Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia^^ Apa khabar semua? Kali ini Fiza ingin kongsikan 1 drama menarik yang Fiza sendiri berkesempatan un...

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia^^

Apa khabar semua? Kali ini Fiza ingin kongsikan 1 drama menarik yang Fiza sendiri berkesempatan untuk menengoknya... Chewah! Sebuah drama yang ditayangkan pukul 10 pagi tadi... Pasti ramai yang tak sempat tengok kan... Fiza sempat jer tengok. Jangan cemburu... Ahakksss, ada ke orang nak cemburu?


Begini... Drama ini mengisahkan sebuah perkampungan di mana penduduk majorotinya berbangsa Melayu Bangkahulu. Namun terdapat juga bagsa Cina dan India dalam kelompok yang agak besar di situ. 

Cikgu Zainuddin seorang guru yang dihormati di kawasan tersebut dan mempunyai seorang isteri bernama Zabedah juga seorang guru dan tiga orang anak. Yang sulung dalam tingkatan lima bernama Anuar, Zarina anak yang kedua dalam tingkatan 4 manakala anak bungsunya bernama Kamal berusia 12 tahun.. Sejak dari lahir Kamal mengidap penyakit HAHD (Attention-Deficit Hyperactivity Disorder ).

Kerana penyakit tersebut, Kamal sering di jadikan bahan jenaka. Orang kampung memang telah masak dengan perangai Kamal. Sering kali Kamal merayau sendirian dan di kala malam ada sahaja orang kampung yang menghantarnya pulang. Bukannya niat Cikgu Zainuddin mahu melepaskan tanggungjawabnya menjaga Kamal. Mereka tidak sanggup mengurung Kamal seperti orang tebusan di rumah. Hanya satu tabiat Kamal yang sukar untuk di bendung. Kamal pantang berjumpa dengan sungai. Dia pasti berendam dan bermain air di sungai berdekatan dengan estate ladang getah.

Namun kehadiran Kamal di sebuah jeram amat tidak di senangi oleh beberapa kanak-kanak nakal yang sering bermain di kawasan tersebut. Kamal sering di buli dan di perbodohkan oleh mereka. Ijat, Ah Kit dan Rama memang terkenal kerana kedegilan dan kenakalan mereka.

Berdekatan denga estate terdapat sebuah kuil hindu. Bila lapar sahaja Kamal dengan tidak segan silu akan meminta seorang Sami Mutu sedikit makanan. Sami Mutu kadang kadang merasa risau kerana Kamal sering datang ke kuil tersebut dan ramai yang agak kurang senang dengan kehadirian Kamal. Ahkirnya Kamal di larang menghampiri kuil tersebut kerana takut Kamal akan melakukan apa-apa kerosakan di situ. Mereka juga mengesaki bahawa Kamal mencuri kasut di kuil tersebut. Namun sebenarnya Kamal di peralatkan oleh Ijat, Ah Kit dan Rama.

Sami Mutu bertemu dengan Cikgu Zainuddin. Dia menasihati Cikgu Zainuddin supaya menasihatkan dan menjaga anaknya dari menghampiri kawasan suci mereka. Cikgu Zainuddin akur. Kini dia terpaksa mengawasi anaknya dari tidak ke kawasan kuil tersebut. Cikgu Zainuddin telah mengarahkan Anuar dan adiknya Zarina untuk menjaga Kamal.

Kerana terpaksa Anuar terpaksa membawa Kamal kemana sahaja dia pergi. Setiap petang Anuar akan pergi ke rumah Tauke Loy. Dia sering belajar bersama anak Tauke Loy iaitu Steven Loy. Ruamh Taukey Loy pola berdekatan dengan sebuah tokong Cina. Setiap petang juga tokong tersebut akan membuat latihan gendang Cina. Kerana leka berlajar bersama Steven, Kamal di biarkan bermain sendirian di luar rumah.

Kamal mula tertarik dengan bunyi-bunyi gendang lantas masuk ke dalam tokong tersebut. Kamal mulai mengganggu latihan. Bukan itu sahaja, Kamal dengan tidak sengaja telah menjatuhkan sebuah tembikar antik sehingga pecah sewaktu melihat mereka berlatih. Akibat dari itu Anuar terpasa membawa Kamal pulang. Kerana simpati Tauke Loy membayar ganti rugi bagi pihak Kamal.

Cikgu Zainuddin tiada pilihan. Dia mulai hilang sabar. Dia terpaksa merantai kaki anaknya walaupun dia berat untik berbuat demikian.

Master Lim, jurulatih seni gendang Cina mulai serba salah bila terlihat Kamal di rantai. Dia tidak mahu kerana kejadian tesebut, Kamal di perlaku seperti itu. Master Lim bertemu dengan Cikgu Zainuddin. Master Lim juga menawarkan dirinya untuk mengajar Kamal bermian gendang kerana Kamal begitu minat terhadap alat gendang Cina. Begitu juga dengan Sami Mutu. Sami Mutu dan memohon supaya Cikgu Zainuddin melepaskan Kamal. Dia berjanji jika Kamal datang, dia akan menjaga Kamal sebaiknya.

Namun Cikgu Zainuddin enggan. Dia risau jika Kamal terus mengganggu mereka semua. Zarina dan Anuar merasa simpati melihat Kamal di rantai. Akhirnya mereka mengambil keputusan melepaskan Kamal.

Sedang Anuar dan Zarina leka dengan kerja rumah masing-masing, Ijat datang dan mengajak Kamal bermian di sungai. Memang sudah lama Kamal tidak bermain air di sungai. Kamal yang lurus bendul kemudian mencuri keluar dari rumah.

Tiba di kuil, Ijat, Ah Kit dan Rama menyuruh Kamal mencuri kasut di luar kuil. Namun bila dia menuju ke arah Ijat, sekumpulan pengunjung kuil mengejar mereka. Kamal lari mengikut Ijat, Ah Kit dan Rama. Mereka menuju kearah sungai. Kerana takut, Ijat, Ah Kit dan Rama terjun ke dalam jeram. Lazimnya mereka tidak terjun ke tangah dan hanya bermain di terbing kerana air sungai yang dalam. Namun kerana ketakutan mereka semua terjun ke kawasan yang paling dalam.

Ketiga-tiga mereka terkapai-kapai lemas. Kamal turut terjun ke sungai. Kelebihan yang ada pada Kamal, dia mampu berenang. Kamal menyelamatkan kesemua mereka dari lemas. Namun kerana belari dan berenang, kaki kamal kekejangan. Akhirnya Kamal lemas. Mujur orang kuil datang dan menyelamatkan Kamal. Namun kamal telah banyak terminum air dan paru-parunya telah di masuki air.

Kamal kemudan di bawa ke hospital. Pada malam itu juga, sekumpulan sami India dan juga sami Budha berkumpul di depan rumah Cikgu Zainuddin dan berdoa dengan cara mereka meminta tuhan memanjangkan umur Kamal. Dalam masa yang sama juga di surau satu sembahyang hajat di lakukan meminta agar Tuhan memanjangkan umur Kamal. Namun Kamal telah menghembuskan nafas terakhir sewaktu di hospital.

Hasil Penulisan Skrip: Adza Irdawati Adenan

Bagaimana? Best tak? Suka tak?

 Hola, Apa khabar semua? Entri pendek dari Fiza... Hehe. Tadi Fiza pergi check nuffnang Fiza dan terjumpa satu keyword yang selalu oran...

 Hola,

Apa khabar semua?

Entri pendek dari Fiza... Hehe.

Tadi Fiza pergi check nuffnang Fiza dan terjumpa satu keyword yang selalu orang cari kat blog Fiza. Macam youtube pulak rasanya blog Fiza ni... Apa taknya, ada sahaja orang search cara Yuna bertudung.

So, disebabkan tak mahu menghampakan rakan-rakan yang mencari... Jom tengok video ni. Cara ala-ala Yuna bertudung.

 
Selamat Mencuba yer!



Assalamualaikum^^ Apa khabar semua? Lama sungguh tak updated blog... Top-top dan tahun baru... 2012. Hurmm... Berdebar-debar rasa di hat...

Assalamualaikum^^

Apa khabar semua? Lama sungguh tak updated blog... Top-top dan tahun baru... 2012. Hurmm... Berdebar-debar rasa di hati menunggu kelahiran orang baru. Now, 33 weeks... Fiza dan hubby mulai membuat persiapan sedikit demi sedikit.

Hari tu... Before balik kampung, hubby ajak Fiza scanning kat Family clinic... Doktor kata baby girl. Then, 5 Januari 2012, Fiza sekali lagi ada MO a.k.a Temujanji perubatan dalam bahasa melayunya lah... Hehe. Tetapi, kali ni di hospital kerajaan untuk plasenta check sebab before ni... Doktor kata uri di bawah.

Alhamdulillah, now... Semuanya ok! Kandungan Fiza berada di kedudukan yang betul. Hehe.... Selain tu, sempat gak Fiza tanya doktor tu pasal gender kandungan Fiza. Doktor tu pun kata baby girl.

Alhamdulillah, harap-harap scanning tu betul lah yer. Namun, Fiza tak kisah sebenarnya... Baby boy or girl, yang penting baby yang dilahirkan sihat dan normal.

" Ya Allah... makbulkanlah doa hamba-Mu ini semoga dikurniakan bayi yang sihat dan normal... Amin "

Tapi... Hubby fiza mengharapkan anak perempuan. Boleh tolong Fiza katanya... Hehe. Hurmm... Pasal persiapan menunggu kelahiran pulak... Takdelah banyak mana barang baby kami belikan. Pakaian baby pun semuanya unisex kami belikan walaupun doktor kata baby girl... Al-maklumlah kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan... 


 *** Antara barang baby yang kami dah sediakan... 

Nanti... InsyaAllah, lepas bersalin baru shopping sakan untuk baby. Hehe... Alahai! Dup dap dup dap... Sesungguhnya " Penantian itu suatu penyeksaaan "... Itulah yang Fiza rasai sekarang. Inilah pengalaman pertama buat Fiza...

Doakan fiza yer kengkawan!

Semoga semua urusan dipermudahkan... Amin.

Thanks :)


Assalamualaikum^^ Apa khabar semua? entri kali ini fiza ingin menjawab persoalan yang diajukan oleh rakan saya di Facebook. Walaupun hakik...

Assalamualaikum^^

Apa khabar semua? entri kali ini fiza ingin menjawab persoalan yang diajukan oleh rakan saya di Facebook. Walaupun hakikatnya apa yang fiza kongsikan ini mungkin dah menjadi cerita lapuk dan infonya pun senang didapati di google.... Namun, kerana tidak ingin menghampakan harapan para sahabat... Jom! Baca info di bawah... Hehe!



Jika kengkawan suka berkongsi kemeriahan, produk dan trend terkini dengan rakan-rakan, Churp Churp adalah jawapannya! Komuniti yang memberi ganjaran kepada pengaruh media sosial seperti anda untuk meyebar mesej-mesej tentang berita terkini, kempen-kempen dan acara-acara! Sebagai seorang ahli, anda berhak menyertai peraduan-peraduan dan acara-acara yang dianjurkan dari masa ke masa untuk anda berkenalan dengan Churpers lain! Anda akan dapat notifikasi emel tentang berita-berita dan acara-acara terkini dari masa ke masa. Hebat, kan?



Sudah tentu! Anda boleh sertai Churp Churp sekiranya anda adalah pengguna media sosial! Jangan risau jika anda tiada akaun Facebook atau Twitter, anda masih boleh berkongsi melalui platform lain contoh: Blog, Instant Messenger dan lain-lain lagi! Sudah tentunya, lebih platform = lebih cara untuk kongsi = lebih ganjaran!

Adakah ini bermaksud saya akan menghantar spam kepada rakan-rakan saya dalam bentuk iklan?

Tidak! anda dibenarkan untuk memilih seberapa kerap anda ingin menyebarkan mesej-mesej juga mesej yang manakah lebih menarik perhatian rakan-rakan anda! Tapi sudah tentunya anda boleh menyebar seberapa kerap yang anda ingin untuk pendedahan maksimum!
  1. Bagaimanakah saya mula menggunakan Churp Churp?

    Pendaftaran Churp Churp sungguh mudah, semacam ABC! Anda boleh daftar menggunakan sama ada akaun Facebook anda atau akaun Twitter anda. Ikutilah arahan yang dipaparkan dan secara rasminya anda jadi seorang Churper! Klik sini untuk mula!
  2. Bagaimanakah ChurpChurp berfungsi?

    Adanya dua cara untuk anda menyebarkan mesej-mesej kepada rakan-rakan anda: Social Sharing dan Social Sedding. Anda dapat mencari Social Sharing kempen pada Laman Utama Churp Churp dan anda bolehlah berkongsi kempen serta-merta! Untuk Social Seeding, anda akan menerima notifikasi emel sekira anda dipilih!
  3. Apakah gunanya untuk menyambungkan akaun Facebook dan Twitter?

    Sebahagian kempen memerlukan Seeding atas Facebook atau Twitter akaun. Dengan menyambungkan mereka, anda dapat peluang yang lebih tinggi untuk dipilih!

    Apakah itu Social Share?


    1. Social Share memberi pilihan kepada anda untuk memilih kempen yang anda suka dan kongsikannya kepada rakan-rakan anda! Anda akan dapat ganjaran atas setiap klik unik yang anda dapat dari link peribadi anda! Tiada had atas berapa kempen yang anda boleh kongsi!
    2. Bagaimanakah saya melaksanakan Social Sharing?

      Sungguh mudah! Pilihlah kempen yang mana-mana yang anda suka untuk berkongsi dalam Halaman Utama Churp Churp, karang mesej anda dengan link peribadi anda dan pilih platform-platform yang anda ingin berkongsi! Semakin banyak anda menyebar, semakin tinggi peluang untuk mendapat ganjaran yang lumayan!
    3. Bolehkah Churp Churp meyebarkan mesej-mesej Social Share saya secara automatik?

    4. Ya! Anda boleh membenarkan Churp Churp menyebarkan mesej-mesej Social Share secara automatik. Anda boleh pilih frekuensi sebaran yang anda gemari. Mesej-mesej Social Share anda akan dipaparkan ke platform-platform yang anda izinkan.
    5. Apakah yang Digalakkan dan Dilarangkan dalam Social Share?

      Anda digalakkan untuk mempersonalisasikan mesej-mesej anda semasa berkongsi ke Facebook, Twitter atau sebarang rangkaian platform sosial atau emel dan hanya berkongsi kepada rakan-rakan anda yang mungkin minat. Anda tidak digalakkan untuk menghantar spam ke halaman Facebook pengiklan dan pesaing mereka, berkongsi atas halaman web yang mecurigakan atau servis Pay to Click (PTC) dan meyebarkan dengan mesej yang memesongkan.


      Apa itu Social Seeding?

      1. Kempen Social Seeding adalah kempen khas dipilih untuk anda. Jika anda dipilih untuk suatu kempen, anda akan menerima notifikasi melalui emel. Kempen itu akan dipaparkan di halaman utama dan anda akan diberikan satu ringkasan untuk karang mesej anda di platform-platform yand tertentu seperti Twitter, Facebook atau Forum.
      2. Bilakah akan mesej Social Seeding saya dipaparkan?

        Mesej-mesej Social Seeding akan dipaparkan atau dikehendaki untuk dipaparkan oleh anda semasa tempoh kempen. Hantarlah tweet Social Seeding anda secepat mungkin supaya anda dapat peluang yang lebih tinggi untuk diluluskan! Anda tidak mahu mesej anda dipapar secara rawak kan?

        *** Kalau ada sebarang pertanyaan... Rajin-rajinlah komen ok!