BETONG : Seorang bayi perempuan yang dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam lalu, ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama p...

:: BETONG : Bayi Mati dijumpai di dalam bilik Asrama ::

/
6 Comments
BETONG : Seorang bayi perempuan yang dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam lalu, ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah di sini, hari ini. 




Pemangku Ketua Polis Daerah Betong, Asisten Superintendan Hendry Nyuhai, berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 9.15 pagi tadi bagi membantu siasatan.

"Selepas menerima laporan daripada pihak sekolah, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Betong ke lokasi kejadian dan menemui seorang bayi perempuan yang sudah meninggal dengan beberapa kesan luka di bahagian leher, perut dan belakang badan." katanya di sini. 


Beliau berkata, mayat bayi malang itu ditemui terbaring bersebelahan katil pelajar perempuan berkenaan. Katanya, polis turut merampas sebilah pisau yang ditemui disorokkan dalam selimut di tempat kejadianPelajar perempuan itu dihantar ke Hospital Umum Betong bagi mendapat rawatan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.




Sumber : Lulu-page







ARTIKEL LAIN DI SINI

6 comments:

  1. Ya Allah...apa nak jadi skrg ni....

    ReplyDelete
  2. Munna : Tu lah... Lagaknya manusia skrg seperti binatang dan tiada sifat prikemanusiaan. Berani buat tapi tak berani nak tanggung :(

    ReplyDelete
  3. Ish3. Apalah nak jadi. Muda-muda lagi dah tak elok akhlaknya.

    ReplyDelete
  4. Siti Nurhuda Husna Zulkarnain : Tu lah nak buat mcmmanakan, nasi dah jadi bubur... Jadikan ia sebagai pengajaran buat kita semua agar benda seperti ini tidak berlaku kpd kita dan keluarga. Nauzubillah! Simpang malaikat 44. Thanks yer kerana sudi singgah di blog saya. Selamat berkenalan =)

    ReplyDelete
  5. Farhana Azwa : Yup! Moga2 dijauhkan perkara seperti ini. Amin! Thanks yer Farhana kerana sudi singgah di blog saya =)

    ReplyDelete