30 August 2012

Begitu pantas waktu berlari


Hola ♥  

Alhamdulillah, cepatnya masa berlalu... Usia kita pun semakin bertambah. Bila difikirkan, cukup ke amalan yang dibuat... Takut nyer bila memikirkan akan mati.

Hurmm... Yang nyata mati itu pasti kita akan lalui, cuma kita tidak tahu bila? di mana dan bagaimana?

Itulah ketentuan Ilahi... Dan dengan rezeki yang Allah anugerahkan, kini puteri kami semakin membesar dengan sihat. Now, dah 6 bulan lebih usianya :)


Semenjak dah menjangkau usia 6 bulan ni... Alia semakin bijak... Bijak menangis! Apa taknya, asal ada jer orang nak ambik pasti menangis terutamanya first time nampak orang tu. Pandai memilih sudah :(

Pastu pulak... kalau dulu pampers basah sikit... Dia tak kisah pun, tapi sekarang mak ai... Pantang basah sikit pasti menangis. 

Hurmmm... Tapi satu yang best' nya Alia tak kan menangis kalau part nak menyusu... Sebab apa dia tahu sejak lahir lagi Fiza dah setkan selang 2 jam 15 minit pasti Fiza bagi susu. Senyumlah dia :)


Kalau part tido pulak. Alhamdulillah... Sekarang dia dah boleh tido siang. Kalau dulu, susah betul nak tido siang.

Kalau tido malam pulak.... No problemo!

Aku bersyukur Alia takde masalah tido malam. Tido lagak seperti orang dewasa... Sejak lahir lagi pola tidonya tak berubah. Dia cuma akan bangun bila nak menyusu dan bila pampers dah lebur. Pastu sambung tido balik tanpa meragam. Alhamdulillah ya Allah!

Baru bangun tido... Terus dipakaikan tudung. Mencukalah muka dia... Alolololo....
Tak terasa begitu pantas waktu berlari... Tak terasa anak mak dan ayah dah berusia 6 bulan. Semoga Alia akan menjadi seorang anak yang solehah dan berguna.

Amin...

4 comments:

  1. @◕ Kawaii D Y S H A ◕ thanks kawaii DYSHA kerana sudi singgah dan follow blog saya. Also thanks atas pujian tu. hehe... ada gak ckp mcm muka cina padahal anak melayu tulin :)

    ReplyDelete
  2. eh dh beso rupanya baby fiza..baru nk tnya bila bersalin..alia sgt comel n gebu..:)

    ReplyDelete
  3. comel nyeeee anak kak...huuu
    mcm anak jepun..hihi

    ReplyDelete