Assalamualaikum ^^ Minggu ini merupakan minggu ke-16 kandungan ku. Fuhh!! Semakin hari semakin membesar janin di dalam perutku. Sekarang ...

Assalamualaikum ^^

Minggu ini merupakan minggu ke-16 kandungan ku. Fuhh!! Semakin hari semakin membesar janin di dalam perutku. Sekarang saiznya sudah meningkat sepanjang 16cm... Aku sungguh gembira. Namun, dalam kegembiraan ada jugak perasaan takut menerjah... Ekeke... Apa tak nyer... First baby lah katakan. Langsung takde pengalaman.

Namun, aku banyak mencari maklumat di google tentang mengandung. Hehehe... Terima kasih Mr. Google.

Sumber gambar : Google Image

Selain itu jugak... Selera makanku semakin pulih... Alhamdulillah. Dulu, minggu pertama hingga minggu ke-12... Selera makanku jatuh merudum sehingga berat badanku menurun secara drastik. Alhamdulillah, kini semakin naik sebanyak 1.5kg... Sekarang berat badanku 45.5kg. Nasib baik. Kalau tak, pasti kena sound dengan nurse.... Sebab berat badan yang menurun tak baik untuk perkembangan bayi di dalam kandungan.

Hurmmm... Sekarang ni gak, aku mulai susah untuk tidur malam dan jugak kekadang mengalami sakit pinggang. Namun, aku cuba sedaya upaya untuk mencari masa untuk tidur dan rehat. Hurmm... Bila melalui pengalaman sebegini... Aku percaya, begitu juga yang ibu kita alami ketika mengandungkan kita. Betapa susahnya mengandung 9 bulan. Sobsobsob.... Tetiba je tersentuh hati ;(

Hakikatnya, itulah antara pengalaman yang ingin aku kongsikan untuk kali ini. Hehehe... Lain kali akan aku khabarkan lagi ok.

Terima kasih kepada yang sudi membaca  =)


Assalamualaikum ^^ Selamat Hari raya... Apa-apa pun kita masih lagi dalam mood raya kan. Hurmmm... Entri kali ini Fiza ingin kongsikan cer...

Assalamualaikum ^^

Selamat Hari raya...

Apa-apa pun kita masih lagi dalam mood raya kan. Hurmmm... Entri kali ini Fiza ingin kongsikan cerita menarik tentang Facebook. Satu-satunya laman sosial yang cukup terkenal... dari budak kecil sampai nenek pun ada Facebook. Betul tak? Hehehe.

Hari ni... Fiza ada terbaca satu kisah yang menarik untuk dikongsikan di mana ia berkaitan dengan meletakkan gambar di Facebook. Ia bukan sahaja satu ikhtibar, namun sebagai peringatan buat Fiza dan rakan-rakan yang lain di mana berita ini tersiar di Kosmo.

Sumber Gambar : Kosmo


Menurut Kosmo... Seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang dikenali sebagai Ira telah mendakwa dirinya telah disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam Facebook. Menurut Ira juga, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.

Menurut Ira... Semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.

Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.

Bagaimanapun setelah berubat, baru Ira mengetahui bahawa dirinya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria.

Malah menurut Ira juga... Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.

Hurmm... Betapa dasyatnya dunia sekarang kan... Manusia sanggup menghalalkan cara demi untuk kepentingan diri. Sama-samalah kita beringat dengan apa yang telah berlaku kepada saudari Ira. Moga-moga kita dijauhi daripada perkara sebegini.

Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Terima kasih kepada yang sudi membaca entri saya =)



Hola, Hari ni hari Sabtu... dan tetiba jer nak on laptop . Entah sejak akhir-akhir ni aku dihinggapi penyakit MALAS untuk update blog... ...

Hola,

Hari ni hari Sabtu... dan tetiba jer nak on laptop. Entah sejak akhir-akhir ni aku dihinggapi penyakit MALAS untuk update blog... Mungkin pembawakan budak kot. Keekekee...

Hurmmm.... Tengok tajuk entri pasti korang rasa hairan apa punya tajuk la kan. Hehe... Sebenarnya aku ingin berkongsi cerita pasal raya tahun ni. Raya tahun ni merupakan raya tahun pertama aku di rumah ibu mertuaku. Fuhh!! Pengalaman beraya berjauhan dengan keluarga sendiri. Nangis siot raya pertama. Sian betul. Dahlah tu... Korang percaya tak? kalau aku katakan bahawa tahun ni aku tak tangkap gambar langsung... Entah tak tau kenapa. Pasti ada yang tak percayakan... Tapi itulah kenyataan. korang kena percaya tu.

First day raya orang lain sibuk, aku sempat lagi bukak Facebook sebab adik aku cakap diorang ambik gambar selepas sembahyang raya dan dah update pun kat facebook... Sedih betul bila tengok gambar diorang di pagi raya....

**** First year takde Angah dan aku... Sedih wooo...


Hurmmm... Inilah tahun pertama... Kitaorang beraya tanpa angah. Pada yang tak tahu cerita tu boleh singgah di sini yer. Berbalik kepada cerita mengenai beraya di rumah ibu mertua. Pasti yang dah berkawin sudah merasainya bukan. 

Mungkin disebabkan tahun pertama kot, Fiza rasa janggal sedikit. Lepas tu pulak. Raya pertama Fiza dan keluarga hubby Fiza pergi berziarah... Mak aii!! Sampai 10 buah rumah kitorang pergi... Dahla tu rata-rata menghidangkan air bikarbonat... Fuhhh!! Nasib baik Fiza ingat pesanan doktor... Orang mengandung mana boleh minum air bikarbonat. Hehehe... Bagi keluarga mereka yang tahu... Diorang siap buat air susu lagi untuk Fiza... Special punya air tau. Kekekeke...

Hari raya kedua pula, kami duduk kat rumah je... Tunggu family sebelah mertua pulak datang bertandang... Penat gaklah sebab ramai yang datang dan begitu jugak dengan hari raya yang ketiga.

Pada hari raya keempat pulak. Fiza ngan hubby bersiap-siap untuk balik ke kampung beraya ngan keluarga sebelah Fiza pulak. Hehehe... Seawal pagi Fiza dah bangun berkemas... Semangatttttt.... Kekeke.

Sampai di kampung pulak, disebabkan keletihan Fiza langung tak pergi berziarah... Duduk jer kat rumah.... Sampailah 6hb... Baru keluar rumah. Tu pun pasal nak pergi klinik untuk buat pemeriksaan ibu mengandung

Hehehe... Ada kisah lucu tau kat klinik. Fiza takut ngan jarum. Memandangkan sekarang Fiza dah nak masuk 4 bulan so nurse bagi first injection untuk Fiza. Fuhhh!! Tengok jer jarum Fiza terus tanya diorang... Tak sakit ke?... Nurse tu kata apa sambil gelak2... "Macam budak kecik, rasa dulu baru tau sakit ke tidak..."

Alah... Rupanya, jarum tu je nampak besar... Tapi tak sakit pun. Hehehe.

Nak cerita pasal apa lagi ek! Rasanya nantilah ek Fiza continue... terasa laparlah pulak perut ni. Hehehe...

Thanks yer kepada yang sudi membaca entri Fiza yang merapu meraban entah apa-apa. Ekeekeke...



Hola, Lamanya meninggalkan dunia blog. Entah! tetiba jer hari ini dengan semangat dan keizinan kesihatan yang baik, aku teringin nak mengem...

Hola,

Lamanya meninggalkan dunia blog. Entah! tetiba jer hari ini dengan semangat dan keizinan kesihatan yang baik, aku teringin nak mengemaskinikan blogku... Alhamdulillah. Mungkin juga hujan dari malam sampai ke pagi ini juga kot yang membuatkan aku bersemangat untuk mengemaskini.... Hehehe.

Apa-apa pun selamat pagi semua dan belum terlambat jugak kan nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri dan mohon ampun dan maaf andainya ada terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita di dunia nyata mahupun di alam maya.

Alhamdulillah... Kini kesihatanku kembali pulih... Syukur ke hadrat Ilahi. InsyaAllah, aku akan kembali ke dunia blogging dan menziarah blog kawan-kawan yang dah lama aku tak jengah... Rindunya rasa....