Hola   ♥ Sumber gambar adalah daripada  merdeka.com Itulah bahayanya durian kalau...  Entri semalam yang dah basi... Hehe. Lagi c...

Mengandung makan buah Durian?

/
6 Comments


Hola 

Sumber gambar adalah daripada merdeka.com

Itulah bahayanya durian kalau... Entri semalam yang dah basi... Hehe.

Lagi cerita mengenai durian... 

Sepertimana yang kita ketahui, bulan November dan Disember adalah musim buah-buahan dan buah durian sememangnya terkenal menjadi pilihan ramai tak kira tua atau muda, besar atau kecik. 

Tapi... Ada gak orang tak suka makan durian. Jangankan makan... Cium bau pun tak nak. 

Macam mana pulak dengan ibu mengandung, boleh ke makan buah durian? Itulah salah satu persoalan yang diajukan di laman Facebook "Hospital Bersalin" yang membuatkan aku ingin berkongsi pendapat mengenainya...

Hurmmm... Kalau aku, time mengandungkan Alia dulu memang makan buah durian. Lagipun, takde pulak doktor melarang makan buah durian. Buahkan... Hehe. Time mengandung... Aku langsung tak leh nak membendung nafsu nak makan... Asyik nak makan jer kerjanya mak buyong.

Tapi kan... Kalau buah durian, aku tak berani nak makan banyak sangat. Buah durian kan panas... Orang tua-tua cakap, nanti baby kat dalam perut kepanasan kalau makan banyak sangat buah durian. Betul atau tidak... والله أعلم. 


Then... Aku ada gak terbaca satu artikel yang dihasilkan oleh Dr. Patrick Chia untuk menjawab soalan....


Adakah selamat apabila makan durian semasa kehamilan?
Ternyata pendapat beliau juga menyatakan bahawa tiada larangan bagi ibu yang mengandung untuk memakan buah durian kerana belum terdapat sebarang penyelidikan dan kajian mengenai keselamatan ibu mengandung yang memakan buah durian.

Namun... 

Ibu yang mengandung hendaklah makan durian dalam kuantiti yang sedikit. Kenapa pulak? Sebab buah durian mengandungi banyak gula dan karbohidrat. Hehe... Ini peringatan penting untuk ibu yang ada diabetis semasa kehamilan. Bahaya ooo... Kang tak pasal-pasal kandungan gula dalam darah naik mendadak.

Tapi... Kalau still was-was nak makan. Baik jangan makan. 

Kalau aku, kalau was-was tentang suatu perkara tu. Nak makan atau tidak. Memang aku tak makan dah. Tak tau kenapa....

Kesimpulannya... Ibu mengandung boleh jer makan buah durian, tapi biarlah berpada-pada. Sesungguhnya bersederhana itu adalah amalan mulia di sisi Allah. 

والله أعلم. 


Nota Kali
Korang ada tak pengalaman seperti ini? Makan tak buah durian time mengandung?...




ARTIKEL LAIN DI SINI

6 comments:

  1. Mmg tak pernah mkn durian time mengandung la, sebab mmg tak leh mengadung..Ekekeke..Tp biasa ja mkn durian, tp skrg ni fh kurang sikit. Kalau mkn ja mesti sakit kepala.

    ReplyDelete
  2. makan sikit2 je durian bg yang mengandung...

    ReplyDelete
  3. masa mengandung pernah makan ckit..:)

    ReplyDelete
  4. erm..sori la klau bg pndapat sebab sy xpernah alami lagi..hehe..orang kata buat rasa boleh..tapi jgn bnyk..kalau terlampau panas kalau pregnant boleh ggur..sebab teringat ada sorang kawan cite, mak dia ngandung dlm 5 bulan cmtu kut..pastu masa nak solat, tetiba air ketuban pecah..then bby xdapat d selamatkan..

    ReplyDelete
  5. Sya hamil nk msk bln ke 7 tpi TD teringin Sgt nk mkn durian so en hubby blikn dia mtk sy mkn skt je dh dibukakn durian tu untk sy dia g terawih. Blik terawih dia tnya mna baki durian sya ckp hbs mkn. 1biji hbs.skrg tkt lak resikonya...adakah bhya

    ReplyDelete
  6. @Tanpa Nama Rasanya ok kot saudari... Yang penting kita mkn tak rasa was-was. Pesan mak Fiza. If kita rasa nak makan, makan je. Jgn pikir negatif. Insya Allah takde apa2. Tapi kena berpada-pada gak... Makan biarlah besederhana kan...

    ReplyDelete