Back to Top

21 November 2012

Video episod 6 Cinta itu Milikku tv3



Hola 

اَلْحَمْدُلِلّهِ, Semalam aku berkesempatan semula untuk menonton slot Akasia tv3 cinta itu milikku. Sekarang dah masuk episod 6.

Hurmmm... Kisahnya kini mulai complicated di mana terdapat beberapa watak yang mempunyai agendanya tersendiri. Watak Dini semakin jahat dan menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mendekati bekas tunangnya Zafril... Sepertimana pernah aku ceritakan [ di sini ] , walaupun dah putus tunang, Dini tetap mencintai Zafril dan cuba untuk mendekati Zafril.

Namun, Zafril tetap menceritakan kepada isterinya apa yang telah dilakukan oleh Dini kepadanya. Isterinya seorang yang baik dan tanpa cepat melatah dia telah menegur abangnya kenapa mengambil Dini bekerja di Syarikat mereka tanpa prosedur yang betul.

Namun, abangnya tidak suka akan teguran itu kerana menganggap tak salah kalau dia memberi kan salah 1 jawatan di syarikat mereka kepada tunangnya, Dini. Terdapat banyak persoalan yang mulai wujud dalam episod 6. Untuk menjawab persoalan tu, kenalah tonton sampai habis... Tu pun kalau episod lepas ni makin best. Kalau tak best, seperti biasa aku akan mulai malas untuk menonton. 

Apa-apa pun nak gak letakkan video episod 6 Cinta itu milikku di sini sebagai santapan minda di kala kebosanan.





Hehe... Harap-harap citernya best lah yer lepas ni. Aku ni cepat jemu. Kalau tak best, dah! aku tak nak dah tonton. 


1 comment: