Back to Top

31 October 2012

Bencilah tengok...



Hola 
Siapa tak tinggal dok mengadap depan TV, pasti tau drama Akasia TV3 yang tengah hot sekarang ni. Hot ke? ke aku yang perasan... Haha. 

Sejak akhir-akhir ni, aku sepertinya kemaruk nonton slot Akasia Julia dan kisah yang ditayangkan pada hari selasa, 30 Oktober 2012 cukup membuatkan aku benci dengan watak Sofia a.k.a Sofi yang dipegang oleh Izreen Azminda Aznam. ( Kelas ko Zah! Siap ada tarikh lagi ).

Sumber gambar adalah daripada Google Image
Dan dek kerana kebencian itu jugalah menyebabkan aku terkial-kial mencari biodata penuh tentang Sofia ( Izreen Azminda Aznam ). Hohoho... Siap cari biodata tu...

Dan aku baru tau tentang Izreen Azminda...

Info ni Fiza dapat dari http://yusufultraman.com/ dan pembetulan tahun ni umur Izreen Azminda dah 27 Tahun
Dalam episod semalam ( episod ke-22 rasanya ), Sofia telah menfitnah Amir ( Fizo omar ) dengan mengatakan kepada orang tuanya bahawa Amir cuba untuk merogolnya. Hisss! Rasanya Sofia memang gilalah dalam cerita ni ( Andaian Fiza sebab laporan kesihatan Sofia belum diceritakan lagi! ). Akhirnya, Amir telah direman untuk disoal siasat. Tulah dia... Dulu time Amir nak kat dia... Tak layan!. Sekarang macam orang gila bayang ( memang pon gila bayang ), sanggup buat apa saja untuk dapatkan Amir.

Manakala Julia ( Nabila Huda ) pulak masih sedih dengan kematian ayah, ibu dan ayongnya yang terkorban dalam nahas jalanraya. Sudah jatuh ditimpa tangga... Dahlah terkejut dengan kematian ahli keluarganya, Julia jugak turut dibuang kerja. Semua tu disebabkan oleh hasutan bekas mak mertua dia. Watak yang turut aku benci dalam citer ni. ( Comfirm 200% Menitiskan air mata dan hidung akulah kalau part kisah Julia ).

Hurmmm... Walaupun dibuang kerja, Julia tetap tabah dan akhirnya berusaha untuk dapatkan pekerjaan meskipun dia tengah sarat mengandung. Akhirnya, Julia telah dipanggil untuk  ditemuduga di syarikat milik ayah Sofia ( Julia tak tau pun yang itu adalah syarikat ayah Sofia ). 

Wah! panjang berjela citer aku... Tapi, setakat tu part yang sempat aku tengok. Alia cantas masa menonton aku... Dia dok nangis nak menyusu. 

Tapi takpe, zaman moden ni... Semua perkara tak mustahil. Google kan ada jadi penyelamat.  Hahaha...  Apa lagi meh kita sama-sama download di sini yer [ Episod 22 Akasia Julia ]

Selamat menonton...


2 comments: