09 November 2012

Anugerah Skrin 2012



Hola 
Lagi tinggal beberapa jam, kita akan menyaksikan siaran langsung Anugerah Skrin 2012. Pasti ramai yang tak nak ketinggalan untuk menyaksikannya kan... Termasuklah aku. Tu pun kalau Alia tidur awal. Kalau tak melepaslah nak tengok.

Sumber gambar adalah daripada tv3.com.my
Tema anugerah skrin untuk tahun 2012 adalah "Selami Dunia Fantasi Kami" (Fairy Tale). Wowww! memang superb tema tahun ni. 

Mesti para artis kelihatan anggun dan segak berpakaian ala-ala fantasi.... Lebih-lebih lagi, bila dapat tahu dari press release anugerah skrin 2012 di tv3.com.my, pengacara untuk Anugerah skrin pada malam ini ialah Awal Ashaari yang akan bergandingan dengan pelakon popular, Neelofa. Macam best jer kan...

Sumber gambar adalah daripada beautifulnara.com
Bukan tu jer...

Secara keseluruhan, menurut press release...


Anugerah Skrin 2012 bakal mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman serta 2 anugerah khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene. Agak-agak siapalah ek! yang bakal dinobatkan Anugerah Artis Harapan Pantene?


Selain itu, apa  yang Fiza dapat tahu...

Pada malam ni... Untuk kategori drama, 18 buah drama, 14 drama rantaian dan 4 buah drama komedi telah dicalonkan. Antara drama yang layak dipertandingkan adalah seperti:


1. Pelarian

2. Di Telapak kaki bonda
3. Ku petik dosa
4. Maharku untukmu
5. Sepatu merah
6. Bedah tong gas
7. 100 Hari
8. Hilangnya Doa seorang Ibu
9. Parut Asyikin
10. Biar mimpi sampai ke bintang dan 
11. Pak Ngah Haji omar.

Agak-agak drama mana yang menang eh!?


Bagi drama rantaian pula, drama yang dicalonkan adalah seperti Tentang Dhia, Tahajjud Cinta, Mahabbah, Bunga-bunga Syurga, Makbul, Maharani, Cinta Shanxi, Karma, Lara hati, Serapah Darah Bulan Madu, Jangan Ambil padang kami, Tanah kubur siri 3, Maqam dan Projek pop...


Antara drama ni... Fiza paling suka tengok drama Tentang Dhia dan Tahajjud Cinta. Plot citernya menarik cuma tulah ending tahajjud cinta tergantung seperti ada sambungan... Hehe.

Ok! Itu untuk part drama. Manakala filem pulak... Terdapat beberapa buah dipertandingkan iaitu Bunohan, Songlap, Papa i love u, Chow kit, Berani punya budak, bini-biniku gangster, Jiwa taiko, Hoore-hoore, jalan kembali dan beberapa buah filem yang lain.

Itu antara anugerah yang bakal diberikan pada malam ini dan untuk penaja utama Anugerah Skrin 2012 still lagi Pantene...

Harap-harap Fiza berkesempatan untuk tengok ASK2012 malam ni.

Apa-apa pun selamat menonton.


2 comments: