Back to Top

20 October 2012

Blog seks Sumptuous Erotica...



Hola 

Dalam beberapa hari ni heboh sana-sini di media elektronik mengenai blog seks pelajar Malaysia di Singapura... Dan semangat ingin tahu siapakah pemilik blog itu dan bagaimana ianya diwujudkan membuatkan Fiza terfikir untuk mencari info mengenainya... as a saja-saja nak tau. Maklum jelah, berita hot kata kan. Hehe. Jangan nanti... Orang tanya kita tak tau. Ada ke orang nak bertanya? Perasan!



Daripada apa yang Fiza baca dari pelbagai sumber... Blog seks Sumptuous Erotica, itulah url blog tersebut yang telah diwujudkan pada 20 September 2012... 

Pemilik blog tersebut ialah Tan Jye Yee, 24... Berasal dari Johor. Merupakan pelajar jurusan undang-undang dan menerima biasiswa ASEAN di National University of Singapore.


Tan Jye Yee dan pasangannya Vivian Lee yang dikenali sebagai 'Alvin and Vivian' di dalam blog mereka cukup berani memuatnaikkan gambar-gambar persetubuhan mereka sendiri yang terbuka tanpa wajah yang ditutupi. Mereka juga turut mempelawa pasangan-pasangan lain di Malaysia dan Singapura untuk menyertai mereka.

Hurmmm... Sungguh berani!

Tak tau nak kata apa. Namun, suka Fiza mengingatkan diri sendiri... Biarlah kita berblog dengan satu niat untuk berkongsi ilmu dan info.

"Semua Penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti" [Saidina Ali Bin Abi Talib]

Wallahualam!

Kita sentiasa ada pilihan untuk memilih. 

Nota kaki : Sumber gambar diperolehi daripada Google Image.


No comments:

Post a Comment