Hola   ♥ Alhamdulillah! Sekali lagi kehadiran bulan Zulhijjah yang cukup sinonim dengan sambutan perayaan yang disebut sebagai "...

Erti Sebuah pengorbanan...

/
0 Comments


Hola 
Alhamdulillah!

Sekali lagi kehadiran bulan Zulhijjah yang cukup sinonim dengan sambutan perayaan yang disebut sebagai "Eid al Adha" muncul lagi.

Teringat Fiza akan kisah...

Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim a.s. berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur. Dia mendengar suara daripada Allah s.w.t. yang memerintahkannya agar dia menyembelih anaknya, Ismail. Nabi Ibrahim a.s. bangun daripada tidurnya dalam keadaan terkejut dengan mimpinya yang aneh itu. Nabi Ibrahim a.s. meminta keampunan dan perlindungan kepada Allah s.w.t. Dia kembali tidur. Mimpi yang seperti awalnya terjadi lagi. Dia bangun lagi dan tidur lagi. Akan tetapi, mimpinya masih tetap sama. 
Nabi Ibrahim a.s. mengetahui bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dia jalani. Amat berat bagi Ibrahim a.s. untuk memberitahu isi wahyu itu kepada Ismail. Ismail pada saat itu menginjak dewasa dan boleh mencari nafkahnya sendiri. Nabi Ibrahim a.s. sangat senang kerana Ismail sudah besar. Nabi Ibrahim a.s. memberitahu perintah Allah s.w.t. tersebut kepada Ismail. 
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: 
"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, 'Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu!' Dia menjawab, 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t. kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'"(Ash-Saffat: 102)
Sumber : http://komuniti.iluvislam.com/ 

Pengorbanan yang tiada tolok bandingannya yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s. seringkali kedengaran oleh kita semua dari pelbagai sumber. Persoalannya, berapa ramai di antara kita mampu berbicara tentang pengorbanan...


Moga-moga kisah ini menjadi ikhtibar kepada kita semua.


Wallahualam!

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2012 daripada Fiza sekeluarga. Pada yang balik beraya di kampung, berhati-hati di jalan raya yer :)




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: