Hola ♥ Hehe... Si kecil Alia dah tido... Apalagi bermulalah jari-jemari ni gatal nak update blog. Dah berapa hari blog aku terbiar....





Hola


Hehe... Si kecil Alia dah tido... Apalagi bermulalah jari-jemari ni gatal nak update blog. Dah berapa hari blog aku terbiar.

Apa-apa pun pada yang sudi singgah thanks yer.

Hurmmm... kali ni aku ingin berkongsi 1 info menarik. Menarik bagi aku lah dan sekadar untuk menambah ilmu pengetahuan... Info  mengenai siapakah pengguna tandas awam pertama di dunia... 
 
For your information, pengguna tandas awam pertama di dunia ialah orang-orang Rom. Pada tahun 1596, cucu Ratu Elizabert 1, Sir John Harrington telah menciptakan tandas curah untuk neneknya dan ini menjadikan Ratu Elizabert 1 sebagai orang pertama menggunakan tandas curah...

See! Siapa sangka orang pertama menggunakan tandas curah adalah dari golongan elit.

Quick update from me... Thanks kepada yang sudi membaca simple info ini.

Happy blogging yer :) 

Sumber Info : Majalah Infiniti 

Hola ♥ Selamat pagi dunia... Awan berarak lalu begitu  juga waktu yang pantas berlari. Now , jam pun dah pukul 10:03 pagi. Tetiba jer ...

Hola

Selamat pagi dunia... Awan berarak lalu begitu  juga waktu yang pantas berlari. Now, jam pun dah pukul 10:03 pagi.

Tetiba jer datang idea nak update blog... 

Actually, ni cuma quick update untuk kali ni. Fiza nak berkongsi satu lagi perkataan Bahasa Sarawak yang mana terdapat carian dalam blog Fiza iaitu perkataan "Semoga". For you information terutamanya kepada readers yang ingin tahu semoga dalam bahasa Sarawak ialah semoga gak or mudahan jak.

Suka tak info ni? 

Hola ♥ Aku ni semenjak ada baby aku jarang menonton tv. kadang-kadang tu tak sempat langsung nak tonton berita asyik melayan karenah A...


Hola

Aku ni semenjak ada baby aku jarang menonton tv. kadang-kadang tu tak sempat langsung nak tonton berita asyik melayan karenah Alia.


Namun, entah tadi sempat jugak aku menonton buletin tv3 pasal warga emas mati kerana diragut. Lepas tu pulak... Siannya takde orang nak tolong... terbaring di atas jalan " Sudah jatuh, ditimpa tangga " begitulah yang dapat digambarkan...

Bukan takde pun orang yang lalu lalang... Tapi menegok jer. 

Di manakah sifat keprihatinan rakyat Malaysia?

Hurmmm... Pada akulah, sebenarnya sifat keprihatinan tu masih ada namun sekarang ni macam-macam berlaku.

Yelah! kadang-kadang tu macam-macam orang boleh lakukan kejahatan dengan menggunakan pelbagai tektik kotor. So, jadi takut nak tolong. Mungkin itu jugak berlaku di saat kejadian itu berlaku... 

Macam mana tu?
 

  Hola ♥   Sama-sama kita renungkan...     " Untuk menjadi insan yang terbaik... Kunci utama adalah terletak pada kesu...

 
Hola
 
Sama-sama kita renungkan...
 
 
" Untuk menjadi insan yang terbaik... Kunci utama adalah terletak pada kesudian diri yang datang dari lubuk hati yang dalam untuk mengubah diri "
 
Sumber Gambar : Google Image
 
 

Hola ♥  Alhamdulillah! Seawal pagi aku diberi kesempatan untuk update blog... Si kecil Alia belum bangun lagi... Hehe. Apa lag...


Hola ♥ 

Alhamdulillah! Seawal pagi aku diberi kesempatan untuk update blog... Si kecil Alia belum bangun lagi... Hehe. Apa lagi " Sambil menyelam, minum air "... Sambil berkemas, sambil tu jugak aku online. Ahaksss! Hebat... Hebat. 

Hurmmm... Seperti biasa, first bila Fiza online... Benda pertama yang akan Fiza buka ialah page Nuffnang *** Nak kena bagitau gak ke. Bukan nak check earnings... Tapi, Fiza suka check keyword yang selalu pengunjung cari kat blog Fiza.

 

Kali ni... Keyword video lucah.com menjadi pilihan. Wooowww! Ada gak orang cari kat blog Fiza. Ni mesti kerja orang yang kemaruk seks. Ada ke laman video lucah.com? 

Hurmmm... Siapalah punya angkara. Adakah itu kerja kaum adam atau hawa?

 

Hola ♥ Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi keizinan untuk kita terus bernafas. Di kala malam yang kehujana...

Hola

Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi keizinan untuk kita terus bernafas. Di kala malam yang kehujanan ini, Fiza ingin berkongsi cerita tentang si kecil Alia.

Bulan ni... Umur Alia dah menjangkau 4 bulan dan dari hari ke hari bermacam skill yang dia pelajari termasuklah meniarap.


Fuh! Petang tadi Fiza sempat ambil gambar Alia yang frust kerana tak dapat nak bergerak ke hadapan. Al-maklum jelah... Baru jer pandai meniarap. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menghantukkan muka ke lantai... Apa lagi... Nangislah jawabnya :(

Walaupun penat... Namun tetap mampu tersenyum apabila melihat anak membesar di depan mata. "Aku bersyukur kepada Mu ya Allah kerana telah mengurniakan seorang cahaya mata yang aku dambakan setelah genap setahun usia perkahwinan kami " -Amin...


Assalamualaikum ♥  Alham dulillah... Hari ni dah 1 Julai 2012 dan hari ni jugak Fiza berkesempatan lagi untuk mengemaskinikan bl...




Assalamualaikum ♥ 

Alhamdulillah... Hari ni dah 1 Julai 2012 dan hari ni jugak Fiza berkesempatan lagi untuk mengemaskinikan blog Fiza.

Hehe... Si kecil Alia dah tidur. Apa lagi... Online lah jawab nyer.

Dipendekkan cerita... Entri kali ini Fiza ingin kongsikan seorang gadis korea dalam drama " Jewel in the palace " yang ditayangkan di tv AlHijrah setiap hari jam 3:30 petang.


Kisahnya memang cukup menarik di mana mengisahkan tentang seorang gadis bernama Janggeum yang telah menjadi wanita istana... difitnah dan dibuang ke sebuah pulau dan akhirnya menjadi tabib istana. Gadis ini cukup tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupannya... Kisahnya cukup menarik... Apakah kesudahannya?, sama-samalah kita ikuti. 

Hehe... Boleh jer tengok kat yotube. Hurmmm... Tapi takde kepuasan.. Tu pendapat Fiza lah. Pasai apo, line broadband Fiza seperti kura-kura. 

Fiza suka tengok pelakon ni... Cantik dan Ayu seperti Izah, yang baru saja Fiza kenali. Thanks yer kerana sudi follow blog Fiza.