17 November 2012

Baby Food Fender



Hola 

Dua hari tak berkongsi cerita di blog membuatkan aku berasa seperti ada tugas yang belum diselesaikan. Itulah perasaan aku sejak berblog... 

Bukan untuk meraih wang ringgit pada dasarnya, namun untuk berkongsi ilmu yang tak seberapa di alam maya  yang akhirnya membuatkan ia menjadi hobi baru dalam senarai aktiviti harian aku.




Hurmmm... Bukan ilmu saja yang aku kongsikan, tapi kisah Alia juga turut aku paparkan. Aku ingin jadikan kisah Alia sebagai catatan kenangan buat Alia bila dah besar nanti. Senangkan budak-budak sekarang... Boleh tengok balik gambar-gambar mereka time baby. Semuanya dek kerana kemajuan teknologi.

Bercakap pasal Alia...

Sekarang Alia cukup suka makan buah-buahan terutamanya buah kurma, pisang dan betik. Haha... Mestilah dia suka dengan tiga jenis buah tu, dah buah tu yang aku bagi tiap-tiap hari. Buah lain? Bukan Aku tak nak bagi buah-buahan lain, tapi biarlah step by step memperkenalkan dia dengan buah-buahan. Lagipun, baru jer 3 bulan Alia makan makanan pejal... Takut pulak aku nak bagi macam-macam makanan kat dia.

Untuk memudahkan kerja aku dan senang untuk dia makan buah... Aku letak jer dalam baby food fender. Tak payah aku dok kejar dia ke sana ke mari... Hehe... Dasar ibu pemalas kan.

Sekian... Dari seorang penulis yang sekarang ni tengah jiwa kacau! Kenapa?

Lain siaran aku cerita ok... 

Bye :)

Selamat berhujung minggu...

P/s : Huhu... Belum berkesempatan lagi untuk blogwalking blog kengkawan haihhhh :(


9 comments:

  1. wah ! bagusnyee alia kecik kecik lagi dah makan buah , hanan ulak da besar gajah x lekat tabiat makan buah -.-

    ReplyDelete
  2. kusyuk alia makan buah, senang guna food fender ni

    ReplyDelete
  3. baby food fender? yang alia pegang tu ke kak?

    ReplyDelete
  4. best ada baby kan..nk update entry ada ja cita nk share :) blom ada baby nih jenoh pikir nk wat entry apa..hihi

    ReplyDelete
  5. @aniswany... Hehe, tak gak Anis.. Kekadang pun akak ketandusan idea nak wat entri pasal Alia :)

    ReplyDelete
  6. skang nie zaan dh canggih.macam2 alat baby pun ada.zaman aiman dulu takde kot food fender nie..:)

    ReplyDelete
  7. @Puan Kutu... Tu lah Muni. Fiza pun sebenarnya tak tau pun pasal fender ni. Tau pun bila baca blog Ben Ashaari. Dia guna fender bagi Qhaliff makan kurma :)

    ReplyDelete