Hola   ♥ Sepertimana yang kita sedia maklum, bulan November dan Disember adalah merupakan bulan di mana ramai pasangan bercinta di muka ...

Perkahwinan mereka ditaja. Best nyer...

/
2 Comments


Hola 
Sepertimana yang kita sedia maklum, bulan November dan Disember adalah merupakan bulan di mana ramai pasangan bercinta di muka bumi ni mengambil kesempatan untuk mendirikan masjid sekali gus mengadakan kenduri-kendara untuk meraikan hari bahagia mereka.

Sejak akhir-akhir ni hangat diperkatakan di sana-sini tentang perkahwinan Khairul Fahmi Che mat atau dikenali sebagai Apek. Bila tu? Hurmmm... 3 hari yang lepas kalau tak silap Apek turut mengumumkan bahawa perkahwinannya akan berlangsung pada 28 Disember 2012.

Sumber gambar adalah daripada ammboi.com

Jangan tak percaya, sumber ni Fiza dapat dari laman murai. Hehe... Selain itu, perkahwinan di antara Khairul Fahmi Che Mat dan Nur Eilunie Natasha Nazri turut mendapat tajaan sebanyak RM300,000... Itu anggaran yang dibuat oleh Razif Rosdi selaku pengurus kepada Khairul Fahmi Che Mat. 

Best nyer dapat tajaan... Kan!

Kalau nak tahu, tajaan perkahwinan Apek dan Leuniey termasuklah :-
  • Kain baju pengantin daripada Jakel
  • Fotografi  daripada The Photolicious
  • Sinematografi daripada LH Media TV
  • Pelamin dan dekorasi di Kuala Lumpur daripada Ari Wedding Couture dan
  • Hotel Royale Bintang, Damansara sebagai lokasi majlis persandingan.
Kelas gitu... Huhu. 

Penajaan itu turut meliputi sekitar 3 majlis resepsi mereka iaitu di sebelah pihak perempuan yang akan berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan pada 30 Disember 2012, serta majlis persandingan sebelah lelaki di kediaman Apex di Kampung Chenang, Kota Bharu, Kelantan pada 5 Januari 2013 dan sebuah majlis resepsi khas di The Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari 2013.

Mesti seronok kan... Rasa nak jer pergi time perkahwinan mereka. Haha... Jangan beranganlah nak pergi. Tapi takpo... TV kan ada. Mesti ada haihhh...

Kalau nak tau...

Keempat-empat majlis perkahwinan mereka bakal disiarkan secara eksklusif oleh penyair rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey di Astro Ria (saluran 104) dijangka seminggu selepas majlis resepsi terakhir mereka pada Januari tahun depan.

Apa-apa pun Selamat pengantin baru Fiza ucapkan dan semoga bahagia hingga ke hujung nyawa :)





ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. stndartlah jadi selebriti kahwin ditaja nie kan..untunglah apek n luniey..:)

    ReplyDelete