08 November 2012

Kerana mulut, Badan binasa... Siannya!



Hola 

Kerana mulut, badan binasa... Siannya! Itulah ulasan yang dapat Fiza katakan mengenai apa yang berlaku di... 

KUALA LUMPUR - Gara-gara memberi komen yang kurang menyenangkan ke atas gambar seorang gadis di laman sosial Facebook, seorang pekerja salun cedera selepas dibelasah sekumpulan sembilan individu dalam kejadian di sebuah perhentian bas di Jalan Kepong di sini Isnin lalu. 

Sumber gambar adalah daripada Kosmo Online
Kejadian pukul 12.35 tengah malam itu berlaku ketika wanita berusia 18 tahun bersama suami, adik lelaki dan dua rakan lelakinya pergi ke tempat tersebut dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi untuk bertemu gadis berkenaan yang ditemani seorang lelaki dan empat wanita. 
Gadis itu dan rakannya datang dengan menaiki tiga buah kereta jenis Proton Persona, Nissan Sunny dan Toyota Vios. 
Difahamkan, suspek berang selepas mangsa dikatakan telah mengutuk gambar yang dimuat naik di laman popular tersebut sedangkan rakan-rakan lain memujinya. 
Sumber memberitahu, perbincangan itu bagaimanapun gagal mencapai kata persetujuan sebelum gadis yang mendakwa dihina mangsa telah menghubungi empat lagi supaya datang ke tempat pertemuan.- Dipetik daripada artikel berjudul "Kena belasah sebab Facebook", Kosmo Online.

Hurmmm... Macam-macam kan. Suka Fiza mengingatkan diri sendiri. Kita sentiasa ada pilihan untuk memilih. Setiap kali membuat pilihan, fikirkan impaknya baik positif mahupun negatif. 

Contohnya lah yer, nak upload gambar kat Facebook tu biarlah berfikir dulu.

Ramai mata yang memandang dan pasti ada komen yang berbeza dari teman. Andai tak dapat menerima pendapat orang... Janganlah dilakukan. What i can say, bak kata orang putih... "Tepuk dada, tanya diri".

Begitu juga apabila memberi komen. Biarlah berpada-pada. Tak semua orang dapat menerima pendapat orang lain. That is real fact yang kita kena terima... Jangan nanti, kerana mulut... Badan pulak jadi korban.

Wallahualam!


7 comments:

  1. eudia.. org mcm tu pon ade erk.. btw... jemput singgah ke my blog
    http://fynazshamz.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. means, berpada2 dalam bermuka buku...

    ReplyDelete
  3. isk macam2 zaman sekarang ni.pasal komen di laman sosial pun nak bertumbuk segala..org zaman sekarangni mmg dah kurang nilai etika sungguh

    ReplyDelete
  4. macam2 blh jd sbb FB ni kan...


    makneng follow kamu
    jemputla follow makneng.. :)

    ReplyDelete
  5. @Fynaz Shamz... Hai Fynaz, Thanks yer kerana sudi singgah di blog Fiza. Insyaallah akan Fiza terjah blog Fynaz :)

    ReplyDelete
  6. @FendyBetul tu. Dalam hal2 lain pun kita kena berhati2 al-maklumlah sekarang ni. manusia semakin berani bertindak :)

    ReplyDelete
  7. @Puan Kutu... Tu lah Muni, masyarakat sekarang ni mmg semakin berani.

    ReplyDelete