Hola   ♥ Setiap detik berlalu pasti ada kisahnya yang tersendiri. Itulah putaran roda kehidupan kita di muka bumi yang hanya pinjaman s...



Hola 
Setiap detik berlalu pasti ada kisahnya yang tersendiri. Itulah putaran roda kehidupan kita di muka bumi yang hanya pinjaman semata-mata.

Begitu juga dengan kehidupanku. Aku dan hubby cukup happy dengan kehadiran Nur Qalesya Alia. Alhamdulillah! Setelah setahun menunggu :)


Bila pandang wajah Alia... Pasti penat akan hilang. Cukup terhibur dengan telatah dia yang melucukan. Gambar ni anjang dia ambik ( Adik aku yang ke-4 ) time makan. Pantang tengok sudu, mesti mulut dia dah siap tenganga seperti anak burung yang menunggu makanan dari ibunya.

Kalau lambat kita suapkan... Siap! Menangislah jawabnya.

Bila time makan, aku akan letakkan Alia dalam baby walker ( time makan jer ) bagi memudahkan proses menyuapkan makanan sebab Alia lincah sangat orangnya. Kalau time rehat atau main... Aku bagitau kepada yang jaga dia supaya jangan letakkan Alia dalam walker sebab ada keburukan sebenarnya menggunakan walker. Lain siaran, akan aku coretkan... Info yang bakal aku ceritakan tu nanti best on dengar sendiri dari mulut nurse dan jugak pembacaan... 



Lagi 17 hari... Usia Alia dah masuk 9 bulan. Cepat betul masa berlalu dan...

Sekarang dah pandai dah... Pandai merangkak, Alhamdulillah! Bukan tu jer... Dia jugak dah pandai duduk tanpa disokong. Excited tau tengok perkembangan anak di depan mata.

Sekarang ni gak... Dia sepertinya faham dengan apa yang kita perkatakan.

Kalau Fiza bawak dia kat luar rumah dan tanya dia... Mana fish, pasti matanya akan memandang ke arah aquarium yang berisi ikan kesayangan tok wan dia.

Hehe... Kalau cakap bunyi car nak... Pasti jalan raya lah arah tumpuan pandangan dia. 

Hurmmm... Mungkin itulah perasaan yang hadir pada wanita yang baru bergelar ibu. Sangat! Sangat teruja... Right! Macam aku... Haha. ( terlebih excited lah pulak ).

Semoga Alia menjadi seorang anak yang cerdik.

Amin...




Hola   ♥ Jutaan terima kasih buat Miza si empunya blog  http://mizayumiko.blogspot.com/ kerana sudi singgah dan follow blog Fiza. Semo...



Hola 
Jutaan terima kasih buat Miza si empunya blog http://mizayumiko.blogspot.com/ kerana sudi singgah dan follow blog Fiza. Semoga persahabatan yang baru terjalin antara kita akan kekal selamanya dan...

 “Janganlah berjalan di depanku; aku tidak akan mengikutimu. Jangan pula berjalan di belakangku; aku tidak akan memimpinmu. Berjalanlah di sampingku dan jadilah sahabatku.” (Albert Camus)

Dan... Miza adalah follower Fiza yang ke-660. Cantik orang nyer tau... Muda dan petah bermonolog di blog. Jemputlah singgah ke blog beliau di sini.



♥ Selamat berkenalan... 


Milo Ais tabur




Milo Ais tabur

Hola   ♥ Gambar ini diambil daripada Berita harian Online pada 31/10/2012 Wah! First before baca artikel ni ( Detik indah Irma ...



Hola 

Gambar ini diambil daripada Berita harian Online pada 31/10/2012

Wah! First before baca artikel ni ( Detik indah Irma ) terkejut gak tengok gambar Irma yang sangat berisi... Hehe... Rupa-rupanya dia dah berbadan dua dan usia kandungannya pun dah mencecah empat bulan. Irma juga turut mengalami peningkatan berat badan sebanyak 10kg. Banyak tu...

Tapi itu normal buat ibu yang mengandung. Fiza pun pernah mengalaminya.

Tahniah! buat Irma Hasmie dan suami di atas berita gembira yang disiarkan di Berita Harian online. Semoga kalian bahagia dengan kehadiran orang baru dan...

Hadis baginda Nabi Muhammad SAW : “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci), kedua orang tuanyalah yang menjadikan anak tersebut Yahudi atau Nasrani atau Majusi”- Dipetik daripada laman  http://adehumaidi.com

Pasti Irma dan suami sedang dalam menikmati hari-hari yang bahagia menunggu kelahiran orang baru.

Fiza doakan semoga Irma dan baby sentiasa sihat hendaknya. 

Amin....


Hola   ♥ Siapa tak tinggal dok mengadap depan TV, pasti tau drama Akasia TV3 yang tengah hot sekarang ni. Hot ke? ke aku yang perasan...



Hola 
Siapa tak tinggal dok mengadap depan TV, pasti tau drama Akasia TV3 yang tengah hot sekarang ni. Hot ke? ke aku yang perasan... Haha. 

Sejak akhir-akhir ni, aku sepertinya kemaruk nonton slot Akasia Julia dan kisah yang ditayangkan pada hari selasa, 30 Oktober 2012 cukup membuatkan aku benci dengan watak Sofia a.k.a Sofi yang dipegang oleh Izreen Azminda Aznam. ( Kelas ko Zah! Siap ada tarikh lagi ).

Sumber gambar adalah daripada Google Image
Dan dek kerana kebencian itu jugalah menyebabkan aku terkial-kial mencari biodata penuh tentang Sofia ( Izreen Azminda Aznam ). Hohoho... Siap cari biodata tu...

Dan aku baru tau tentang Izreen Azminda...

Info ni Fiza dapat dari http://yusufultraman.com/ dan pembetulan tahun ni umur Izreen Azminda dah 27 Tahun
Dalam episod semalam ( episod ke-22 rasanya ), Sofia telah menfitnah Amir ( Fizo omar ) dengan mengatakan kepada orang tuanya bahawa Amir cuba untuk merogolnya. Hisss! Rasanya Sofia memang gilalah dalam cerita ni ( Andaian Fiza sebab laporan kesihatan Sofia belum diceritakan lagi! ). Akhirnya, Amir telah direman untuk disoal siasat. Tulah dia... Dulu time Amir nak kat dia... Tak layan!. Sekarang macam orang gila bayang ( memang pon gila bayang ), sanggup buat apa saja untuk dapatkan Amir.

Manakala Julia ( Nabila Huda ) pulak masih sedih dengan kematian ayah, ibu dan ayongnya yang terkorban dalam nahas jalanraya. Sudah jatuh ditimpa tangga... Dahlah terkejut dengan kematian ahli keluarganya, Julia jugak turut dibuang kerja. Semua tu disebabkan oleh hasutan bekas mak mertua dia. Watak yang turut aku benci dalam citer ni. ( Comfirm 200% Menitiskan air mata dan hidung akulah kalau part kisah Julia ).

Hurmmm... Walaupun dibuang kerja, Julia tetap tabah dan akhirnya berusaha untuk dapatkan pekerjaan meskipun dia tengah sarat mengandung. Akhirnya, Julia telah dipanggil untuk  ditemuduga di syarikat milik ayah Sofia ( Julia tak tau pun yang itu adalah syarikat ayah Sofia ). 

Wah! panjang berjela citer aku... Tapi, setakat tu part yang sempat aku tengok. Alia cantas masa menonton aku... Dia dok nangis nak menyusu. 

Tapi takpe, zaman moden ni... Semua perkara tak mustahil. Google kan ada jadi penyelamat.  Hahaha...  Apa lagi meh kita sama-sama download di sini yer [ Episod 22 Akasia Julia ]

Selamat menonton...


Hola   ♥ Susu kedua terbaik selepas susu ibu adalah susu kambing . Info ni bukannya ana yang reka tetapi ia adalah sebahagian info yang...



Hola 
Susu kedua terbaik selepas susu ibu adalah susu kambing. Info ni bukannya ana yang reka tetapi ia adalah sebahagian info yang terkandung di dalam Majalah iSIHAT


Kenapa susu kambing dikatakan susu kedua terbaik... Musykil? Sedangkan ramai yang tak suka susu kambing termasuklah aku. Aku tak suka bukannya apa, tak suka baunya yang lantoh ( hanyir )...  Kalau minum comfirm 100% keluar balik. 

Tapi itu kata kita, tapi bagi yang gemar... Pasti bau bukan jadi penghalang, right!

Hakikatnya pada yang tak gemar akan susu kambing... Ketahuilah bahawa terdapat khasiat yang terkandung di dalam susu kambing. 

Mengikut kajian...

Firstly, susu kambing mampu menuetralkan kandungan asid dalam badan. Ini kerana ia mempunyai kandungan pH beralkali. So, berita gembira buat insan yang banyak asid dalam badan.

Kemudian, susu kambing juga dikatakan mempunyai kandungan protien dan lemak yang sangat halus dan lembut. Kerana itulah ia dapat membantu proses penghadaman menjadi lebih efisien gitu.

Lastly... Pada penghidap gastrik dan ulser, juga khabar gembira buat mereka kerana susu kambing adalah jawapannya. 

Apa lagi... coba-coba sih! minum susu kambing... Ambiklah langkah drastik demi untuk kesihatan kita, ok! ( Nasihat orang pandai, diri-sendiri belum tentu lagi mau minum )

Wallahualam!

Nota kaki : hanyir dalam bahasa Sarawak disebut lantoh.


Hola   ♥ Semalam... Adik aku empunya blog Prisma Seni  baru balik dari Unimas. Kira-kira jam 2:15 petang baru sampai rumah. Balik cuti ...



Hola 
Semalam... Adik aku empunya blog Prisma Seni baru balik dari Unimas. Kira-kira jam 2:15 petang baru sampai rumah. Balik cuti study week katanya before mid-term dan telah membeli 2 ikat buah petai sebagai buah tangan. Mak aiii... Buah kesukaan aku

Slurppppp!... Masa dinner, aku kekenyangan makan nasi berlaukkan ayam masak kurma dengan sambal bilis dicampurkan dengan buah petai. Lama haihhh... Tak makan sambal petai.


Dulu, time remaja yang masih hingusan... Aku langsung tak menyukai buah petai. Tak suka baunya. Kalau nenek buat sambal bilis bercampurkan buah petai, langsung aku tak pandang dengan sebelah mata. Nak makan lagilah... Oh! tidak...

Tapi... Entah! 3 tahun lepas time genting adik aku menunggu hari untuk bersalin, tetiba jer dia nak makan sambal buah petai. Apa lagi mak pun mencari buah petai di pasar tani. Bau sambal petai yang menusuk hidung, membuatkan aku tergoda. Akhirnya, aku tewas dan cuba merasai sambal yang mak buatkan... Hahaha, bila sekali rasa... Aku terus erik ( nak lagi ). Start hari tu lah aku mula menyukai buah petai.

Tapi kan... Ada kebaikan ke buah petai atau sebaliknya membawa kepada keburukan. Kemusykilan  membuatkan aku cuba mencari info di internet. Apakah kebaikan buah petai?


Hurmmm... Tak sia-sia usaha aku, cuba untuk menyukai buah petai. Ternyata, terdapat banyak kebaikan buah petai. Pendek kata dari akar hingga ke daun yang hampir mencakar langit... Semuanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Betapa hebatnya ciptaan Tuhan walaupun petai hanyalah sekadar buah hutan yang bermusim .


Bercakap tentang kebaikan atau dalam erti kata lainnya mengenai khasiat buah petai, berikut adalah jawapannya :

Anaemia
Petai mengandungi zat besi dan boleh menyemarakan pengeluaran haemoglobin dalam badan dan boleh membantu pesakit yang kekurangan darah.
Tekanan Darah
Ulam tropika ini mengandungi bahan potasium yang tinggi tetapi kandungan garamnya pula adalah rendah. Oleh itu, Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) membenarkan industri Petai kerana ia mampu  mengurangkan risiko tekanan darah dan serangan angin ahmar.
Tenaga Minda
Seramai 200 pelajar di Sekolah Twikenham Middlesex dibantu menjalani peperiksaan mereka dengan memakan petai semasa sarapan, masa rehat dan makan tengah hari. Kajian menunjukkan ulam yamg tinggi dengan potasium itu boleh membantu pembelajaran dengan membuat pelajar lebih awas dan segar.
Sembelit
Petai juga mengandungi serat dan boleh membantu menyempurnakan pembuangan air. 
Gigitan Nyamuk
Jika anda digigit nyamuk cuba gosokkan bahagian dalam kulit petai pada bahagian yang digigit. Ramai dapati ia dapat mengurangkan lebam dan rasa gatal akibat gigitan serangga tersebut.
Kandungan Vitamin
Petai mengandungi zat vitamin B. Antara lain vitamin B boleh membantu mengamankan sistem saraf. Kandungan B6 dan B12 dalam Petai juga boleh membantu mereka yang inging membuang tabiat merokok. Ini kerana bahan tersebut dengan bahan potasium dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keingingan untuk merokok.
Jelas Petai menawarkan pelbagai khasiat. Jika dibandingkan dengan buah epal, ia mengandugai empat kali lebih banyak protein, dua kali lebih banyak karbohidrat, lima kali kandungan Vitamin A dan dua kali kandungan vitamin lain.- Petikan daripada blog : http://anizyn.blogspot.com/
Daripada petikan di atas... Walaupun ia membuatkan mulut dan air kencing berbau... Ternyata buah Petai mempunyai khasiatnya yang tersendiri.  

Lepas ni... Selalu lah beli buah petai. Tapi tempat Fiza mahal harganya. 4 papan jer harganya dah mencecah RM5-6. Tau taulah tempat lain. Berapalah harganya yer?

Wallahualam!


Hola   ♥ Gara-gara mencari jodoh di Myjodoh.net... beberapa orang wanita telah terperangkap dengan janji-janji manis seorang kasanova ya...



Hola 
Gara-gara mencari jodoh di Myjodoh.net... beberapa orang wanita telah terperangkap dengan janji-janji manis seorang kasanova yang hanya mahu mengikis... Pendek kata pisau cukurlah sifatnya. Bukan wanita jer bersifat pisau cukur. Lelaki pun apa kurangnya.

Berita utama yang menghiasi kosmo pagi ini " Perangkap kasanova licik "

Gambar diambil daripada kosmo 29/10/2012
Memang licik... 

Dikatakan tidak semua wanita menjadi mangsa tau... Hanya wanita yang berbadan besar, montok, gebu dan wanita bujang or janda yang berumur lingkungan 20-30an sahaja menjadi sasaran... Hurmmm... Ada target dan strategi gak yer!

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, pasti akan jatuh ke tanah juga. Harap-harap kasanova itu dapat ditangkap lah yer setelah salah seorang mangsa berani tampil untuk membuat laporan.

Tu lah... Ada pro dan kontra nyer bila mencari jodoh di atas talian... Pendek kata kita as a kaum hawa kena sentiasa berhati-hati dalam segala hal terutamanya dalam mencari jodoh.

Macam-macamlah manusia sekarang, sanggup menghalalkan cara demi memperolehi wang dengan mudah.

Subhanallah!


Hola   ♥ Malam semakin larut... Alia begitu nyenyak tidur sedangkan aku masih belum dapat melelapkan mata. Sekali lagi... Aku on ...




Hola 
Malam semakin larut... Alia begitu nyenyak tidur sedangkan aku masih belum dapat melelapkan mata.

Sekali lagi... Aku on'kan laptop untuk menaip sebuah entri dan ini hasilnya.

Saban hari... Dunia blogging semakin meriah dengan pertambahan geng blogger baru... Sepertinya cendawan tumbuh selepas hujan... Dumppp! Sangat drastik...

Dulu, aku juga seperti mereka... Antara orang baru dalam dunia blog. Aku buat blog pada mulanya atas dasar ingin tahu apa itu blog dan juga didasari dengan perasaan suka-suki buang masa sih!... As a place untuk buang masa... Ye ke buang masa? Pemikiran orang yang tidak ketentuan hala ketika itu..

Aku juga bukan seorang yang rajin membaca. Dulu, time study... Aku akan hanya membaca apabila time nak exam jer. Hebatkan! Amaran Keras! Jangan diikuti perangai sebegini ok.

Namun...

Apabila ada blog... Aku merasakan diriku menjadi seperti orang lain. Apa taknya, timbul minat membaca untuk merajinkan diri meng'updated blog.

Tanpa disedari hampir dua tahun dah aku berblog. Cepatnya masa berlalu kan.

Wallahualam! Selamat malam... Eh! pagi lah... 


Hola   ♥ Siapa Amirol Najmi Abdul Rasid?  Kalau nak tau dia adalah anak kepada Encik Abdul Rasid Mohd dan puan Endun Mohamad . Ber...



Hola 
Siapa Amirol Najmi Abdul Rasid? 

Kalau nak tau dia adalah anak kepada Encik Abdul Rasid Mohd dan puan Endun Mohamad. Berusia 16 tahun dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin dan tinggal di Taman Damai, Kuala Berang, Hulu Terengganu... Berjiwa besar orangnya. Doktor pakar itulah impian hidupnya dan merupakan follower blog Fiza yang ke-658... Cabutan secara rawak bagi yang telah men'follow blog Fiza dalam bulan Oktober 2012. 

Merupakan pemilik blog http://ketuabintangku.blogspot.com/


Selamat berkenalan yer and big... Big thanks pada yang sudi men'follow blog Fiza.

Jom! Terjah dan jadi kawan Amirol...


Hola   ♥ Bila dah dapat yang dihajati... Langsung tak toleh! itulah Alia... Kekadang tu, langsung kita takleh kacau dia, pas...



Hola 


Bila dah dapat yang dihajati...

Langsung tak toleh! itulah Alia... Kekadang tu, langsung kita takleh kacau dia, pasti dia menangis.

Sekarang ni dia dah pandai main sorang-sorang atas tilam... Janji kita dok jaga dia main. Takut-takut tercedera ke hapa ke. Lebih-lebih lagi sekarang ni dia dah pandai kutip benda-benda kecik. Semua benda dia nak masukkan ke dalam mulut.

Hurmmm... Sekarang ni pun tengah dok temankan dia bermain.

Alhamdulillah! Sekarang dia dah pandai duduk.

Apa-apa pun... Selamat berhujung minggu... 


Hola   ♥ Hurmmm... Think positive ok! Terima info ini hanya sebagai ilmu not as a lucah ... ok! Kang ada yang ingat blog Fiza ni...



Hola 


Hurmmm... Think positive ok! Terima info ini hanya sebagai ilmu not as a lucah... ok! Kang ada yang ingat blog Fiza ni suka sangat citer pasal benda-benda negatif.... Ayat orang yang perasan blog dia ada pembaca. 

Mesti korang pernah terfikirkan terutamanya untuk kaum lelaki. Kenapa sperma berbau? For your information... Ewah! cakap omputihlah pulak, sperma berbau ada kaitannya dengan apa yang kita dok makan hari-hari.

Bagaimana?

Ia berlaku apabila kita terlalu banyak makan makanan berlemak... ia akan menyebabkan air mani berbau hanyir. Kalau dalam bahasa Sarawak terutamanya tempat Fiza... iaitu area Betong disebut berbau lantoh.

Kemudian. kalau terlalu banyak makan asparagus, bau air mani semakin kuat dan tengik. So, kalau tak nak air mani berbau... Maka elakkan daripada makan asparagus.

Sekian dari Fiza... Hehe! Oh! yup... Info ni Fiza dapat dari majalah iSIHAT.

Wallahualam!


Hola   ♥ Sumber gambar daripada Google Image Fiza baru tau... Minum dua gelas susu yang dicampurkan dengan 40 gram serbuk ko...



Hola 

Sumber gambar daripada Google Image

Fiza baru tau...
Minum dua gelas susu yang dicampurkan dengan 40 gram serbuk koko setiap hari selama empat minggu berupaya merendahkan risiko arteri tersumbat. 
Ini kerana kandungan polifenols dalam koko bertanggungjawab terhadap kesan anti keradangan.- Petikan daripada Majalah iSIHAT
 Thanks! yer pada yang sudi singgah di blog saya.


Hola   ♥           Dulu first time join hubby tengok perlawanan bola sepak, Fiza ingatkan Khairul Fahmi Che Mat a.k.a. Apek adalah...



Hola 

          Dulu first time join hubby tengok perlawanan bola sepak, Fiza ingatkan Khairul Fahmi Che Mat a.k.a. Apek adalah pemain import dari Jepun. Nasib baik encik hubby bagitau... Kalau tak, hampeh!... Nampak bebeno malas membaca dan dekatkan diri dengan dunia berita.

          Dek Kerana tak puas hati... Aku pun meng'google ( Amboi! bahasa... ada ke meng'google. Pandai-pandai je tambah imbuhan ). Siapakah Khairul Fahmi Che Mat?. Siap cari biodata lagi dan akhirnya ternyata Khairul Fahmi Che Mat adalah orang Malaysia rupanya.


          Dalam minggu ni... Heboh gaklah isu Khairul Fahmi Che Mat yang akan berkahwin disember 2012Alhamdulillah! Akhirnya keluar jugak khabar gembira daripada Khairul Fahmi Che Mat yang mana beliau akan berkahwin dengan wanita pilihan hati iaitu Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali sebagai Leuniey.

Sumber daripada mediamalaya.com
Menurut sumber, majlis perkahwinan mereka akan diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu dan Hotel Perdana Beach Resort, Kota Bharu.
( Petikan daripada http://mediamalaya.com/khairul-fahmi-che-mat-kahwin-disember-2012/)

Tahniah! Buat Khairul Fahmi Che Mat.


Hola   ♥ Tak sayang ke bila melihat bayi yang dilahirkan? Sekali lagi kita disajikan dengan kisah pembuangan bayi [ di sini ]...



Hola 




Tak sayang ke bila melihat bayi yang dilahirkan?

Sekali lagi kita disajikan dengan kisah pembuangan bayi [ di sini ]. 

Kali ini kisah pelajar sekolah pulak buang bayi ke dalam sungai. Sungguh kejam!. Tu lah, mak ayah suruh pergi sekolah belajar... Tapi pergi sekolah berasmara danalah pulak.

Bila dah mengandung... Tak nak tanggung. 

Apa nak jadilah... Campak anak macam campak sampah.

Ya Allah! Jauhkan lah daripada perkara-perkara sebegini....


Hola   ♥ Walaupun hari ni kita umat Islam sedang sibuk menyambut Aidiladha. Namun, masa tidak membatasi keinginan kita untuk berkongsi i...



Hola 
Walaupun hari ni kita umat Islam sedang sibuk menyambut Aidiladha. Namun, masa tidak membatasi keinginan kita untuk berkongsi ilmu mahupun cerita.

Sudah menjadi rutin Fiza... Online news adalah first place untuk Fiza lepak dan antara online news yang selalu Fiza terjah adalah okezone.com. Apa yang menarik... Membuatkan Fiza tertarik?

Hurmmm... Ruangan jagadunik adalah jawabannya sih!!

Ruangan ini banyak memaparkan kisah pelik yang berlaku di seantero dunia dan kali ini kisah yang membuatkan Fiza suka nak kongsikan adalah mengenai motosikal yang diperbuat daripada manusia. Ada ke?

Mana ada... Motosikal diperbuat daripada manusia.

Cuba tengok! Sekali pandang kita melihat model wanita tengah menunggang motosikal. Still tak perasan kan... Tu kalau kedua, ketiga dan keempat kali... Andai diamati, pasti kita perasan yang motosikal tersebut adalah diperbuat daripada manusia.

Namun, itu hanyalah model sahaja sih!

Untuk makluman, Seniman Trina Merry dari San Francisco adalah orang yang bertanggungjawab di dalam kreativiti ini di mana beliau memerlukan masa selama 18 jam untuk melukis pada tubuh modelnya bagi menghasilkan sebuah motosikal. Hasil kerjanya telah terpilih untuk big event bagi motosikal di Amerika Syarikat.

Sungguh kreatif kan...

Wallahualam!


Nota Kaki : Sumber info dan gambar adalah daripada okezone.com.


Hola   ♥ Alhamdulillah! Sekali lagi kehadiran bulan Zulhijjah yang cukup sinonim dengan sambutan perayaan yang disebut sebagai "...



Hola 
Alhamdulillah!

Sekali lagi kehadiran bulan Zulhijjah yang cukup sinonim dengan sambutan perayaan yang disebut sebagai "Eid al Adha" muncul lagi.

Teringat Fiza akan kisah...

Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim a.s. berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur. Dia mendengar suara daripada Allah s.w.t. yang memerintahkannya agar dia menyembelih anaknya, Ismail. Nabi Ibrahim a.s. bangun daripada tidurnya dalam keadaan terkejut dengan mimpinya yang aneh itu. Nabi Ibrahim a.s. meminta keampunan dan perlindungan kepada Allah s.w.t. Dia kembali tidur. Mimpi yang seperti awalnya terjadi lagi. Dia bangun lagi dan tidur lagi. Akan tetapi, mimpinya masih tetap sama. 
Nabi Ibrahim a.s. mengetahui bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dia jalani. Amat berat bagi Ibrahim a.s. untuk memberitahu isi wahyu itu kepada Ismail. Ismail pada saat itu menginjak dewasa dan boleh mencari nafkahnya sendiri. Nabi Ibrahim a.s. sangat senang kerana Ismail sudah besar. Nabi Ibrahim a.s. memberitahu perintah Allah s.w.t. tersebut kepada Ismail. 
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: 
"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, 'Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu!' Dia menjawab, 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t. kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'"(Ash-Saffat: 102)
Sumber : http://komuniti.iluvislam.com/ 

Pengorbanan yang tiada tolok bandingannya yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s. seringkali kedengaran oleh kita semua dari pelbagai sumber. Persoalannya, berapa ramai di antara kita mampu berbicara tentang pengorbanan...


Moga-moga kisah ini menjadi ikhtibar kepada kita semua.


Wallahualam!

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2012 daripada Fiza sekeluarga. Pada yang balik beraya di kampung, berhati-hati di jalan raya yer :)


Hola   ♥  Setiap detik dan waktu ... Pasti akan ada sesuatu yang baru muncul dalam kehidupan kita. Lihat sahajalah teknologi masa kini.....



Hola ♥ 
Setiap detik dan waktu... Pasti akan ada sesuatu yang baru muncul dalam kehidupan kita. Lihat sahajalah teknologi masa kini... Begitu pantas berkembang seperti " cendawan baru tumbuh selepas hujan " Terutamanya rekabentuk handphone yang mana menjadi kegilaan setiap orang daripada kita, right! Cuma duit jer membatasi keinginan untuk memilikinya... Betul tak?

Namun, tak salah kan kita survey dulu... Mana tau nanti-nanti ada duit nak beli. Hehe... 

Psssst! Ayah Alia janji nak belikan Fiza ipad... Tu yang nak survey tu... Untung-untung tengok ipad Mini. Nak gak tau spesifikasi mengenainya... Dan ternyata memang canggih! Itu sumber daripada pembacaan dan bukannya dok lihat dengan mata kepala sendiri nooo... Lagipun baru jer di lancarkan, kan... Belum ada lagi pun di pasaran negara kita, Malaysia.


Ipad Mini dikatakan bersaiz 7.9 inci dengan resolusi 1024x768 pixel dan warna yang mula-mula akan ada di pasaran adalah putih dan hitam. Elegance color! I like it.....

Ipad Mini juga menggunakan cip pemprosesan dwi-teras Apple A5, facetime HD, kamera 5 megapixel, sokongan LTE, iOS dan menggunakan port lighting.

Then, spesifikasi lain yang Fiza rasa memang hebat mengikut dakwaan ialah mengenai baterinya yang mampu bertahan sehingga 10 jam penggunaan. Lama tu... 

Ipad Mini juga direkabentuk dengan lebih 23% nipis dan 53% ringan berbanding dengan ipad yang sedia ada.

Hurmmm... Sungguh memikat hati! apa taknya... Ia mempunyai kamera 5 megapiksel iSight yang mempunyai sensor di bahagian belakang pencahayaan. Malah, kita gak boleh membuat panggilan video melalui Wi-Fi atau selular dengan terciptanya komponen facetime HD di dalam ipad Mini.


Selain tu... Dengan adanya dual band (2.4GHz dan 5GHz) 802.11n Wi-Fi dan sokongan untuk ikatan saluran, kelajuan download untuk ipad Mini juga boleh mencapai sehingga 150 Mbps. Itulah antara spesifikasi yang terdapat pada ipad Mini yang Fiza rasa patut diketahui sebelum berangan-angan nak membeli.

Untuk makluman ia akan mula dipasarkan pada 2 November 2012 di beberapa buah negara terpilih dengan harga serendah $329 yang mana anggaran harga di Malaysia sekitar RM1000... Hehe. Boleh dapatkan satu ni kalau harganya sekitar RM1000.

Moga-moga, Fiza dapat ipad seperti yang dijanjikan. Doakan Fiza ek!

Thanks! kepada yang sudi berkunjung ke blog Fiza 

Nota kaki : Sumber info dan gambar adalah daripada http://www.apple.com/ipad-mini/features/


Hola   ♥  Taa... Tah!... Taa... Tah!!! Word baru keluar dari mulut Alia. Hari ni... Usia Alia dah pun 8 bulan 6 hari . Satu lagi ...



Hola ♥ 
Taa... Tah!... Taa... Tah!!!

Word baru keluar dari mulut Alia.

Hari ni... Usia Alia dah pun 8 bulan 6 hari. Satu lagi perkembangan yang Alia tunjukkan. Sebelum ni word yang selalu dia sebut adalah papamama... papamama

Kalau part bagi dia mandi... Mak aiii... Dengan aku sekali turut mandi. Apa tak nyer, nampak jer air... Terus di tepuk-tepuk air. Habis aku basah dibuatnya.

Sekarang ni gak, kalau first time nampak orang tu... Pasti dia nangis.

Namun, satu yang best... Alia tak kan mencari atau nangis kalau Fiza pergi mana-mana... Paling penting, kena pesan dulu... Lagaknya seperti budak-budak. Tau apa yang kita katakan. 

Teruja bila first time ada anak tau...