Hola ♥ This month ... Rajin bebeno aku meng' update blog. Biasa ler idea tengah mencurah-curah ibarat air paip di bilik air. Tapi...



Hola

This month... Rajin bebeno aku meng'update blog. Biasa ler idea tengah mencurah-curah ibarat air paip di bilik air. Tapi kalau dah takde idea tu... Kering bak padang pasir. Entri pun macam tomfok-tomfok taik unta ( Monolog merapu entah apa-apa ).

Macam tu gak time bercinta... Bila cinta itu dirasakan indah, suara gelak ketawa kedengaran jelas sekali dan andainya dilanda gelora. Dunia sepi tanpa calling-calling dan muka mencuka 1001 gaya bila melihat hanphone sunyi tanpa tut tet tut tet sms.

Hurmmm... Teringat daku akan zaman cintan-cinton dolu-dolu punya stail... Mandi tak basah, makan tak kenyang... Tidur tak lena dibuatnya.

Cis! Pendusta... Semua itu omongan kosong. Kenyang jer aku makan... bertambah-tambah lagi ada. Mandi jangan harap ler sekejap. Mana puas weiii.... Tidur tak lena? Mana ada... Lena diulit mimpi lagi ada.

Selain tu... Masa daku bercinta dulu... Ada gaklah dapat beberapa hadiah daripada encik suami. Tapi tak pernah pun terfikir tentang apakah maksud disebalik setiap pemberiannya. Yang dok aku pikiq... Ambik jelah orang dah bagi. Hehe... Sifat orang yang tak pernah membuang peluang dan ruang.

Now, bila dah pandai mencuri masa untuk berblogging... Banyak ilmu yang aku perolehi. Huhu... Termasuklah ilmu rumahtangga, cinta dan sebagainya. Dari dunia blogginglah aku banyak dapat info termasuklah pasai hadiah bagai.

Rupa-rupanya....


Rantai yang diberikan oleh sang kekasih membawa maksud yang tersendiri iaitu sebagai tanda ikatan cinta yang perlukan perhatian.

Untungnya kalau sang kekasih hadiahkan rantai. Fiza mana ada dapat rantai bagai waima rantai silver sekalipun. Time kawin baru dapat. Hehe.

Pastu... Kalau sang kekasih bagi bunga, rupa-rupanya membawa maksud bahawa perkenalan dan kasih sayang.


dan apabila sang kekasih menghadiahkan kita cincin... Ia adalah sebagai tanda ikatan kasih yang abadi. Hehe... Logik gak no. Tak dapat time bercinta... Takpalah!, Mana tau ikatan cinta tak sampai ke jinjang pelamin. Tapi kan... Dapat time kawin still ada yang cerai-berai. Apa kes?


No pproblemo... Tak salah kalau kita percaya akan makna setiap maksud hadiah di atas. Why? Agar kita lebih menghargai pasangan kita. Baru... Hidup aman sentosa. Takde muka berkerut 1001 gaya bila handphone sunyi tanpa sms... Tak gitu?

Sesungguhnya cinta itu indah dan susah untuk digambarkan.

Sumber info : di sini

Hola ♥   Hehe... Kalau di khalayak ramai... Malu lah nak buat walaupun free of charges. Macam mana? ♥ credit info : Bor...




Hola


Hehe... Kalau di khalayak ramai... Malu lah nak buat walaupun free of charges. Macam mana?

credit info : Borakkosong.com.


Hola ♥ Setiap kaum hawa pasti mendambakan seorang anak . Namun apakan daya... Andainya belum ada rezeki ke arah itu. Cepat atau...



Hola

Setiap kaum hawa pasti mendambakan seorang anak. Namun apakan daya... Andainya belum ada rezeki ke arah itu.

Cepat atau lambat... Semua itu ketentuan Allah dan setiap ketentuan itu tidak dapat kita fikirkan... Infiniti right! Wallahualam. Tiada siapa yang mengetahuinya.

Cuba kita renung dan fikirkan...

Contohnya... Apa yang berlaku terhadap Lina Medina, Peru. Seorang kanak-kanak berusia lima tahun mampu melahirkan anak dan telah diiktiraf sebagai ibu paling muda di dunia.



See... Siapa  sangka kan... Muda lagi dah bergelar ibu. Macam mana lah ek? Tepu otak bila difikirkan bagaimana perkara sebegini berlaku.

Hakikatnya, semuanya berlaku atas kehendak Yang Maha Esa. Dan apabila Allah berkata "kun faya kun"... Jadi maka jadilah... Kita sebagai khalifah di muka bumi pasti tidak dapat menolaknya.

Wallahualam!

Bagaimanalah ek! time berumur 5 tahun... Yang masih muda, perlukan kasih sayang orang sekeliling... Yang belum mengerti akan alam kehidupan... Akhirnya memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu...

Subhanallah!


Nota Kaki : Sumber info ni hasil pembacaan Fiza daripada majalah Infiniti dan sumber gambar kat atas Fiza perolehi daripada google image. Oh! ya happy birthday to google untuk yang ke-14. Jasamu dikenang... Sangat berjasa kepadaku. Hehe.




Hola ♥  Semenjak bergelar ibu... Banyak ilmu yang wajib aku tuntut. Al-maklum jelah first baby , otak zero lagi bercelaru ... ...





Hola ♥ 

Semenjak bergelar ibu... Banyak ilmu yang wajib aku tuntut. Al-maklum jelah first baby, otak zero lagi bercelaru...

Kekadang huru-hara aku lebih-lebih lagi bila Alia meragam. Tak tau nak buat apa haihhh...  Itu dululah, sekarang dah terror dengan skill memujuk. Hheee...

But... Now, Fiza bukan nak share pasal skill bagai. Tapi Fiza nak share sikit pasal pemakanan bayi. Sejak ada Alia... Aku rajin yang tak berapa nak rajin online... Cari info konon. Alih-alih facebook dan blog gak aku layan. 

Tapi jangan weiii... Anak tetap diutamakan. Hehe... Panjang bebeno mukaddimah aku yer. Ada ku kesah. Ayat boleh belah!

Hurmmm... Nanti kalau aku merapu sampai one page pun monolog aku tak habis. Baik kita berbalik kepada perkara asal. Sonang citer. Korang leh copy info di bawah sebagai rujukan untuk bagi baby makan... ( Ayat orang perasan tak sudah... Berangan! ada ke tidak orang nak baca ye tak).


Sikit jer kan makanan baby umur 6 hingga 8 bulan. kena rajin bagi baby makan... Baru cepat besau. Hehe. Malah, nurse cadangkan bagi baby makan 2 kali sehari.

orait!

Nota kaki : Resepi ni adalah daripada nurse time checkup Alia berusia 6 bulan ari tu. Lupa nak tempek kat blog.

Hola ♥



Hola



Hola ♥ Dah lama rasanya tak buat entri pasal bahasa Melayu Sarawak . So ,  hari ini Fiza selitkan 2 perkataan lagi untuk dikongsika...



Hola

Dah lama rasanya tak buat entri pasal bahasa Melayu Sarawak. So,  hari ini Fiza selitkan 2 perkataan lagi untuk dikongsikan. 

Berdasarkan analisis nuffnang blog Fiza terdapat beberapa perkataan Bahasa Melayu Sarawak yang ingin para pengunjung ketahui... 

Untuk tidak menghampakan carian para pengunjung di blog Fiza... So, hari ini Fiza ingin kongsikan perkataan tersebut iaitu I love u dan pening dalam bahasa Sarawak.


dan Pening dalam bahasa Sarawak disebut Penin.




 Macam mana? Ok tak... Cukup ek 2 perkataan sahaja untuk hari ni. nanti penin pulak kan... Hehe.

Nota kaki : Fiza buat dalam bentuk picture adalah untuk memudahkan rakan blogger save jer. Eh! ada ke yang nak belaja... Perasan! Ada ku kesah... Yang penting ikhlas untuk berkongsi :)

Hola ♥ Alhamdulillah... Sujud syukur ku panjatkan padaMu Ya Allah atas hembusan nafas yang telah Engkau berikan untuk aku meneruskan...



Hola

Alhamdulillah... Sujud syukur ku panjatkan padaMu Ya Allah atas hembusan nafas yang telah Engkau berikan untuk aku meneruskan rutin harianku.

Hehe... Antara salah satu rutin harian aku adalah mengadap belog yang kekadang malas nak update.

Tapi... Kali ni... Tetiba jer tangan aku ni gatal nak ubah wajah belog aku walaupun ciput. So, nak dijadikan cerita kali ni aku nak berkongsi sikit apa perubahan yang telah aku buat dan bagaimana cara aku membuatkannya berubah... Sonang citer. Kiranya kali ni aku nak wat tutorial lah sikit... At least sebagai rujukan aku sendiri nanti andainya tangan ini gatai lagi nak buat tranformation... Oh! my english. Hehe... 

Ok! Perubahan yang aku telah buat adalah pada Arkib Semasa Saya. Yang pada mulanya nampak hodoh.


Aku ubahkan bagi cantik sikit haihhh... dengan meletakkan kuntuman bunga gitu supaya nampak lawo dan hasilnya... Cantik yang tak berapa nak cantik.


Bagaimana aku ubah menjadikan ianya berubah sedemikian rupa? Haha... Ayat orang merapu meraban seawal pagi di kala orang lain senang lena dibuai mimpi.

Tekniknya...

1. Dashboard > Design > Edit Html > Tick Expand Widget Templates

2. Tekan Ctrl F serentak dan cari kod yang ini :
    <li><a expr:href='data:i.url'><data:i.title/></a></li> 
 
3. Kemudian, gantikan kod di atas dengan kod ini :
    <li><img src='URL CUTE ICON'/><a expr:href='data:i.url'><data:i.title/></a></li>
 
Ok! Done...
 
Untuk URL CUTE ICON, ada terdapat banyak website yang memberikan peluang untuk ambik icon secara percuma... So nak dapatkan icon tersebut, jom cari di sini.
 
Ok! Done for the second time. Senang kan. 

Nota Kaki : Nak bagi Alia nyusu sat. Terjaga dah dia :)

 

Hola ♥ Pagi tadi terbaca satu artikel mengenai binatang yang aku takuti ... Tentang seekor ular. Medusa , ular peliharaan  sebera...



Hola

Pagi tadi terbaca satu artikel mengenai binatang yang aku takuti... Tentang seekor ular.

Medusa, ular peliharaan  seberat 136 kilogram, panjang 7.62 meter dan memerlukan sekurang-kurangnya 15 orang untuk mengangkatnya... Wauuu... Banyak tu.

Diiktiraf oleh Buku Rekod Dunia Guiness sebagai ular peliharaan terbesar di dunia. Memang patut pun kan...

Huh! Makanan utamanya terdiri daripada arnab, rusa dan haiwan lain yang diberikan kepadanya setiap dua minggu. Dikatakan ia  memakan 18 kilogram haiwan kira-kira seminggu. Patutlah cepat membesar :)

Tuan punya ular tu jugak menyatakan yang dia beli ular tu sepanjang  0.6 meter dan hanya segemuk jarinya saja ... Now, besar wooo...

Kalau depan mata. Mesti aku takut... Entah-entah pengsan. Mana taknya... Ular sebesar tu. Aku pun masuk kalau ditelan ;(

Sumber info dan gambar : mymetro dan google

Hola ♥ Alhamdulillah... Segala pujian ke atas Allah kerana telah memberi kesihatan yang baik kepada kita untuk terus berkongsi ilmu wala...


Hola

Alhamdulillah... Segala pujian ke atas Allah kerana telah memberi kesihatan yang baik kepada kita untuk terus berkongsi ilmu walaupun di alam maya.

Bercakap pasal kesihatan... Tetiba jer rasa nak share tentang vicks vaporub.


Begini ceritanya... Hahaha. Starting lagak seperti seorang panglipurlara.

Last week Alia flu disertakan berhingus... Sian dia. 3 hari lepas makan ubat still berhingus. So, nak dijadikan cerita... Aku google lah "Cara nak hilangkan hingus". Dalam otakku ligat berfikir dan hati berkata-kata... Ada ke?

Jangan kau jah! Hehe... Macam-macam petua dan tip aku dapat dan baca... Tapi aku tergerak hati seperti mahu yang tak berapa nak mahu nak mencuba 1 petua ni... Iaitu before baby tidur malam, sapukan vicks di bawah kaki baby dan stokin kan dia...

Mujarab lah beb... 2 hari jer Fiza try, hingus Alia pun hilang. Sungguh tak tipuuu... Alhamdulillah! Mungkin gak Alia serasi dengan vicks kot. Yelah! sejak lahir lagi aku dah gunakan vicks untuk sapukan di bahagian perut, belakang dan kaki dia.

Alhamdulillah! bukan nak kata apa... dan bukannya jugak nak angkuh dan sombong. Kembung perut pun Alia takde. Tapi tak tau lah pada orang lain kan.

Fiza share pun atas sebab ikhlas untuk berkongsi cerita dan info. Mana tau ada lak yang nak try kan.

"Kita hanya mampu berusaha, selebihnya kita berserah pada Allah".

Nota kaki : Sedih tak dapat nak kredit pada tuan empunya petua. Fiza lupa nak copy link  info ni. Adoiiiiiii!

Hola ♥ Kekadang kebahagiaan sukar untuk digambarkan ... Tetapi sebaliknya kesakitan dan permasalahan mudah untuk diperkatakan . Itulah a...


Hola

Kekadang kebahagiaan sukar untuk digambarkan... Tetapi sebaliknya kesakitan dan permasalahan mudah untuk diperkatakan. Itulah asam garam kehidupan berumah tangga.

Cop... Cop! Bukan kisah rumah tangga Fiza yang nak diperkatakan tau... Tapi pasai konflik dalam citer bukan bidadari yang akhirnya tamat pada tanggal 18 September 2012... iaitu pada malam ini.  Eceh-eceh... Siap ada tarikh lagi. 

Cerita yang penuh dengan psiko terutamanya Arif lakonan Sharnaaz. Plot cerita yang menarik membuatkan Fiza ikuti perkembangan drama  ni every week... Kelas kau Zah! Ahakss.

Harapan daku yang ingin melihat Kamal dan Ayu ( lakonan oleh Sara Ali ) bahagia dengan baby mereka akhirnya punah apabila Ayu meninggal akibat pendarahan semasa melahirkan anaknya... Sian! Anak mereka pun juga tak dapat diselamatkan.

Best drama ni... Syabas Fiza ucapkan kepada pengarah citer ni. Good Job!

Hola ♥ Hari ni tanggal 18 September 2012 ... Pastinya banyak benda yang berlaku setiap minit dan saat dalam kehidupan kita. Betul tak? ...


Hola

Hari ni tanggal 18 September 2012... Pastinya banyak benda yang berlaku setiap minit dan saat dalam kehidupan kita. Betul tak? dan tanpa kita sedari masa begitu pantas berputar.


Hari ni... Alia genap 7 bulan. Di kala entri ini dipaparkan... Aku dan Alia baru jer lepas balik dari klinik untuk monthly checkup...

Alhamdulillah... Berat Alia naik lagi. Now, 6.700 kg... Itu menandakan perkembangan Alia baik, tu nurse yang kata bukan Fiza.


Ketinggian Alia pun bertambah... Sekarang ni dia dah 70cm... Tak sabar rasanya nak tengok si kementot berjalan terketot-ketot.


Haha... Bila tengok gambar-gambar kat atas... Terfikir pulak aku. Macam menyemak jer gambar-gambar kat atas. Macam takde kaitan dengan cerita... Hehe... Itulah Alia, semenjak nak beralih nombor umur... Dia semakin bijak buat perangai. Pantang kalau kita pegang buku... Dia pun nak pegang buku.

Tulah... Mungkin jugak disebabkan Oleh Ayah dia rajin yang tak berapa nak rajin baca buku cerita kat dia start masa Fiza pantang dulu.

Paling dia suka menengok... Buku yang ada warna-warni... Siap! tangan dia dok gatai-gatai nak pegang.

Bila ada anak... Ada juga penghibur hati kan... kan... kan. Hehe.
 

Hola ♥ MOSKOW - Seorang warga Muslim Rusia yang mendakwa dirinya sebagai lelaki tertua di dunia , meninggal dunia pada usi...



Hola

MOSKOW - Seorang warga Muslim Rusia yang mendakwa dirinya sebagai lelaki tertua di dunia, meninggal dunia pada usianya yang ke-122. Lelaki itu merupakan saksi Revolusi Bolshevik hingga berakhirnya rejim Soviet Union.

Magomed Labazanov, lahir pada 1890 silam, tepat sebelum Tsar Nicholas II naik takhta. Pada saat Vladimir Lenin naik ke tampuk kekuasaan, Labazanov berusia 27 tahun. Pada saat itulah Revolusi Bolshevik bermula.

Menurut Labazanov, resepi panjang umur baginya adalah tidak meminum alkohol, merokok, dan tidak melakukan seks bebas. Labazanov sudah pernah berkahwin dua kali, namun dirinya terpaksa bercerai kerana gagal memiliki keturunan. Demikian, seperti diberitakan Daily Mail, Rabu (12/9/2012)

Lelaki yang sempat menjadi tukang kayu itu tidak pernah belajar untuk membaca dan menulis, namun dirinya menjalankan gaya hidup diet sihat dengan mengambil buah-buahan, susu, dan jagung. Makanan-makanan itu dipercayai menjadi rahsia panjang umur datuk berjanggut putih itu.

Ketika merayakan ulang tahunnya yang ke 118, Labazanov menari-nari dengan tarian tradisional Kaukasus. Keluarga Labazanov gagal memasukkannya ke Guinness Book of World Record kerana lelaki itu tidak mempunyai sijil kelahiran atau surat-surat yang menjadi bukti kelahirannya.

Menurut rakan Labazanov, surat-surat kelahiran itu hilang di saat munculnya rusuhan di era kebangkitan Soviet. Pada saat itu, masjid mahupun gereja dibakar.

Warga Muslim Rusia yang hidup di Dagestan, Caucasus, terkenal dengan umur panjang. Labazanov sendiri sempat mengatakan bahawa dirinya mempunyai 18 cucu dan lebih dari 20 cicit. Lelaki itu juga hidup lebih lama berbanding tiga anaknya. (AUL)

Dipetik dari okezone.

Hola ♥ Makan untuk hidup dan hidup untuk makan. Words apakah itu?     Itulah Alia... Anak kesayangan ayah dan mak. Lagi 10 hari usia ...



Hola

Makan untuk hidup dan hidup untuk makan. Words apakah itu?  


Itulah Alia... Anak kesayangan ayah dan mak. Lagi 10 hari usia Alia akan menjangkau 7 bulan.

Sekarang ni... Alhamdulillah! Alia sudah mula diperkenalkan dengan makanan pejal yang tak berapa nak pejal. Apa taknya, bubur cair je hali-hali wooo... tanpa perasa. Cuma campuran jer yang lain-lain.

Paling Alia suka makan sampai licin dibuatnya... ialah bubur ayam campur lobak merah.



Lepas tu... Paling dia tak suka... Bubur ayam campur sayur bayam. Pasti dikeluarkan balik dari mulut. Tiga kali dah try bagi dia makan... Semuanya disemburkan balik.

Apalagi... Sekarang pokcik dia panggil dia dengan panggilan "Siti Bayam".

Alia-Alia... Dah pandai memilih makanan dah dia. Hurmmm... Begitu pantas waktu berputar, tak terasa Alia dah besar dan akan menjangkau usia 7 bulan :)

Hola ♥ Kekadang aku juga ketandusan idea untuk mengemaskinikan blog sehingga pernah beberapa bulan blog aku biarkan sunyi tanpa sebar...



Hola

Kekadang aku juga ketandusan idea untuk mengemaskinikan blog sehingga pernah beberapa bulan blog aku biarkan sunyi tanpa sebarang sisipan perkongsian cerita.

Kekadang ketandusan idea juga menyebabkan idea gila datang menerjah di celah-celah otak. Haha... Ayat merapu meraban. Jelas sungguh takde idea.

Namun, naluri keibuan membuatkan aku terfikir dan ingin tahu... Siapa yer ibu terkecil di dunia?... Wah! ada ke?

Apa lagi google lah jawabnya... 

Adaa... Orangnya ialah Stacey Herald.


Hurmmm... kecik je orangnya... Ya Allah, setinggi dua kaki empat inci. Hebat sungguh kejadian Tuhan.

Apa-apa pun dia juga seorang ibu. Keinginan untuk menjadi ibu membuatkan dia sanggup berdepan dengan sebarang komplikasi asalkan mempunyai anak. Cekal sungguh hati dia kan...

Haaaa... Ni dia famili Stacey Herald. Siapa sangka... Kecil-kecil cili padi. Walaupun bertubuh kecil namun mempunyai zuriat sendiri. 


Kebenarannya... Tiada siapa yang mengetahui apakah ketentuan yang Allah telah aturkan untuk kita yang bergelar khalifah di muka bumi.

Hanya dengan mensyukuri apa yang Allah kurniakan, itulah yang sepatutnya kita lakukan.

Subhanallah :) 

Nota Kaki : Sumber gambar diperolehi daripada Google Image

Hola ♥ Alhamdulillah di atas kesempatan yang Allah berikan untuk kita terus bernafas dan seterusnya berkong si ilmu di alam maya. Ka...



Hola

Alhamdulillah di atas kesempatan yang Allah berikan untuk kita terus bernafas dan seterusnya berkongsi ilmu di alam maya.

Kali ni Fiza nak share sikit pasal kejadian siang tadi untuk sama-sama kita beringat. InsyaAllah!. 

Tadi Fiza dapat satu panggilan private number. So, Fiza angkatlah walaupun pada dasarnya malas nak angkat. Fiza bukan suka sangat dengan private number. Mencurigakan. Sebenarnya... Nurveous kalau dapat panggilan private number tau..


Nak dijadikan cerita... Panggilan tu dari seorang lelaki yang mengaku bahawa dia adalah salah seorang daripada staff ibu pejabat Celcom di Kuala Lumpur yang mengatakan nombor handphone Fiza menang cabutan bertuah... 3 teratas daripada top ten. Wah! teruja bila mendengarnya lebih-lebih lagi menang RM5000... Banyak tu.

Then, dia pun nak transfer duit tu... Tapi Fiza perlu pergi ke ATM mesin yang terdekat... Bila dah sampai call dia balik. Dia akan bagi nombor handphone katanya... Aik!... Pelik! Fiza malas nak layan... Terus bagitau kat dia boleh tak Fiza refer dengan cawangan celcom terdekat. Terus off line... Apa ke jadah nyer. Nak menipu yer! hengat semua orang boleh kenapa tipu! Marah ni...

Macam-macam manusia sekarang ni... Lebih-lebih lagi apabila menjadi hamba kepada wang... Sanggup menghalalkan cara. Wallahualam.

Sama-samalah kita beringat untuk lebih berhati-hati ketika menerima panggilan daripada orang yang kita tidak kenali.

Hola ♥ Alhamdulillah ke atas segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Setiap seorang daripada kita pasti ada kelebihan dan k...



Hola

Alhamdulillah ke atas segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Setiap seorang daripada kita pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Yang pasti... kita harus mensyukurinya.

Bila mana bermonolog akan kelebihan dan kekurangan... Fiza teringat akan satu kisah yang pernah Fiza baca di sebuah artikel dalam Infiniti...

Tetiba teringat... Tu yang nak share. Hehe.

Kisahnya mengenai seorang wanita, Jittarat Wongsomboon yang berusia 55 tahun, berasal dari negara Thailand... Telah diiktiraf sebagai manusia yang bersuara paling nyaring di dunia.

Kredit gambar : Google image
Kenyaringan suaranya dikatakan mampu mencapai tahap maksimum sehingga 110 desibel bersamaan dengan kekuatan bunyi helikopter. 

Hebat kan :)