Back to Top

02 December 2012

Facebook mengundang 1001 Masalah?



Hola 
Bingung! Bingung tau dengan dunia sekarang ni. Sepertinya manusia tidak lagi tahu menilai yang baik mahupun yang buruk. Sanggup menghalalkan cara demi mendapatkan wang.

Tengok sajalah apa yang berlaku hari ni... Ramai yang menyalahgunakan teknologi. Contohnya, Facebook. Ingatkan Facebook membawa kebaikan, tetapi sebaliknya mengundang 1001 masalah apabila terdapatnya anasir jahat yang menyalahgunakannya demi kepentingan diri. Sepertinya tiada lagi seri di Facebook... 


Tengok jelah, hampir setiap hari ada je berita berkenaan jenayah di Facebook dipaparkan di ruangan berita. Terbaru...


Satu artikel di Harian metro yang memaparkan kisah mengenai bagaimana 100 orang wanita Thai telah terjebak dengan satu sindiket penipuan di Facebook.

Menurut artikel itu, sindiket tersebut membuat penyamaran di Facebook dengan menggunakan wajah lelaki yang tampan sebagai mendekati mangsa yang turut berjanji akan mengahwini wanita-wanita tersebut sekiranya mereka sanggup memasukkan RM10,000 ke dalam akaun kumpulan mereka setelah diugut.

*****************************************************

Hurmmm... Ni kes 2 kali 5 sepuluh... Mana taknya, yang mengugut sanggup menghalalkan cara untuk dapatkan sejumlah duit. Yang wanita pulak... Apasallah cepat sangat percaya dengan orang-orang yang baru dikenali di alam maya ni... Tu lah, jangan nak sesuka hati add and approved kenalan di Facebook.



komen facebook, upload gambar,


Kalau aku... Takdenya aku nak add atau approved kalau tak kenal. kalau nak approved pun, aku akan berhati-hati... Biarlah list tu panjang berjela-jela. Kita tak tau kan. Rambut jer sama hitam, tapi hati lain-lain.... Hehe, Eh! sekarang rambut pun dah lain-lain color tau...

Dannn... Sebagai peringatan pada diri aku gak, berhati-hati bila komen status  Facebook kengkawan tu... Tak semua orang dapat menerima pendapat kita. Nanti... Kerana mulut, badan binasa... Tak pasal-pasal kena serang dan bunuh bagai. I'm Right ok! Itulah sikap ramai orang dewasa ini.


Dan satu lagi... Jangan sesekali upload gambar se*si di laman Facebook. Ni amaran keras! untuk diri aku gak sebenarnya. Kang, ada yang ambik kesempatan ambik gambar kita dan ugut kita untuk dapatkan duit. Tengok jelah apa yang berlaku ke atas 100 orang wanita Thai. Tak pasal-pasal diugut dengan gambar lu*ah... Gratis! duit melayang begitu saja... Nasi dah jadi bubur... Nak buat macam mana...

So, bagi kita insan yang belum terkena batang hidung, baik hati-hati. Jangan nanti pisang berbuah banyak kali... Hehe.


Macam-macam kan... 

*****************************************************

Persoalannya, adakah kita sedar akan apa yang kita lakukan? dan Nak teruskan active Facebook?


Nota Kaki : Sumber gambar adalah daripada developers.facebook.com


6 comments:

  1. kita sendiri kena kawal macam mana guna facebook..tak salah nak aktif...jangan salah guna kan..

    ReplyDelete
  2. @Anisa Anuar... Thanks Anisa kerana sudi singgah. Yup! Fiza setuju dengan pendapat Anisa... Dalam bermukabuku atau perkara lainnya kita mesti mampu mengawal diri dan berhati-hati. Kalau takde Facebook, pun takleh gak. Nanti kita tak tau perkembangan kengkawan kita.

    ReplyDelete
  3. memang bahaya facebook kalau percaya bulat2

    ReplyDelete
  4. fesbuk x salah.. yg salah diri sendiri.. bagaimana kita menggunakan fesbuk tu sepatutnya kita yg tentukan... pandai kawal, xde lah jadi perkara yg x di ingini..

    ReplyDelete
  5. salam...

    betou tu,seronok2 kat laman sosial,masih kena hati2...

    ReplyDelete
  6. betul la... jgn sebab nak kejar numbers of total members tu kita approve je sesiapa pun...

    saya mmg hanya akan approvekan org yang MEMANG kawan saya... dan saya mengenali mereka...

    ReplyDelete