Hola ♥ , Semalam... Sebelum balik ke kampung sempat gaklah pergi Unimas tempar aku belajar dulu. Aku pergi Unimas bukan nak sambung bel...

Unimas berwajah baru?

/
3 Comments


Hola ,
Semalam... Sebelum balik ke kampung sempat gaklah pergi Unimas tempar aku belajar dulu. Aku pergi Unimas bukan nak sambung belajar tau, tapi nak jenguk adik aku yang tengah belajar di Unimas. 

Setahun tak melangkah kan kaki ke Unimas macam-macam dah berubah. Serius!!! Memang cantik haihhh... Tempat makan dia cantik woo. Sayang bateri hp dah habis. So, banyak gak gambar tak dapat nak ambik.

Asrama tambah satu lagi, asrama Rafflesia... Lagi besau. Rasa-rasanya lepas ni kuranglah pelajar yang menyewa kat luar. Then, semua fakulti dah ada kat kampus barat. Takde dah kat kampus timur. Tapi... Kata adik aku kampus timur still digunakan untuk peperiksaan dan jugak untuk program asasi.

Komplek sukan dan stadium pun dah mula beroperasi. Beruntunglah pelajar baru lepas ni... Yelah, ada tempat khas untuk beriadah kan... Memang syiokkk!!!. Tapi kan... Kalau aku, ada atau tak komplek sukan still malas bersenam.

Lepas tu pulak. Pusat Islam sedang dibangunkan. Huhhh... Memang besar tempatnya, siap ada masjid lagi. Lepas ni, tak yah la pelajar nak sembahyang jumaat kat luar kalau pusat Islam dah siap.

Seronok haihhh dapat bertandang ke Unimas di mana suatu ketika dulu aku pernah tinggal kat situ. Huhu... Memang seronok lagi-lagi tengok Unimas yang berwajah baru.


Alia pun seronok... Alia memang. Suka sangat jenjalan... Pantang sebut car , dah tau dah nak pergi jenjalan. Unimas adalah antara tempat kami kunjungi semasa bercuti di rumah mak mertua aku.




ARTIKEL LAIN DI SINI

3 comments:

  1. wahh, akak ex-student unimas .. saya student unimas jugak, tapi 4th year skrg ni . adik akk kolej mana ? gambar akk tu kat kolej cempaka kan . hihi

    ReplyDelete
  2. @Yong BaiaahAdik akak kat kolej cempaka. Fakulti fagk. Hehe. Akak dulu fit. Thanks yer sudi singgah blog akak :)

    ReplyDelete
  3. ex unimas ekk..mmg best berkunjung semula ke tempat yg pernah meninggalkan byk memori..mesti terkenang2 kisah yg lama..:)

    ReplyDelete