jer sama hitam, hati lain-lain. Kekadang kawan makan kawan pun ada.

Satu lagi... Apa yang berlaku pada Ersalina... Mengandung! that real fact yang harus kita ambik tahu... Cuba relate dengan kehidupan segelintir remaja zaman sekarang yang begitu mudah menyerahkan mahkota kepada lelaki. Yang lelaki pulak cabut lari. Kesannya... Macam-macam masalah wujud.

Huhu... Apalah kesudahan citer dia malam ni yer? Tak sabar nak tengok. Rasa-rasa citer ni dah nak sampai penghujung. Apalah kesudahannya?


Hola ♥ , Sumber info adalah daripada majalah iSIHAT.



Hola ,

ransang penuaan, makanan dan penuaan,


Sumber info adalah daripada majalah iSIHAT.


Hola ♥ , Syukur pada Allah kerana telah memberi peluang dan ruang untuk aku terus berkongsi cerita di sini. Kalau entri semalam. Ak...



Hola ,
Syukur pada Allah kerana telah memberi peluang dan ruang untuk aku terus berkongsi cerita di sini.

Kalau entri semalam. Aku dok sibuk bercerita tentang Cucur pusuk tu apa? . Macam pelik jer bunyinya kan... Tapi entri kali ni berkaitan dengan anak patung yang aku rasa patut dikongsikan.

Pasti ramai di antara kita pernah memikirkan cara terbaik untuk mencuci patung?. Tapi kan... Mesti ramai yang guna cara merendam patung dengan air panas... Betul tak.? Aku pun buat benda yang sama.

Baru-baru ni aku ada terbaca dalam majalah iSIHAT dan terdapat cara yang bagus untuk mencuci patung di mana caranya adalah dengan memasukkan patung yang hendak dicuci ke dalam tempat sejuk beku, peti sejuk dan dibiarkan semalaman. Kemudian, vakumkan dan dijemur. Info ini dinyatakan oleh Dr. Raymond Tan di dalam majalah iSIHAT.

Hurmmmm... Susah gak ek nak cuci patung?

Hola ♥ , Alhamdulillah... Kami bertiga selamat sampai di rumah setelah dua hari berkampung di bandar Bintulu. Seperti yang pernah aku c...



Hola ,
Alhamdulillah... Kami bertiga selamat sampai di rumah setelah dua hari berkampung di bandar Bintulu. Seperti yang pernah aku ceritakan dalam entri :


Sungguh memenatkan nak-nak dengan gelagat Alia yang tak nak duduk dalam troli masa shopping

Tapi entri aku kali ni bukanlah tentang itu. Nanti-nanti akan aku ceritakan. Gambar tak edit lagi. Hehe....

Dalam entri kali ni... Aku ingin menjawab soalan yang diajukan kawan aku. kalau nak tau sapa orangnya cuba godek entri kat atas.

Dia tanya cucur pusuk tu apa? Macam pelik jer bunyinya kan...

Sebenarnya tu dalam bahasa Sarawak. Nak tahu cucur pusuk tu adalah cucut ikan bilis + bawang merah + cili + sedikit garam dan air. Hehe... Resepi paling mudah bagi orang yang hentam jer labu macam aku ni. Janji encik suami kata sedap.




Hehe.... Nasib baik ada ambik gambar walaupun cucurnya nampak berterabur. Takde seni langsung.

Orait! Aku rasa cukup kot celoteh aku sampai sini. Nak pergi dapur kejap, nak masak buat tengah hari ni memandangkan Alia tengah syiokkkk... tidur. Kang bangun... Alamat lambatlah nak memasak...


Hola ♥ , Hari ni hari cuti bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul.  Pada kesempatan ini Fiza seisi keluarga ingin mengucapkan Selama...



Hola ,
Hari ni hari cuti bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul.  Pada kesempatan ini Fiza seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat menyambut Maulidur Rasul.

4 hari cuti mesti banyak rancangan nak buatkan. Aku, encik suami dan Alia... InsyaAllah, esok kami bertiga akan pergi ke bandar bintulu. Dah booking hotel dah. Dari minggu lepas lagi. Semangat weiii. Apa taknya dah sebulan tak kuar bandar. Stok makanan pun dah nak habis. Hehe...

Time cuti nilah kesempatan kita nak bersama dengan famili kan. Di saat entri ni ditaip aku, encik suami dan Alia tengah rehat sambil menonton tv. Untung Alia tengah khusyuk bermain. So, aku tak naklah buang masa dan peluang yang ada untuk update blogku.

Tengok tajuk... Mesti cerita hantu menjadi persoalan di otak kan... Nak-nak baru-baru ni heboh kisah kena rasuk di UITM Lendu, Melaka. Namun bukan itu yang ingin aku kongsikan. Try google ek! kalau nak tahu dengan lebih lanjut.

Ok! berbalik kepada tajuk entri... Apa yang ingin aku ceritakan ialah mengenai bayi tidur pada waktu malam dalam keadaan gelap. Mean, lampu dimatikan sebaik saja bayi terlelap.  Tak takut ke ?

*************************************************

Pernah tak mengalami anak meragam sebaik saja lampu dipadamkan?

Kalau Alia... No problemo. Sejak kecik lagi aku dah latih Alia tidur dalam keadaan lampu yang malap. Mula-mula, takut gaklah aku kalau-kalau dia meragam bila lampu dipadamkan. Tapi tak rupanya.

Dalam hati aku "Alamak! Dia tak takutlah rupanya..."

Syukur Alhamdulillah...

gambar bayi tidur, bayi tidur dalam gelap, keburukan bayi tidur dalam terang pada waktu malam


***************************************************

Aku saja jer latih Alia tidur dalam keadaan lampu yang malap sebab aku serius tak suka tidur dalam keadaan lampu yang terang.

Baru-baru ni aku ada terbaca dalam sebuah buku yang berjudul Soal jawab bayi dan kanak-kanak hasil karya Doktor Carol Cooper yang menyatakan bahawa membiarkan lampu terpasang pada waktu malam ketika bayi sedang tidur boleh menyebabkan bayi akan mengalami rabun jauh pada masa akan datang. Pulak dah...

Serius tak terfikir pulak pasal tu... Yang aku fikirkan diri aku yang takleh nak tidur dalam keadaan terang. Nak tak nak Alia pun kena ikut ibunya. Haha...

Moga info yang dikit ini memberi sumbangan ya... Terutamanya kepada diriku sendiri yang masih banyak yang perlu dipelajari...

Oklah! Nak buat cucur pusuk kejap buat minum petang. Hehe...


Hola ♥ , Kejap nyer masa berlalu kan... Hari ni dah 22hb dan hari Khamis dah start cuti :) Pada blogger yang bekerja, selamat kemb...




Hola ,
Kejap nyer masa berlalu kan... Hari ni dah 22hb dan hari Khamis dah start cuti :)

Pada blogger yang bekerja, selamat kembali bertugas. Pada yang duduk kat umah, selamat menguruskan kerja-kerja di rumah...

Baiklah... Melihat kepada tajuk entri. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa itu ujian Apgar dan siapakah yang akan melalui ujian Apgar.

Honestly, aku dulu pun tak tau tentang ujian Apgar ni. Semuanya bermula apabila aku disahkan hamil...

Kegembiraan yang tak terkata membuatkan aku banyak menghabiskan masa senggangku dengan melayari internet dan membaca buku berkaitan tentang penjagaan bayi... Sehinggakan aku lupa dan malas untuk update blog.

Ibu mana yang tak nak buat yang terbaik untuk anaknya kan. Betul tak?

Lagipun... Aku percaya pasti ramai yang berasa gembira bercampur cemas untuk melalui fasa baru bergelar ibu... Banyak benda tak tau wooo dan banyak juga yang mesti dipelajari.

Betul tak?

Ok!... berbalik pasal Ujian Apgar...




Ia adalah satu ujian ke atas bayi baru lahir dan ujian ini adalah bersempena dengan nama seorang Doktor iaitu Doktor Virginia Apgar.

Ujian ini akan dilakukan sebaik saja bayi dilahirkan yang mana bertujuan untuk mengenalpasti tahap kenormalan seseorang bayi tersebut.

Terdapat lima ujian yang akan dilakukan iaitu warna bayi, denyutan jantung, tindakbalas terhadap ransangan, tonus otot dan pernafasan. Ujian ini mempunyai skornya yang tersendiri iaitu 0, 1 dan 2. Kemudian jumlah keseluruhan/10. Jumlah 7 atau lebih dianggap normal. Manakala 10 pula menunjukkan kesempurnaan. Tapi... Andainya skor ujian Apgar bayi 5 hingga 7, ia menunjukkan bayi memerlukan pemerhatian lanjut.

Alhamdulillah! Kalau Alia dulu... Ujian Apgarnya mencapai tahap normal iaitu 9/10. Bahagian ransangan jer Alia mencapai skor 1. Hehe... Mungkin masa tu Alia malu kot nak respond.

Itulah serba sedikit mengenai ujian Apgar. Benda ni hanya akan diperkatakan oleh doktor bila anak kita menghadapi sebarang masalah. Tapi... Kalau takde masalah, mereka cuma tulis jer atas buku kesihatan bayi kita.

Aku pun tak tau dulunya... Cuma gedik sangat nak tau tu yang mencari info menenainya. Apa-apa pun info ni aku terbaca dari salah sebuah buku koleksiku yang bertajuk soal jawab bayi dan kanak-kanak, hasil karya Doktor Carol Cooper.

Orait! Aku rasa cukup kot entri aku sampai sini. Panjang-panjang pun... Kang melalut pulak. ye dak?

Assalamualaikum :)


Hola ♥ , Masa Alia tidurlah... Peluang keemasan aku untuk update blog.  Kalau dia bangun takde maknanya aku nak update blog... Tengok j...



Hola ,
Masa Alia tidurlah... Peluang keemasan aku untuk update blog. Kalau dia bangun takde maknanya aku nak update blog... Tengok jer hp kat tangan aku, siap! hp tu pasti diambil budak cinonet entah tahu ke tidak siapa punya. Main redah jer... 

Kalau dah 7 tahun, memang lawan gaduh aku ler jawabnya. Haha... Itukah sifat seorang ibu yang baik untuk mendidik anak-anak?

Lu pikiq la sendiri bak kata Nabil. Hohoho...

Baiklah... Kalau nak citer pasal Alia, sampai bila-bila pun tak habis.

So, berbalik kepada tajuk entri... Kali ni aku nak kongsi lah sedikit tentang kata kunci yang selalu orang cari. Pendek kata paling popular dalam carian google yang terarah ke blog aku... Ececeh! Bukan riak tapi nak berkongsi. Nanti bolehlah siapa yang berminat... Buat entri pasal kata kunci yang aku maksudkan.

Walaupun jumlahnya tak ratusan ribu seperti blog lain... Tapi, Setiap masa pasti ada yang mencari terutamanya keyword Blog S*ks Sumptuous Erotica . Serius! sejak ia heboh diperkatakan sampailah sekarang... Orang masih mencari info mengenainya... Tapi entri aku bukanlah berbaur lucah tapi lebih kepada kupasan mengenainya.

Namun, bukan tu jer... Ada lagi keyword lain yang orang cari... Dan di antaranya adalah seperti berikut. 


Apa-apa pun... Itu adalah serba sedikit info mengenai kata kunci yang famous orang cari di blog aku untuk minggu ni. Namun, keywords yang aku kongsikan ini setiap masa orang cari weiii until now. Serius! Aku tak tipu. Buat apa nak tipu... Free dapat dosa ye dak? Apa...pun tak boleh, bak kata kumpulan Jambu. Malam Jumaat...Maharajalawak mega 2012. Dengar citer dari rakan blogger lain Jozan adalah pemenang untuk maharajalawak mega 2012. Tahniah! buat mereka... Belum terlambat lagi kan untuk aku ucapkan tahniah buat mereka.

Semoga perkongsian kali ini memberi sedikit manfaat walaupun tak banyak kepada rakan yang lain. Takpe... Sikit-sikit, lama-lama jadilah bukit kan. Tak gitu?

Nota Kaki : Alhamdulillah! Duit nuffnang semakin bertambah walaupun sedikit. Kononnya nak kumpul buat beli baju Alia, jadilah... InsyaAllah!


Hola ♥ , Boleh ke bayi membaca? Secara logiknya bayi belum reti nak membaca. Tapi tak salahkan kita dedahkan bayi kita dengan buku....



Hola ,
Boleh ke bayi membaca?

Secara logiknya bayi belum reti nak membaca. Tapi tak salahkan kita dedahkan bayi kita dengan buku. Just take 5... Sekadar mencuri perhatian dia.

Ni antara koleksi buku yang Alia ada...



Buku ni aku beli di popular bookstore dengan harga RM8.90... Murah jer... Saiznya pun kecik. Senang dipegang bayi seusia Alia.

Alia diperkenalkan dengan buku sejak dari awal lagi. Kalau tak silap bermula dari usianya sebulan.

Alhamdulillah! walaupun tak semua benda dalam buku ni dia tahu. Sekurang-kurangnya pencapaian ingatannya sekarang amat memuaskan... Bagi akulah.

Alia dah pandai buat bunyian binatang tertentu seperti cicak sebaik ditanya... Dan akan membelek-belek bukunya apabila disuruh mencari.
  
 


Namun... Perkongsian cerita ini bukan lah untuk menunjuk, jauh sekali. Tetapi luahan seorang ibu yang begitu teruja melihat perkembangan anak... Lebih-lebih lagi Alia buah hati pertama kami :)




Hola ♥ , Nur Qalesya Alia yang bermaksud cahaya yang tinggi. Satu anugerah agung dari Allah buat aku dan suami setelah setahun usia p...



Hola ,
Nur Qalesya Alia yang bermaksud cahaya yang tinggi. Satu anugerah agung dari Allah buat aku dan suami setelah setahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah...

Mak doakan moga ketinggian akhlak dan kebijaksanaanmu terserlah. Semoga Alia menjadi anak yang solehah, bijak dan berakhlak mulia :).

Mak dan ayah amat menyayangimu nak.

Cop... Cop... Cop. Emo pulak aku taip entri kali ni :(
Huhuhu... Baik kesat air mata laju-laju sebelum entri aku boleh banjir akibat air mata. Ayat apakah? Ayat boleh blah...

Yang sebenarnya entri kali ini khas bersempena dengan usia Alia yang mencecah 11 bulan. Lama dah haishhh tak kongsikan cerita pasal budak kecik cenonet ni.



Sejak umur 10 hingga 11 bulan, macsm-macam kemahiran anak dara aku ni persembahkan...

Pertama sekali, budak kecik cenonet ni pantang tengok remote Astro. Mesti nak ambik. Mungkin cahaya kelip-kelip yang keluar bila kena tekan tu kot membuatkan dia berminat tahap dewa dengan remote Astro. Sebab tu... Tiap kali menonton, kslau dia ada bersama... Ayah tolong sorokkan. Kekadang tu nak jer ayah dia buli Alia. Sorokkan kat belakang. Mulalah dia tawaf mencari. Kalau tak dapat pandai pulak dia beralih arah mencari mainan dia.

Satu lagi... Jangan tak tau,Alia suka channel 119 dan 611... Nak-nak kisah ipin upin, melekat dan fokus di depan tv. Tapi aku tak naklah dia selalu sangat menonton kartun... Kang tak pasai-pasai kita orang tua takleh nak menonton berita. ekekeke...

Alhamdulillah! sekarang gak Alia dah mula belajar berdiri sendiri... Permulaan yang bagus. Seronok tengok Alia gigih belajar berdiri.

Alia-Alia... Tak terasa...

Dah 11 bulan dah usia Alia. Semoga Alia menjadi amak yang soleh dan berguna :)

I love u so much sayang


Hola ♥ , Dalam entri sebelum ni Fiza pernah kongsikan ‡  Buah seperti buah Rambutan, tapi bukan buah Rambutan ‡. Kali ni pulak Fiza ...



Hola ,
Dalam entri sebelum ni Fiza pernah kongsikan ‡ Buah seperti buah Rambutan, tapi bukan buah Rambutan‡.

Kali ni pulak Fiza nak kongsikan 1 lagi kisah pelik hasil pembacaan Fiza daripada sebuah majalah infiniti berkaitan dengan buah tembikai... Iaitu Tembikai paling kecil di dunia.


Menurut artikel yang ditulis oleh Rosminah Haji Bakkang

● Tembikai terkecil di dunia ini hanya berukuran 3cm panjang dengan 2cm lebar.
   dipercayai saiznya yang sebenar adalah 20 kali lebih kecil daripada buah tembikai biasa.

● Dikenali sebagai Tembikai Pepquino. Ia bukanlah hasil daripada kejuruteraan genetik tetapi 100% terjadi daripada pembentukan alamiah asli. 

Sungguh unik kan... 

● Selain itu, ia juga dikatakan dijumpai tumbuh liar dalam hutan sekitar Amerika selatan.
● Lagi info menarik mengenainya adalah tembikai ini dikatakan boleh mengeluarkan buah
   hanya dalam tempoh dua atau tiga bulan selepas matang

● Dikatakan juga ia dijual dengan harga RM38.44 untuk 50 biji atau seberat 250 gram.

Comel jer kan buahnya...

Tu lah serba sedikit info mengenai buah tembikai yang dikatakan paling kecil di dunia.




Hola ♥ , Right now, Fiza berada di Belaga, Bintulu. Bila berada di tempat orang, sudah pasti banyak benda baru yang mencuri perhatian k...



Hola ,
Right now, Fiza berada di Belaga, Bintulu. Bila berada di tempat orang, sudah pasti banyak benda baru yang mencuri perhatian kita. Betul tak?

Baru-baru ni, ayah Alia belikan buah. Buahnya macam buah rambutan. Tapi bukan buah rambutan.


Penah tengok tak?

Mesti ada yang pernah tengok kan.. kan... Tak macam aku baru tengok. Sekali tengok kecoh nak kongsikan. Hehe... Nak buat macam mana, benda baru bagi aku.

Di Belaga buah ni dikenali sebagai Buah Pulasan. Cantik kan nama buah ni. Tapi tak tau la tempat lain, buah ni dikenali sebagai apa lah kan...

Mula-mula tengok aku dah buat tangkapan sendiri... Buah ni mesti kena pulas dulu baru boleh makan dan sebab tu jugak kot buah ni dinamakan buah pulasan. Haha... Andaian aku yang takleh nak pakai. ekekekee...

Apa-apa pun buah ni taklah sesedap buah rambutan. Tapi encik suami kata buah ni yang color merah lagi manis.

Tapi sayang tak jumpa lagi yang berwarna merah. Nanti kalau jumpa Fiza kongsikan laju-laju ek. Hehe...



Hola ♥ , Pada aku yang baru bergelar ibu, mensendawakan bayi bukanlah suatu perkara yang mudah walaupun mungkin nampak senang. Ia p...



Hola ,
Pada aku yang baru bergelar ibu, mensendawakan bayi bukanlah suatu perkara yang mudah walaupun mungkin nampak senang.

Ia patut dipelajari melalui ibu sendiri misalnya. Bahkan ilmu daripada buku pun patut kita cuba. Macam aku, ibu banyak memberi tunjuk ajar tentang penjagaan bayi. Alhamdulillah, pelbagai ilmu dah diturunkan ibu kepadaku. 

Namun, kali ini entri yang aku kongsikan bukanlah pasal ilmu yang diturunkan ibu kepadaku... Tetapi mengenai cara terbaik untuk mensendawakan bayi yang merupakan keratan artikel daripada sebuah buku yang bertajuk soal jawab bayi.

Mensendawakan bayi adalah perkara penting. Bukan perkara main-main... Sebab andai kita tak mensendawakan bayi. Berkemungkinan susu akan masuk ke paru-paru dan akan menyebabkan paru-paru bayi bermasalah.... Itulah jawapan doktor kepada aku suatu ketika dulu apabila aku melontarkan soalan kenapa kita mesti mensendawakan bayi?. Diharap artikel yang aku kongsikan ini memberi manfaat kepada para ibu dan juga kaum bapa yang juga wajib mengetahuinya. Hehe... Very important ok!

sendawakan bayi, kaedah sendawakan bayi, bagaimana sendawakan bayi,


Part sendawakan bayi aku paling suka. Kalau Alia... Mak aiii.... panjang bebeno bunyi arghhhh dia tu. Hehe...



Hola ♥ ,



Hola ,

terlalu rindu, bahasa sarawak, rindu,




Hola ® , Nota Kaki : Sumber info adalah daripada majalah Pa&Ma.



Hola ®,

Tip untuk bayi kembar, petua mengandung kembar, anak kembar, kaedah hamil kembar, cara hamil kembar,

Nota Kaki : Sumber info adalah daripada majalah Pa&Ma.



Hola ® , 'Sarang' pil gugur... Satu tajuk berita yang menarik minat Fiza untuk membacanya. Tak sangka ye ada gak forum untuk dij...



Hola ®,
'Sarang' pil gugur... Satu tajuk berita yang menarik minat Fiza untuk membacanya. Tak sangka ye ada gak forum untuk dijadikan tempat untuk menjual pil gugurkan janin. Pada Fiza banyak keburukan daripada kebaikan andainya perkara ini bertapak di internet. Sesungguhnya dunia tanpa sempadan menjadikan manusia pantas bak kilat untuk mendapatkan sesuatu.

Apa akan jadi ?...


Hola ® , Bila bercakap pasal kencing... Macam-macam ragam pasal kencing yang terpaksa manusia hadapi. Ada kencing berdarah lah, air k...



Hola®,
Bila bercakap pasal kencing... Macam-macam ragam pasal kencing yang terpaksa manusia hadapi. Ada kencing berdarah lah, air kencing kotor lah, air kencing tersumbat lah. Pendek kata, ada macam-macam jenis penyakit berkaitan dengan kencing.

Malah... Tak kurang juga yang menghadapi masalah kawalan air kencing. Serius... Fiza pernah kena semasa mengandungkan Alia terutamanya kandungan mencecah 8 bulan... Mak aiiii... Asyik nak kencing macam tak dapat nak kawal.

Tapi... Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya... Walaupun mungkin tak 100% masalah kita tu selesai, tapi sekurang-kurangnya... Berkurang jugak kan?

Oleh demikian, entri kali ini Fiza ingin kongsikan 8 Tip kawalan air kencing dan info ini Fiza perolehi daripada majalah Pa&Ma. Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua

air kencing, masalah kencing, air kencing susah di kawal, kawalan air kencing,



Hola ♥ , Pertama sekali, selamat tahun baru Fiza ucapkan. Rasanya masih tak terlambat lagikan... Selamat tinggal tahun 2012 dan selamat ...



Hola ,
Pertama sekali, selamat tahun baru Fiza ucapkan. Rasanya masih tak terlambat lagikan... Selamat tinggal tahun 2012 dan selamat datang buat tahun 2013.


Entri pertama dari Fiza untuk tahun 2013 dan merupakan entri yang ke-400 untuk blog Fiza. Tak sangka yer banyak gak cerita yang telah Fiza kongsikan.

Bila mengimbau kembali tahun 2012... Ia suatu kenangan manis buat Fiza dan suami. Syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan kami cahaya mata yang sihat. Bila mengingat saat-saat mengandungkan Alia pulak, terasa rindu dengan saat-saat Alia menendang di dalam perut. Sungguh manis kenangan itu Fiza rasakan.

18 Februari 2013, genaplah usia Alia setahun. Begitu pantas waktu berlalu. Semoga tahun 2013 lebih bermakna buat kami sekeluarga dan jugak insan yang lain.