Hola   ♥ Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurniaNYA... Dapat kita berkongsi ilmu dan info lagi di alam maya. Kalau s...

Tertelan pisau kecil...

/
2 Comments


Hola 
Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurniaNYA... Dapat kita berkongsi ilmu dan info lagi di alam maya.

Kalau sebelum ni terdapat kisah mengenai besi tertanam di peha [ di sini ]... Kali ni pulak, Fiza nak kongsikan sikit kisah seorang wanita berusia 29 tahun tertelan pisau kecil sepanjang 2 sentimeter dan mengakibatkan pisau tersebut tertanam di dalam perutnya.



Kejadian ini berlaku di Warwick, London di mana Jodie Fletcher tanpa disedari telah menelan pisau kecil dari penghancur ais apabila menyeduk ais ke dalam mulutnya sambil menonton TV. Akhirnya mengakibatkan mulutnya dipenuhi darah kerana pisau tersebut telah menghiris lehernya. 

Ibu berusia 29 itu dikejarkan ke hospital sebaik sahaja mulutnya dipenuhi darah. Di hospital Jodie telah di x-ray dan keputusan x-ray menunjukkan pisau itu sudah tertanan dalam perutnya.

Ngerinya!!!
"Doktor mengatakan kepada saya, hal itulah yang menyebabkan pendarahan dalaman. Saya takut saya akan mati kerana menelannya, "ujar Jodie, seperti dikutip oleh The Sun, Rabu (22/10/2012).
Petikan dari artikel di column jagadunik, okezone.com di mana itulah antara kata-kata Jodie Fletcher yang takut beliau akan mati akibat menelan pisau bersaiz kecil itu.

Selain itu, doktor juga memberitahu kepadanya bahawa jalan terbaik adalah dengan membiarkan pisau tersebut luruh secara alami.

Hoho... Mesti sakitkan time tertelan pisau tu. Fiza pulak terasa ngilu bila membayangkan situasi yang dihadapi Jodie Fletcher.

Wallahualam!

Nota kaki : Sumber info dan gambar adalah daripada google image dan okezone.com




ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. Ya Allah kesiannya..kalau saya jadi dia pon saya takut..telan pisau kot, bukannya benda biasa!!!

    ReplyDelete