Hola   ♥ Alhamdulillah! Sekali lagi Fiza diberi peluang untuk terus berkongsi cerita di alam maya. Kali ni, Fiza ingin kongsikan tajuk ...

Tak peduli dengan Hemoglobin (HB) yang rendah?

/
0 Comments


Hola 
Alhamdulillah! Sekali lagi Fiza diberi peluang untuk terus berkongsi cerita di alam maya. Kali ni, Fiza ingin kongsikan tajuk yang berkisar tentang ibu mengandung dan kaitannya dengan hemoglobin (HB) memandangkan ramai kawan Fiza yang mengandung sekarang ni. Malah, ada yang bertanya.

HB kau dulu masa mengandung ok ke?

Persolan yang sering diajukan kepada aku. Alhamdulillah! Sepanjang tempoh kehamilan, aku tiada sebarang masalah. Kiranya HB aku memang baik cuma sekali jer bawah 11. Tapi still ok. Tidak merisaukan.

Apa yang aku amalkan ialah dengan sering mengambil sayur-sayuran hijau terutamanya bayam dalam diet seharian dan yang paling penting aku langsung tak minum minuman berkafien kerana minuman berkafien dipercayai boleh menyebabkan HB turun.

Kemudian, jangan skip makan ubat yang disediakan oleh pihak hospital atau klinik. This is important part. Why? Sebab ubat acid Folic membantu menambahkan darah dan begitu juga dengan ubat yang lainnya.

Sumber gambar adalah daripada sumijelly.com

Jangan tak peduli tau dengan HB rendah. Bahaya!

Time Fiza ditahan di wad hari tu iaitu semasa menunggu kelahiran Alia. Ada sorang patient ni... Dengar citer HB dia bawah 6. Pengsan terus meninggal dunia. 

See, jangan sikap sambil lewa je... tempoh kehamilan adalah suatu tempoh yang perlu kita ambil perhatian setiap perubahan yang berlaku pada diri kita. Jangan dok salahkan doktor atau nurse je . 
( membela doktor dan nurse nampak! ) Kalau tak tau, cari info... Maklumat di hujung jari. Tak pandai tanya pada yang tau... Jangan bodoh sombong. Tak tau... Tapi, buat2 tau... Fiza cukup benci sikap sebegini.

Wallahualam!




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: