Back to Top

18 September 2012

:: Tanggal 18 September 2012 ::


Hola

Hari ni tanggal 18 September 2012... Pastinya banyak benda yang berlaku setiap minit dan saat dalam kehidupan kita. Betul tak? dan tanpa kita sedari masa begitu pantas berputar.


Hari ni... Alia genap 7 bulan. Di kala entri ini dipaparkan... Aku dan Alia baru jer lepas balik dari klinik untuk monthly checkup...

Alhamdulillah... Berat Alia naik lagi. Now, 6.700 kg... Itu menandakan perkembangan Alia baik, tu nurse yang kata bukan Fiza.


Ketinggian Alia pun bertambah... Sekarang ni dia dah 70cm... Tak sabar rasanya nak tengok si kementot berjalan terketot-ketot.


Haha... Bila tengok gambar-gambar kat atas... Terfikir pulak aku. Macam menyemak jer gambar-gambar kat atas. Macam takde kaitan dengan cerita... Hehe... Itulah Alia, semenjak nak beralih nombor umur... Dia semakin bijak buat perangai. Pantang kalau kita pegang buku... Dia pun nak pegang buku.

Tulah... Mungkin jugak disebabkan Oleh Ayah dia rajin yang tak berapa nak rajin baca buku cerita kat dia start masa Fiza pantang dulu.

Paling dia suka menengok... Buku yang ada warna-warni... Siap! tangan dia dok gatai-gatai nak pegang.

Bila ada anak... Ada juga penghibur hati kan... kan... kan. Hehe.
 

1 comment: