Hola 

Dikesempatan ini, sekali lagi aku ingin berkongsi cerita. Rasanya aku pernah berkongsi mengenainya. 

Tadi aku terbaca di mStar Online dan aku tertarik dengan satu artikel yang juga menjurus kepada entri aku sebelum ni yang bertajuk "Fear Factor Selebriti Malaysia". 




Siapa pengacaranya? Siapa selebriti yang mengikuti program ni? Di manakah lokasi pengambaran Fear Factor Selebriti Malaysia dijalankan? Semuanya pernah aku kongsikan sebelum ni.

So, untuk kali ni... Aku ingin berkongsi kesinambungan kepada entri aku sebelum ni. Berdasarkan artikel di mStar Online, 29 Disember ni adalah merupakan tarikh di mana program Fear Factor selebriti Malaysia akan mula ditayangkan di saluran Astro Ria dan Mustika HD, setiap hari Sabtu pada pukul 9 malam. Yesssssssssssssssssss!!! Waktu yang tepat untuk menonton. 

Thanks! kepada pihak astro kerana memilih waktu yang sesuai. Alia pun dah tido masa ni. Hehehe... 


Menurut artikel itu lagi, Pemenang utama akan menerima wang tunai sebanyak RM200,000 manakala pemenang bagi cabaran mingguan pula bakal membawa RM10,000.

Lumayan tu...

Hurmmm... Harap-harap program ni bestlah yer.