Hola 
 اَلْحَمْدُلِلّ, Syukur kepada yang Esa kerana telah memberi peluang dan ruang untuk kita terus menghirup udara segar pada petang ini.

Sesungguhnya segala nikmat yang kita kecapi adalah anugerah terindah buat kita yang seharusnya wajib kita syukuri. Bagaimana dengan golongan istimewa? Apakah perasaan mereka dianugerahkan keistimewaan? Bagaimana mereka menerima ketentuan Allah?

Sedangkan kita yang sempurna sifatnya kekadang tidak bersyukur dengan apa yang kita ada. Sanggup bah habis beribu ringgit semata-mata nak cantik.

Bila bercakap tentang keistimewaan, Fiza turut berasa simpati dengan kisah seorang kanak-kanak bernama Rio Vicary yang berasal dari Sheffield, United Kingdom yang mempunyai masalah penglihatan yang juga turut menghadapi masalah tak dapat nak tidur.

Hurmmm... Macam manalah tu ek? Sedangkan kita yang normal ni pun... Kalau kekurangan tidur, pasti menghadapi masalah kepeningan. Macam tak logik jer kisah adik ni... Tetapi itulah kebenarannya yang dilaporkan di dalam artikel di Melayukini.net. Walaupun Rio Vicary dilahirkan dengan serba kekurangan namun adik ini mendapat kasih sayang dan layanan yang baik daripada keluarganya.

***************************************************************************

Bila terbaca kisah mengenai kanak-kanak ni... Teringat Fiza akan kisah suatu ketika dulu. Masa tu Fiza tengah study lagi ambik diploma di sebuah kolej swasta di Kuching, Sarawak. Adalah sorang ustaz tu... Ustaz tau. Mengajar subjek Tamadun Islam dalam kuliah kami. Isterinya telah mengandung dan akhirnya melahirkan anak lelaki yang buta... Tertutup rapat, langsung tak nampak mata.

Kisah ni... Ustaz tu sendiri citer kat kami tau. Kemudian, dia langsung tak dapat terima hakikat yang dia ada seorang anak yang istimewa. Menurutnya, hampir setahun gaklah dia jarang balik rumah dan tak suka dengan isteri dan anaknya. Sampailah suatu masa, dia bermimpi dan dilaknat oleh Allah hingga buta. Dalam mimpinya menurut ustaz tu, keluarganya langsung tak nak kan dia, dia langsung takleh nak bergerak dan perlukan bantuan orang lain.

Nah! baru dia tau betapa sukarnya apabila menjadi buta. Sejak hari tu... Dia banyak menghabiskan masa dengan anaknya. Dia menyesal dengan apa yang dia telah lakukan terhadap anaknya.

Huhu... Fiza, time ustaz tu citer, sebak gak dada dibuatnya...

Tu lah, kita yang dilahirkan sempurna seharusnya mengambil ikhtibar dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Jangan mudah alpa dan sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Bersyukurlah kepada-NYA dengan mendekatkan diri kepada-NYA.

Dunia semakin tua,
Bencana sini-sana,
Adakah kita sudah bersedia,
Cukupkah Bekalan kita,
Untuk bertemu denganNYA.


والله أعلم, Tepuk dada, tanya sendiri :)