Hola   ♥ Esok dah start cuti sekolah ... Pasti banyak perkara yang telah dirancang untuk menghabiskan masa cuti persekolahan anak-anak...

Baru nak ambik gambar...

/
2 Comments


Hola 
Esok dah start cuti sekolah... Pasti banyak perkara yang telah dirancang untuk menghabiskan masa cuti persekolahan anak-anak. Malah, ada juga yang merancang untuk mengadakan kenduri kahwin.

Berkahwin adalah moment paling indah dalam hidup. Pasti tak akan dilupakan. Untuk itu, pastinya kita akan  ambik gambar untuk dijadikan kenangan. Right!

Bercakap pasal gambar dan perkahwinan... Tetiba Fiza ingin kongsikan kisah menarik yang  Fiza baca di okezone.com di mana berlaku di Nanchong, China... Di mana setelah 88 tahun berkahwin, sepasang suami isteri tampil membuat gambar perkahwinan mereka. 

Lucu kan gambar perkahwinan mereka. Hehe...


Sumber gambar adalah daripada okezone.com
Wu Conghan dan isterinya Wu Sognshi telah berkahwin sejak tahun 1924. Time mereka kawin, kamera belum wujud lagi di negara China. That why mereka tak berkesempatan nak ambik gambar sebagai kenang-kenangan.

Walaupun mereka tak berkesempatan nak ambik gambar time tu, mereka still menyimpan hasrat tau nak ambik gambar dengan busana perkahwinan. Akhirnya, keinginan mereka menjadi kenyataan apabila sebuah syarikat tempatan menawarkan bantuan untuk membuat gambar perkahwinan pasangan lanjut usia. 

Hurmmm... Satu usaha yang bagus Fiza rasakan. 

Bila tengok gambar ni... Fiza berasa kagum. Ye lah, 88 tahun dah tau usia perkahwinan mereka. Sungguh setia pada pasangan kalau nak dibandingkan dengan fenomena sekarang. Masyarakat berkahwin seperti bakai baju bak kata mak Fiza. Tak suka buang.


Moga-moga Fiza dan hubby seperti mereka. Setia pada yang satu.


Amin...




ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments: