Back to Top

27 November 2012

Doktor kata Air Kosong Bahaya...



Hola 
Entah! Sejak akhir-akhir ni aku semakin rajin updated blog... Tak tau kenapa. Meroyan nak menaip kot. Hikhikkk...

Berbalik kepada tajuk entri di mana kali ni aku ingin berkongsi sedikit info yang aku rasa patut dikongsikan sebagai pengetahuan buat semua.

Hurmmm... Doktor kata air kosong bahaya... Tapi Penyakit aku seperti DI SINI baik jer setelah mengamalkan banyak minum air kosong... 

Hakikatnya itulah kenyataan yang dinyatakan oleh Dr. Jennifer Anders yang merupakan doktor pakar pediatrik dari John Hopkins Childrens Center, Amerika Syarikat dalam Majalah Pa&Ma keluaran November 2012.

Namun, bahaya air kosong bukanlah kepada semua orang, tapi hanya kepada bayi di bawah umur 6 bulan

Kenapa?

Kalau nak tau...

Pertama :
Air kosong yang diberi berkemungkinan mengandungi kuman. Oleh demikian, baby kita terdedah dengan bahaya seperti cirit-birit. Cirit-birit yang berlarutan tanpa dirawati boleh meragut nyawa... Jangan ambik mudah tau... penting tu!

Kedua :
Air kosong juga dikatakan mampu membuatkan bayi menghadapi tumbesaran yang terjejas. Why? Kalau nak tau saiz perut baby kan still kecik lagi. Bila perut dah full dengan sky juice (Nama Komersil air kosong... Hikhikk.), So automatik baby kekenyangan dan kurang berminat nak menyusu. Then, impaknya secara tidak langsung perkara ini menyebabkan kesihatan dan tumbesaran baby terjejas. Bahaya tu...

Ketiga :
Dengan memberikan air kosong kepada bayi di bawah 6 bulan, ia juga turut mengakibatkan terhakisnya pelindung penyakit yang terhasil daripada susu ibu. Mean, sia-sialah bagi susu ibu kalau kita bagi air kosong. Fenomena ini boleh menyebabkan bayi berisiko untuk dihingkapi pelbagai penyakit yang akhirnya boleh meragut nyawa. 

Walaubagaimana pun, air kosong hanya boleh diberikan kepada bayi setelah melepasi usia 6 bulan. Tapi menurut Dr. Jennifer Anders lagi... Memberikan air kosong kepada bayi biarlah sekadar yang diperlukan sebab andainya berlebihan dikhuatiri menyebabkan si manja mengalami kembung perut

Kemudian, setelah anak berusia 1 tahun, dia bolehlah meminum air kosong mengikut kehendaknya tanpa perlu disekat lagi.

Huhu... Habis 1 botol kecik air kosong 60ml Alia minum... الحمد لله
 ... Mata kecik sebelah. Memek muka takleh blah... 

Hurmmm... Bahaya gak ek! Nasib baik aku tak bagi Alia air kosong terlalu awal. Aku start bagi Alia minum air kosong bila dia masuk 8 bulan. 60ml dua kali sehari... Tu pun lepas makan tengahhari dan malam.

Moga info sedikit ini memberi manfaat kepada kita semua. Sesungguhnya yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri Fiza dan yang baik itu datangnya dari Allah.

Sharing is caring  

Nota Kaki : Sumber info daripada Majalah Pa&Ma.


2 comments:

  1. xtau plak air kosong tu bahaya bg dkt baby..anak sedara anis suka sgt minum air kosong,bebotol2 hari2

    ReplyDelete
  2. @aniswany... Bahaya untuk baby seusia bawah 6 Bulan Anis. Akak dapat info ni pun dari Majalah Pa&Ma. Akak ada gak dgr orang kata. Tapi tak ambik port pun. Bila dah baca baru akak tau.

    ReplyDelete