Hola 

Malam ni adalah merupakan episod terakhir untuk drama JuliaSetiap cerita pasti ada penghujungnya. Apakah penghujung cerita Julia?. Hurmmm... Semuanya akan terjawab malam ni... Mesti tengok ni. Insyaallah!

Apa-apa pun... Patah tumbuh, hilang berganti. Yang dah habis pasti ada penyambungnya. Melalui sumber di beberapa buah blog Siri baru drama bersiri Akasia yang menggantikan drama Julia adalah Cinta itu milikku. Ia akan mula disiarkan next week iaitu pada 12 November, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.


Sumber gambar adalah daripada helloskyblu.blogspot.com

Drama yang menggantikan drama Julia ini berkisar tentang Rania ( Emma Maembong ) yang bercinta dengan Zafril ( Fazreen Rafi ). Namun, percintaan mereka mengundang rasa tidak puas hati kepada Dini ( Ana Dahlia ) iaitu bekas tunang Zafril. Dini menganggap bahawa Rania telah merampas  Zafril daripadanya.

Rasa tidak puas hati Dini semakin menjadi-jadi selepas Rania dan Zafril berkahwin. Pelbagai konflik mulai timbul apabila Dini berkahwin dengan abang Rania. Kemelut dalam hubungan mereka semakin teruk apabila Dini yang mempunyai dua karektor telah merancang pelbagai idea jahat untuk memusnahkan hidup Rania dan Zafril. 

Apakah idea jahat Dini mampu memusnahkan hidup Rania dan Zafril. Wallahualam, Fiza pun tak tau. Nak kena tengok ni... Hehe.

Seperti yang diwar-warkan... Barisan para pelakon yang mewarnai drama ini adalah seperti Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Ery Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Sherry Merlis dan Liza Abdullah.

Tak sabar nak tengok. Hehe....