Hola   ♥ Tinggal beberapa minggu lagi... Cuti sekolah pun akan bermula. Tak sabar rasanya . Hehe... Bukan tak sabar nak kawin. Tapi tak s...

Perkara penting yang harus dilakukan oleh Bakal Pengantin

/
1 Comments


Hola 
Tinggal beberapa minggu lagi... Cuti sekolah pun akan bermula. Tak sabar rasanya. Hehe... Bukan tak sabar nak kawin. Tapi tak sabar nak tunggu ayah Alia balik bercuti... 

Bercakap pasal cuti... Kalau tempat Fiza, time cutilah ramai yang ambil kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan. Al-maklum jelah, time tu jer ramai yang bercuti dan ada masa senggang sebab tak perlu hantar anak pergi sekolah or ambik anak balik dari sekolah.


Hurmmm... Bercakap pasal kawin pulak, bagi yang nak berkahwin pastinya banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum hari bahagia menjelang tiba... Dan untuk kali ini Fiza nak kongsikan antara perkara penting yang perlu dilakukan untuk berkahwin... Based on pengalaman Fiza. Checklist lah konon-konon nyer. Hehe...

1. Menghadiri Kursus Pra-perkahwinan
2. Menjalani ujian HIV.
3. Permohonan kebenaran berkahwin di Jabatan Agama Islam Negeri.

Tu... Antara 3 perkara penting yang wajib dilakukan.

Then, untuk dokumen pulak... Berikut adalah antara dokumen yang perlu disediakan.

1. Salinan kad pengenalan
2. Salinan Surat Beranak
3. Salinan Surat nikah Ibu Bapa ( Jika anak sulung )
4. Salinan kad pengenalan wali
5. Gambar pasport bersongkok/bertudung
6. Salinan Sijil kursus Pra-perkahwinan
7. Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera
8. Surat pengakuan bujang daripada majikan atau Ketua kampung ( Lelaki Sahaja )
9. Surat cerai jika pernak berkahwin sebelum ini
10. Pendaftaran perkahwinan. ( Dilakukan 7 hari daripada tarikh akad nikah)

Senang kan... Tak banyak pun yang perlu disiapkan. Moga-moga dengan perkongsian info yang sikit ini dapat membantu kengkawan kita yang nak berkahwin.

Sharing is caring 

Thanks kepada insan yang sudi membaca entri ini.




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. Assalam. kak sehingga aug 2015, valid tak list akak nih,,hehe.

    ReplyDelete