Hola   ♥ Susu kedua terbaik selepas susu ibu adalah susu kambing . Info ni bukannya ana yang reka tetapi ia adalah sebahagian info yang...

Susu kedua terbaik

/
2 Comments


Hola 
Susu kedua terbaik selepas susu ibu adalah susu kambing. Info ni bukannya ana yang reka tetapi ia adalah sebahagian info yang terkandung di dalam Majalah iSIHAT


Kenapa susu kambing dikatakan susu kedua terbaik... Musykil? Sedangkan ramai yang tak suka susu kambing termasuklah aku. Aku tak suka bukannya apa, tak suka baunya yang lantoh ( hanyir )...  Kalau minum comfirm 100% keluar balik. 

Tapi itu kata kita, tapi bagi yang gemar... Pasti bau bukan jadi penghalang, right!

Hakikatnya pada yang tak gemar akan susu kambing... Ketahuilah bahawa terdapat khasiat yang terkandung di dalam susu kambing. 

Mengikut kajian...

Firstly, susu kambing mampu menuetralkan kandungan asid dalam badan. Ini kerana ia mempunyai kandungan pH beralkali. So, berita gembira buat insan yang banyak asid dalam badan.

Kemudian, susu kambing juga dikatakan mempunyai kandungan protien dan lemak yang sangat halus dan lembut. Kerana itulah ia dapat membantu proses penghadaman menjadi lebih efisien gitu.

Lastly... Pada penghidap gastrik dan ulser, juga khabar gembira buat mereka kerana susu kambing adalah jawapannya. 

Apa lagi... coba-coba sih! minum susu kambing... Ambiklah langkah drastik demi untuk kesihatan kita, ok! ( Nasihat orang pandai, diri-sendiri belum tentu lagi mau minum )

Wallahualam!

Nota kaki : hanyir dalam bahasa Sarawak disebut lantoh.




ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. susu kambing ? ehe.. ~ masa kecik2 dulu dpaksa minum . .bila da besar, =_=' , hehe, eeh ..~

    ReplyDelete
  2. @cikmisi leenOh! ye ke, kalau akak memang takleh masuk mulut, pasti keluar balik.

    ReplyDelete