Back to Top

17 October 2011

:: BETONG : Bayi Mati dijumpai di dalam bilik Asrama ::

9:40:00 PM 6 Comments
BETONG : Seorang bayi perempuan yang dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam lalu, ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah di sini, hari ini. 




Pemangku Ketua Polis Daerah Betong, Asisten Superintendan Hendry Nyuhai, berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 9.15 pagi tadi bagi membantu siasatan.

"Selepas menerima laporan daripada pihak sekolah, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Betong ke lokasi kejadian dan menemui seorang bayi perempuan yang sudah meninggal dengan beberapa kesan luka di bahagian leher, perut dan belakang badan." katanya di sini. 


Beliau berkata, mayat bayi malang itu ditemui terbaring bersebelahan katil pelajar perempuan berkenaan. Katanya, polis turut merampas sebilah pisau yang ditemui disorokkan dalam selimut di tempat kejadianPelajar perempuan itu dihantar ke Hospital Umum Betong bagi mendapat rawatan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.




Sumber : Lulu-page





14 October 2011

:: Wordless Friday │Kasih Ibu tiada tandingan ::

10:40:00 AM 1 Comments
Hola ^^


Hahaha... Orang lain wat Wordless Wednesday... Fiza lak wat Wordless Friday. Ada aku kisah. Hehe... 



Walau apapun keadaan anak sekalipun... Kasih seorang ibu tetap tidak akan pudar!
Adakah seorang anak juga mempunyai perasaan yang sama terhadap ibunya????


Nota Kaki : Sumber gambar dari google image




08 October 2011

:: Manusia ke Binatang ?? ::

7:33:00 PM 2 Comments
Hola ^^

Alhamdulillah... Berkesempatan juga akhirnya untuk aku mengemaskinikan blog kesayanganku. Hurmmm... Lama gak aku tak membaca berita secara online. Tetiba jer hari ni terhegeh-hegeh nak bukak Mymetro.

Tak sangka ek... Kenapa manusia semakin kejam... Bayi yang baru berusia 23 hari pun sanggup diliwat... Apa kes? 


Kalau bayi lelaki secomel ini diliwat.... Apa pendapat anda?????

Hurmmm.... Tak sayang ke? tak kesian ke?

Nota kaki : Sumber gambar dari Google Images