Hola   ♥ اَلْحَمْدُلِلّ هِ, aku baru jer selesai makan malam bersama keluarga... Alia pulak dah tido, dari tadi lagi. Penat kot. Sian d...

Apa sudah jadi ?

/
4 Comments


Hola 

اَلْحَمْدُلِلّهِ, aku baru jer selesai makan malam bersama keluarga... Alia pulak dah tido, dari tadi lagi. Penat kot. Sian dia... Hampir 4 jam dalam kereta baru sampai umah. Dalam pukul 5:45 petang, Sampai-sampai jer aku masakkan bubur untuk dia, lepas mandi terus dia nak tido.

Hurmmm... Walaupun masih penat, aku still nak updated blog. Bukan nyer apa tak sabar nak kongsikan cerita aku menghadiri temuduga sepertimana yang pernah aku ceritakan di [ Entri bertarikh   13 November 2012 ].

Hari Ahad... Aku, hubby, mak dan Alia bertolak dari rumah dalam pukul 10 pagi... Then, sampai di Kuching, kami bermalam di rumah mak mertua aku. Langsungggg... Aku dah tak sentuh note yang aku buat before ni untuk interview. 

Apa sudah jadi?

Kejadiannya... Aku tertidur dek kerana kepenatan. Bangun-bangun jer dah pukul 4 pagi. Nasib baik semua dokumen dah siap aku susun. Kalau takkk... Habis aku. Alamat kelam-kabut dibuatnya. Akhirnya, Aku tawakal jer untuk menghadiri temuduga tersebut. 

19 November... Itulah tarikh temuduga aku. Hari di mana genap umur Alia 9 bulan. Nak dijadikan cerita, temuduga J-QAF ada 3 section... Section pertama, slot menulis Jawi dan Arab... Huh!!! Kalau Jawi aku takde masalah. Part Bahasa Arab, langsung aku tak sentuh... Keluar je dari bilik test tersebut, sempat lagi aku bertanya kepada rakan yang lain. Rupa-rupanya, ramai yang tak jawab... Dan rupa-rupanya gak mereka pun bukan ambik bidang Agama time di universiti dulu. Haha... Ingatkan aku sorang jer yang tak menjawab. Rupa-rupanya ada ramai lagi.

Kemudian, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan di mana ada 18 orang yang terpilih untuk sesi temuduga 8 pagi. Dalam kumpulan aku, ada dua orang budak Kedah dan selebihnya budak Sarawak. Kami seterusnya disuruh untuk berbincang mengenai bagaimana nak terapkan konsep 1 Malaysia dalam tugas harian seorang guru. Wah! senyum lebaq kami semua haihhh. اَلْحَمْدُلِلّهِ, perbincangan kami sungguh rancak dan telah mendapat pujian daripada panel penemuduga. Itu merupakan section ke-2 dalam temuduga J-QAF.

Manakala section terakhir ialah temuduga secara individu. Kecut perut! Huhh... Apa tak nyer. Aku merupakan orang pertama ditemuduga. Wah! simple jer soalan yang dia tanya. Siap suruh baca Al-Fatihah lagi... Tapi ada gak soalan yang tak boleh aku nak jawab iaitu soalan berkaitan dengan tajwid. Aku lupa!. Apa boleh buatkan... Aku tawakal je. Yang penting aku dah berusaha. Kalau dapat,  اَلْحَمْدُلِلّهِ. Kalau tak dapat pun, sekurang-kurangnya ada gak pengalaman suasana interview untuk menjadi seorang guru.

Lega rasanya :)




ARTIKEL LAIN DI SINI

4 comments:

  1. apa-apa pon dah buat yg terbaik...

    ReplyDelete
  2. @Fendy... Tu lah Fendy, yang penting Fiza dah buat yang terbaik. Selebihnya bertawakal jelah pada Allah :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 670 .

    Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

    nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

    Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
    Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

    From: Fariz Reza [Dot] Com

    ReplyDelete
  4. Insyaallah klu dh rezeki tak kemana.yg penting fiza dah usaha.kena percaya pada rezeki..:)

    ReplyDelete