Hola   ♥ Dewasa ini, rokok sepertinya menjadi keperluan kepada perokok tegar terutamanya kepada golongan remaja dan bapak-papak sih! T...

Wah! First time lah tengok... Korang?

/
3 Comments


Hola 

Dewasa ini, rokok sepertinya menjadi keperluan kepada perokok tegar terutamanya kepada golongan remaja dan bapak-papak sih!

Tapi kan... Bila baca artikel di Kosmo! Online yang bertajuk "Perokok Cilik Indonesia" aku sepertinya terkasima melihat foto yang dikongsikan...
Aldi iiham, Ardi Rizal habiskan 40 batang rokok sehari,
Keciknya... Dah pandai merokok dan terror tu pegang batang rokok. Itulah adik Aldi llham 8 tahun yang berasal dari Sukabumi, Indonesia yang dikatakan boleh menghabiskan dua kotak rokok sehari tanpa dimarahi oleh ibu bapa.

Haihhh! Kenapa pulak tak dimarahi?... 

Dashyat! Kanak-kanak sekecil itu boleh menghabiskan 2 kotak rokok dalam sehari. Malah, adik Aldi iilham ni dikatakan start merokok pada usia 4 tahun lagi. Mean, dah 4 tahun la dia merokok. Huihhh! Dashyat!

Siapa belikan dia rokok ek? Mana datangnya duit untuk dia belikan rokok?

Lepas tu pulak, Seorang lagi kanak-kanak bernama Ardi Rizal yang kini berusia 4 tahun juga ketagihan rokok. Bayangkan... Dia boleh menghabiskan 40 batang rokok sehari ketika berusia 2 tahun. Mak aiii... Lagi Dashyat!

Hurmmm... Menurut artikel tersebut gak, Ardi Rizal akan membuat perangai jika permintaannya untuk merokok tidak dipenuhi. Huhu... Memang ketagihanlah kalau gitu perangainya. Siannya... Kecik-kecik lagi dah merokok.

Cuba tonton video di bawah... Apa pendapat korang?



Ternyata fenomena kanak-kanak merokok di Indonesia bukanlah suatu kepelikan tapi kebiasaan.

Indonesia adalah negara di mana kadar perokok lelakinya adalah tertinggi di dunia. Fakta ini adalah hasil kaji selidik dengan sokongan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat yang disiarkan September 2012.
Bagaimanalah keadaan paru-paru Aldi dan Ardi nanti? Bila dah menjangkau usia 50 tahun...

Hurmmm... Nasib baik hubby tak merokok.

Nota kaki : Sumber gambar adalah daripada Kosmo! Online dan Video adalah daripada Youtube.com




ARTIKEL LAIN DI SINI

3 comments:

  1. salam kenal...
    budak zaman skrg, kecil2 pun dah pandai merokok...

    Salam…

    Saya adalah salah seorang bloger yang menyertai contest “iPhone 5 gadget impian”

    Harap rakan2 sudilah klik G+1 di entri “iPhone 5 gadget impian” saya.

    http://miri4evernet.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian_6.html

    Sokongan dari rakan2 semua amat saya hargai…
    Terima kasih…

    ReplyDelete
  2. dah pernah tgk video tu... speechless...! Mujur juga encik hubby saya tidak merokok... alhamdulillah

    ReplyDelete