Back to Top

05 November 2012

Kenapa dua bulan aku asyik berjaga?



Hola 
Alhamdulillah! Di luar hujan lagi. Alia still tido selepas hampir dua jam merengek. Itulah rutin harian Alia sejak dua bulan ni. Fiza pun tak tau kenapa pada mulanya.

Dulu, time Alia umur sebulan until 6 bulan... Alia langsung takde masalah tido sepertimana pernah aku ceritakan [ di sini ]. Tapi berlainan pulak sejak akhir-akhir ni, pola tidurnya bertukar... Asyik berjaga aku dibuatnya. Alia sepertinya tak selesa. Tapi, aku dah settlekan semua list yang menyebabkan kenapa baby menangis. Apa hahhh lagi yang membuatkan Alia still menangis dan berjaga?. 



Aku mula risau. Tau jelah, anak pertama... Semua benda pasal baby... Aku memang kosong, kalau pasal Information system... Maybe aku boleh jawab setakat yang aku mampu jelah. Insyaallah!

Kerana tak puas hati aku pergi ke laman babycenter.com.my. Satu-satunya laman yang menjadi guideline aku untuk menjaga Alia. Alhamdulillah! Setelah puas membaca akhirnya semua persoalan aku terjawab di situ berdasarkan ciri-ciri yang terdapat pada Alia. Dulu air liur Alia tak meleleh, tapi sekarang air liurnya meleleh menyebabkan Alia selalu berganti pakaian. Adus! dahla sekarang asyik hujan.`Dah tu asyik gosok-gosok gusi jer. Gigi dah nampak dah sikit.

Rupa-rupanya yang menyebabkan Alia asyik berjaga adalah dek kerana proses pertumbuhan gigi. Ia terkandung di dalam perenggan ini... iaitu

Untuk kebanyakan bayi dan ibu bapa, ketibaan gigi pertama tidak menyeronokkan, dan ia boleh menjadi proses yang panjang. Simptom awalnya termasuk air liur meleleh yang berlebihan dan kesakitan yang agak teruk. Ini selalunya bermula selama sebulan atau dua bulan sebelum kemunculan gigi tersebut.  

Anda mungkin terpaksa berjaga malam untuk menenangkan seorang kanak-kanak yang sedang menunggu giginya menembusi gusi. Untuk mengurangkan kesengsaraannya, bayi anda akan mula menggigit, tetapi bukan kerana marah atau bersikap ganas. Berikanlah sesuatu untuk digigitnya atau gosok gusinya dengan jari anda untuk membantunya mengurangkan kesakitan.


Rupa-rupanya... 

Hati ibu mana yang tak risau akan anak. Cuma anak zaman sekarang ni jer yang lansung tak risau akan kesihatan ibunya.

Wallahualam!

Sekarang mak yang berjaga malam menjaga Alia. Nanti... Bila mak dah tua dan tak sihat, giliran Alia pulak jaga mak.

Amin...


5 comments:

  1. comelnye. hehe.
    kita follow akak. ke675. jemput la dtg ke blog fisha.
    http://coretandakfisha.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. wah.. ada gigi nak tumbuh rupanya...lepas ni boleh la dia geget2 mama dia..huhu

    ReplyDelete
  3. @Dak Fisha... Hai, Thanks a lot kerana sudi singgah dan follow blog akak. Selamat berkenalan yer. Keep in touch :)

    ReplyDelete
  4. @Ikhmal Malique... Haha. Sekarang pun dia start nak geget dah Ikhmal event though gigi baru nampak sikit.

    ReplyDelete