Hola   ♥ Kini pengeluaran handphone semakin banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan . Permintaan masyarakat pun semakin tinggi. ...

Tip Menghindari Bahaya?

/
8 Comments


Hola 

Kini pengeluaran handphone semakin banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Permintaan masyarakat pun semakin tinggi. Namun, dalam keasyikkan kita menikmati arus tranformasi teknologi adakah kita terfikir mengenai faedah dan keburukannya kepada kita.

Untuk kali ini, Fiza bukan nak berkongsi info mengenai kebaikan handphone. Kalau pasal kebaikan, sudah pasti banyak wooo... Kalau tak, kenapa handphone dijual di pasaran dan mendapat permintaan yang tinggi. Tengok sajalah kelebihan iPAD MINI... Mampu mempengaruhi pembeli... Ye tak?.


Namun, memiliki hanphone yang mahal juga membuatkan ada segelintir manusia yang takut akan kehilangannya. Tengok sajalah apa yang berlaku di dalam gambar di artikel "Cerita di sebalik Blackberry". Siap bermangga lagi tuMestilah kan takut hilang. Beli dengan duit bah... Bukannya dengan daun atau kertas.

Hurmmm... Itu terpulang kepada individu untuk menilai dan membuat pilihan.



Kecik-kecik dah pandai nak pegang handphone... Alia pantang tengok handphone. Mesti nak ambik


Berbalik kepada point utama entri kali ni... Bila mana bercakap pasal keburukan atau bahayanya handphone.

Pertama sekali... Untuk menghindari bahayanya handphone, jangan tidur bersama handphone. Ramai di antara kita termasuklah aku... Haha, menjadikan telefon bimbit sebagai fungsi alarm. Sudah semestinya. Pasti! Senang bah guna alarm handphone... Kalau nak dibandingkan dengan alarm jam.

Tapi bahaya kalau handphone diletakkan berhampiran dengan kita. Menurut artikel di dalam Majalah iSIHAT, Medan elektromagnet dikatakan akan mengurangi produksi melatonin pada tubuh hingga menyebabkan kerosakan DNA. Serius tu... Bukan perkara main-main.

Kedua pulak... Penting untuk lelaki ketahui... Kalau boleh Elakkan menyimpan handphone di dalam poket, kerana dikatakan ia akan mengurangkan sperma kepada 25% jika hendak dibandingkan dengan lelaki yang tidak menyimpan handphone di dalam poket.

Tu adalah dua aspek penting untuk menghindari bahayanya handphone kepada kita. Mencegah lebih baik daripada mengubati dan tak salah jika kita mempraktikkannya. Bukan susah pun... Tak perlu keluar duit, cuma perlu keluarkan sedikit tenaga... Cukup-cukup sedikit demi kesihatan diri sendiri.

Diharap tip menghindari bahayanya handphone ini dapat membantu kita untuk memperbaiki mutu kehidupan kita seharian.

Sesungguhnya yang kurang itu datangnya daripada diri Fiza sendiri dan yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T.

والله أعلمُ بالـصـواب




ARTIKEL LAIN DI SINI

8 comments:

  1. xbole letak kat poket..alamak!

    ReplyDelete
  2. erkk.. en hubby selalu bawak p die masuk tdo sekali. jd alarm kate die.. ishh..

    ReplyDelete
  3. betul...hari hari bawak masuk tido jadikan alarm ;p

    ReplyDelete
  4. @Che Rosliza Che mat... Thanks ye kerana sudi singgah dan follow blog Fiza. Moga perkenalan kita berkekalan hendaknya. Selamat berkenalan.

    Keep in touch dear :)

    ReplyDelete
  5. muni pun tido msti ada hp,senang nk alarm..:) cmna nie?

    ReplyDelete