Back to Top

24 October 2012

Suami tiada di rumah... Isteri dan anak meninggal dunia



Hola 
Itulah yang berlaku di...

KULIM: Rasa curiga seorang lelaki apabila mendapati isteri jirannya tidak mengambil anak sulung di sekolah seperti biasa membawa kepada penemuan mayat wanita berkenaan bersama bayi lelakinya yang baru dilahirkan di Taman Kekwa, di sini, kelmarin. 
Mayat Syaniza Idris, 27, ditemui jam 2.40 petang dalam keadaan berlumuran darah atas tilam dalam bilik tidur utama manakala bayi lelakinya yang dipercayai tidak cukup bulan ditemui berbalut dengan kain dalam bilik air 
Jiran mangsa, Rohaizat Abdul Rahim, 49, berkata, dia meminta isterinya, Normah Ali, 48, pergi ke rumah Syaniza selepas mengesyaki sesuatu berlaku apabila melihat anak lelaki jirannya itu, Mohd Danial Asmadi, 7, yang bersekolah dalam tahun satu pulang dari sekolah dengan berjalan sendirian.  
Menurutnya, sebelum ini, setiap pagi arwah keluar rumah menghantar anak lelakinya ke sekolah menaiki kereta sebelum mengambilnya semula jam 12 tengah hari. 
Rohaizat berkata, dia difahamkan, suami Syaniza, Asmadi Ahmad, 28, seorang konstabel polis tiada di rumah ketika itu kerana berkursus di Pulau Pinang.-Petikan artikel daripada MyMetro
Al-Fatihah buat mereka...

Sian kan... Tapi kan daya Allah lebih menyayangi mereka. 

Namun, suka Fiza ingatkan terutamanya pada diri Fiza dan suami... Bila isteri sarat mengandung terutamanya apabila kandungan berusia 7 bulan ke atas sebaik-baiknya ada peneman si isteri seandainya sang suami ada urusan di luar bagi mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

Wallahualam!


1 comment: