Hola, Keheningan petang yang mendamaikan membuatkan perasaan aku tetiba jer nak updated blog. Lamanya aku biarkan blogku bersarang. Semuan...

Hola,

Keheningan petang yang mendamaikan membuatkan perasaan aku tetiba jer nak updated blog. Lamanya aku biarkan blogku bersarang. Semuanya setelah aku disahkan mengandung 2 minggu yang lepas. Kesihatan aku kurang mengizinkan untukku menaip kata-kata. Hurmmm... Mungkin itulah pengalaman buat ibu mengandung.

Alhamdulillah ya Allah kerana telah memakbulkan doa hamba-Mu ini. Setelah setahun usia perkahwinanku... Akhirnya aku dikurniakan rezeki yang aku anggap tidak ternilai harganya sebagai tanda kasih dan sayang kepada pasangan bergelar suami isteri.

Hehe... Tapi lucu jugak pengalaman pertama mengandung yer... Rasa macam tak percaya pun ada. Tapi, hakikatnya bila rasa pening dan loya itu yang membuatkan aku rasa tak selesa dan malas nak updated blog. Huhhh!

Namun, buat teman-teman yang sudi berkunjung ke blog Fiza... Thanks yer. InsyaAllah, andainya kesihatan Fiza mengizinkan akan Fiza berkunjung ke blog korang.