Hola   ♥ Hari ni tanggal 1 Disember 2012 ... Aku ingin kongsikan kisah Alia yang semakin hari semakin aktif . Dah lama gak aku ke...

Perkembangannya macam mana nurse?

/
4 Comments



Hola 




Hari ni tanggal 1 Disember 2012... Aku ingin kongsikan kisah Alia yang semakin hari semakin aktif. Dah lama gak aku ketandusan idea untuk berkongsi cerita pasal budak kecik cinonet ni... Tu pasal takde entri pasal dia sejak akhir-akhir ni. 

Tak lama lagi dah nak masuk tahun 2013 dan tinggal 2 bulan lebih lagi, usia Alia akan menjangkau 1 tahun. Begitu cepat masa berlalu... Tak sabar rasanya nak tengok Alia pandai berjalan... Hehe.

Hari tu, last monthly checkup masa umur Alia 7 bulan... Berat dia 6.700kg dan sekarang umur dah 9 bulan...  Berat pun semakin bertambah. Kata nurse berat dia dah 7.800kg dan perkembangannya  pun mencapai target merekaالحمد لل.

Sekarang ni... Mak aii, kena sentiasa jadi pengawal peribadi dia 24 jam. Apa tak nya... Bila berdiri di kerusi ke, almari tv tok wan dia ke... Dengan sombongnya bermemek muka tak boleh blah , siap lepas tangan sebelah tu... Huhu... Pernah sekali tu, kerana kelalaianku yang syiokkk menonton cerita cinta itu milikku, dia tersungkur. Huhhh... Lama gaklah dia menangis. Sian betul.

Di usia begini gak, Alia dah pandai dah nak koyak kertas lah, kutip benda-benda kecik atas lantai lah... Tu pasal Ayah dia merajuk..Arghh! Ayah jahat. Ambik! Sekali gedebak buku lebih besar dari dia depan mata. Sian Alia kena buli ngan ayah :)

Lepas tu, kalau nak menyusu... Kalau dah keluar dari mulut dia "mum... mum... mum" sambil menangis. Siap! Kalau lambat dan tak kena dengan gaya. Mulalah dia merajuk minta dipujuk. Meragam lah jawabnya. Kalau dah meragam tu... Hurmmm, pasti asyik nak berkepit jer kerja diaKadang-kadang nak jer marahkan dia. Tapi... Bila difikirkan balik, seawal usia begini. Tu jelah reaksi yang mampu dia lontarkan untuk meminta sesuatu. 

Nampak gayanya, dalam mendidik anak-anak kita perlu mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang tinggi... 

Semoga Alia menjadi anak yang solehah dan pintar 

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 





ARTIKEL LAIN DI SINI

4 comments: