Back to Top

06 November 2011

:: Salam Aidiladha buat semua ::

8:07:00 AM 11 Comments

Assalamualaikum^^

Selamat pagi warga blogger dan rakan-rakan semua. Dikesempatan ini Fiza ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari raya Aidiladha.


Mohon maaf andainya Fiza ada terlanjur kata, terkasar bicara sepanjang perkenalan kita dan semoga Allah memberkati kita dan menjadikan peristiwa yang berlaku kepada Nabi Ibrahim a.s. sebagai teladan yang sanggup berkorban apa saja untuk Allah tercinta. InsyaAllah!...

Nota Kaki : Kat Sarawak tak meriah pun sambutan Aidiladha :(
                     Tapi ibu ada buatkan ketupat dan rendang. Hehe... Sukaaaaaaa bangat!



05 November 2011

:: Jom Mengenali diri dengan Rahsia Tahi Lalat ::

2:56:00 PM 10 Comments
Hola ^^


Selamat berehat di hujung minggu semua. Hurmmm... Sekali sekala nak gak manjakan badan di hujung minggu ni kan... Bercakap pasal badan, tetiba lak Fiza ingin kongsikan beberapa rahsia mengenai badan terutamanya tentang tahi lalat.




Kekadang ada benarnya jugak rahsia ni. Namun, janganlah kita mempercayainya 100%. Cukuplah sekadar untuk dijadikan panduan. Andainya baik... Maka, jadikanlah ia sebagai satu kelebihan untuk memberi manfaat kepada orang lain. Namun, seandainya sebaliknya... jadikan sifat atau rahsia itu kelemahan diri yang patut diperbaiki... Wallahualam.


Bibir atas kanan = Banyak rezeki, pandai

Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati

Bibir bawah kanan = Disegani orang, ramai yang suka

Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah

Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita

Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua

Leher di tengah = Tercapai cita-cita

Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong

Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati

Hujung mata kanan = Baik hati, sopan santun, cerdas

Hujung mata kiri = Baik budi, murah rezeki

Punggung kanan = Agak mengalami kesulitan

Punggung kiri = Malas dan suka duduk

Betis kanan = Suka berhibur, boros

Betis kiri = Rajin, tidak suka menganggur

Lutut kanan = Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

Lutut kiri = Kurang kuat berusaha

Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita

Kepala sebelah kiri = Sering menemui kesusahan

Kepala sebelah belakang = Jujur, sabar dan tekun

Kening kanan = Cerdas dan cekap

Kening kiri = Cerdas dan sopan santun

Tengah kening = Keras hati dan berani segala hal

Hujung mulut kanan = Kecil rezeki, tak mudah kalah

Hujung mulut kiri = Suka berpoya-poya

Ketiak kanan = Dapat menyimpan rahsia

Ketiak kiri = Jujur, banyak yang cinta

Pergelangan kaki kanan = Suka keluar rumah

Pergelangan kaki kiri = Kehendak kuat

Batang hidung = Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Pada hidung = Banyak rezeki

Dagu bawah kanan = Jujur dan baik hati

Dagu bawah kiri = Bijaksana, dan berbudi luhur

Kemaluan kanan atau kiri = Baik, suka senggama

Tumit kanan = Jujur dan banyak kawan

Tumit kiri = Baik budi

Alis kanan = Suka menolong dan baik hati

Alis kiri = Ramai yang suka

Pangkal peha kanan = Kemahuan kuat

Pangkal peha kiri = Suka kerja apa pun

Telapak kaki kanan = Tak mudah mengeluh

Jari kaki kanan = Suka menolong

Jari kaki kiri = Berbudi, suka berbuat baik

Bahu kanan = Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan

Bahu kiri = Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Buah dada kanan = Baik hati, pendiam, simpan rahsia

Buah dada kiri = Ramai kawan, setia pada pasangan

Lengan kanan = Setia dan taat pada atasan

Lengan kiri = Menepati janji dan rajin

Pipi kanan = Ramai teman

Tengah-tengah pipi kanan = Ramai yang suka

Tengah-tengah pipi kiri = Ramai teman

Ubun-ubun = Kurang jujur

Pusat = Cerdas, tangkas, tekun

Pusat bahagian kanan = Sejahtera dalam hidup

Pusat bahagian kiri = Beroleh kemuliaan

Pinggang kanan = Sayang pada pasangan hidup

Pinggang kiri = Disayang pasangan hidup

Dada kanan = Dapat mengatasi masalah

Dada kiri = Berani, jujur dan sabar

Telapak kaki kanan = Tidak mudah mengeluh

Telapak kaki kiri = Baik budi pekertinya

Siku tangan kanan = Kuat ingin memiliki kejayaan

Siku tangan kiri = Baik hati, suka menolong

Jari tangan kanan = Serba beroleh keuntungan

Jari tangan kiri = Serba baik bekerja

Jari telapak tangan kanan = Banyak rezeki tetapi boros

Jari telapak tangan kiri = Banyak rezeki dan cermat

Pergelangan tangan kanan = Boros, suka bersukaria

Pergelangan tangan kiri = Dapat berpangkat

Perut bawah kanan = Banyak rezeki, suka memberi maaf

Perut bawah kiri = Baik hati, tenang hidupnya

Sudut mata kanan dalam = Disayang suami atau isteri

Sudut mata kiri dalam = Tidak mudah dilupakan pasangan

Sudut mata kanan luar = Baik budi, ramai yang cinta

Pelipis kiri = Murah rezeki, dapat jadi kaya

Pelipis kanan = Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas = Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas = Baik budi, ramai yang suka

Kelopak mata kanan bawah = Agak malas



Sambil bersantai... Rehatkan minda dengan info ringan yang Fiza kongsikan ini. Thanks kepada yang sudi membaca :)


Sumber Info : Pemanis Kata



04 November 2011

" Seorang Wanita pasti akan melaluinya "

10:47:00 AM 10 Comments

Hola ^^

Selamat pagi semua... Pagi-pagi lagi Fiza dah sajikan dengan makanan yer... Apalah! Saja jer nak menyakitkan mata dan keinginan orang yang melihat... Hehe.

Tapi, senang hapa! semuanya ada kat kedai jual makanan... Yang penting duit kena ada. Betul tak?. Namun, bukan itu yang ingin Fiza perkatakan dan kongsikan.

Sebaliknya, Fiza ingin kongsikan apakah yang dimaksudkan dengan mengidam? dan pastinya wanita yang bergelar isteri akan melaluinya... InsyaAllah dengan izin-NYA.

Hurmmm.... Kalau nak tahu, gambar-gambar kat bawah ni adalah antara makanan yang Fiza idamkan semasa transmeter pertama Fiza mengandung.

Kalau kat Sarawak kuih ni disebut Kuih Pasong

Yang ni ubi rebus... Huhhh! kalau dicicah dengan kelapa parut... 
Mak aiii, maunya terliuq. 

Yang ni antara buah yang Fiza idamkan... Kat tempat hubby Fiza mengajar... 1 Kilo harganya mencecah RM7... Mahal betul!

Hurmmm... Bercakap pasal mengidam sudah semestinya semua orang pasti mengetahuinya. Namun, kekadang bila mengidam time mengandung ni... Macam-macam hal.

Pernah ibu Fiza bagitau ada orang mengidam nak hidu tahi ayam tau time mengandung. Hehe... Nasib baik Fiza tak mengidam benda pelik-pelik.

Bukan tu jer... Malah ada yang mengidam nak makan sabunlah... Nak hidu bau asap keretalah. Macam-macam...

Haaa... Pada yang belum kawin tu... Jangan gelak atau berasa hairan. Tak mustahil tau time pregnant kita mengidam sesuatu.

Alhamdulillah... Setakat ni Fiza takdelah mengidam benda pelik-pelik. Tapi, semenjak pregnant ni, Fiza suka sangat makan buah-buahan... Macam-macam buah Fiza nak makan.

Namun, yang peliknya... Fiza memang suka bangat ngan buah durian... Tapi semenjak mengandung... Huhhh!! Bau durian pun Fiza tak suka... Apa kes?

Itulah lumrah yang akan dihadapi wanita apabila mengandungggg...

Hehehe... Tak sabar nak tengok baby!


03 November 2011

:: Ketagihan PasTa LoL ::

12:42:00 PM 8 Comments

Hola ^^

Apa khabar semua? Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam hendak-NYA. 


Hehe... Sedapkan gambar pasta kat atas tu. Namun, entri kali ini... Fiza bukanlah ingin bercerita pasal makanan atau Fiza yang mengidam nak makan pasta. Hehe... Tapi, Fiza ingin kongsikan ketagihan Fiza sejak akhir-akhir ini yang suka sangat menonton drama korea...

Semuanya bermula dengan kisah drama korea Pasta.



Ahakss... Entah! Dulu Fiza bukannya seorang kaki tonton drama korea. Tapi kini, Fiza pula yang terpacak depan tv setiap Isnin hingga Jumaat, tv2 jam 5 petang... Hehe, semata-mata nak tonton drama korea pasta.

Whatever... Yang penting seronok. Ye tak?

Bagi Fiza drama ini cukup menarik untuk ditonton terutamanya bagi penonton yang gemarkan cerita yang berkisar tentang percintaan

Ia mengisahkan seorang gadis bernama Seo Yoo Kyung yang baru menamatkan training 3 tahun sebagai kitchen assistant di La Sfera iaitu di salah sebuah restoran Italian. Telah jatuh cinta dengan Chef mereka iaitu Hyun Wook yang begitu hambar sikapnya terhadap wanita.

Pelbagai suka dan duka telah berlaku di La Sfera. Apakah penghujung kisah drama ini sama-sama kita saksikan ok.... Nanti tak best kalau Fiza citer semua kat sini. Ahaks!

Apa-apapun, thanks kepada yang sudi singgah dan follow blog saya :)



02 November 2011

01 November 2011