Hola ♥ Kekadang aku juga ketandusan idea untuk mengemaskinikan blog sehingga pernah beberapa bulan blog aku biarkan sunyi tanpa sebar...

:: Kecilnya Ibu ini ::

/
3 Comments


Hola

Kekadang aku juga ketandusan idea untuk mengemaskinikan blog sehingga pernah beberapa bulan blog aku biarkan sunyi tanpa sebarang sisipan perkongsian cerita.

Kekadang ketandusan idea juga menyebabkan idea gila datang menerjah di celah-celah otak. Haha... Ayat merapu meraban. Jelas sungguh takde idea.

Namun, naluri keibuan membuatkan aku terfikir dan ingin tahu... Siapa yer ibu terkecil di dunia?... Wah! ada ke?

Apa lagi google lah jawabnya... 

Adaa... Orangnya ialah Stacey Herald.


Hurmmm... kecik je orangnya... Ya Allah, setinggi dua kaki empat inci. Hebat sungguh kejadian Tuhan.

Apa-apa pun dia juga seorang ibu. Keinginan untuk menjadi ibu membuatkan dia sanggup berdepan dengan sebarang komplikasi asalkan mempunyai anak. Cekal sungguh hati dia kan...

Haaaa... Ni dia famili Stacey Herald. Siapa sangka... Kecil-kecil cili padi. Walaupun bertubuh kecil namun mempunyai zuriat sendiri. 


Kebenarannya... Tiada siapa yang mengetahui apakah ketentuan yang Allah telah aturkan untuk kita yang bergelar khalifah di muka bumi.

Hanya dengan mensyukuri apa yang Allah kurniakan, itulah yang sepatutnya kita lakukan.

Subhanallah :) 

Nota Kaki : Sumber gambar diperolehi daripada Google Image



ARTIKEL LAIN DI SINI

3 comments: