Hola, Fuhhh! cakap pasal video lucah, pasti ramai ingat suami Fiza yang suka tengok video lucah ... Ahaksss... Jangan salah sangka yer... N...

SUAMI KAKI VIDEO LUCAH

/
6 Comments
Hola,

Fuhhh! cakap pasal video lucah, pasti ramai ingat suami Fiza yang suka tengok video lucah... Ahaksss... Jangan salah sangka yer... Nauzubillah! Simpang malaikat 44, hubby Fiza bukan sebegitu orang nyer. InsyaAllah...

Sebenarnya, Fiza tertarik satu tajuk di ruangan soal jawab Agama di harian Metro iaitu pasal seorang isteri mengadu dan ingin mendapat pendapat ustaz mengenai hukum melihat video lucah dan apakah hukum meminta cerai disebabkan benci akan sikap suaminya yang tidak pernah berubah dan berterusan menonton video lucah...

Haaa...

Apakah hukum melihat video lucah?

Persoalan menonton video lucah adalah jelas ia haram dan berdosa. Ini kerana menonton video lucah melanggar batasan agama, iaitu dengan (1) melihat perbuatan zina yang diharamkan Allah, (2) melihat aurat yang diharamkan terutama bahagian sulit

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain,” (3) terbayang wajah dan aksi pelakon video berkenaan dalam hubungan suami isteri (4) menimbul prasangka buruk antara suami isteri (5) merangsang untuk melakukan perbuatan maksiat dan dosa sama ada pada keluarga atau orang lain

Haaa... Jangan tak tahu dan buat-buat tak tahu... Haram dan Berdosa hukum menonton video lucah tau...

Pasal nak bercerai pulak....

Secara umum ia boleh dijadikan alasan untuk bercerai. Bagaimanapun, perlu diingat bahawa perceraian adalah penyelesaian terakhir konflik rumah tangga. Hakikatnya, selesaikanlah secara berhemah...


Kesimpulannya, sebagai seorang Islam... Kita dilarang sama sekali melakukan perkara yang haram lagi berdosa. Jangan hanya pada nama bergelar Islam, tetapi hakikatnya perjalanan hidup jauh bertentangan... Sama-samalah kita beringat dan memikirkannya. Wallahualam!


Sumber info : Harian Metro




" Haram dan berdosa hukumnya menonton Video Lucah "






ARTIKEL LAIN DI SINI

6 comments:

  1. Bernas perkongsian sis. Sekarang ini, dunia menjadi tiada sempadan. Semua boleh dapat melalui internet. Video lucah itu sekadar umpan syaitan agar ramai yang tersesat.

    ReplyDelete
  2. dan usah juga menyebarkan video lucah, (sebelum ni hangat tentang video seks bukan?)

    ReplyDelete
  3. sekarang dah banyak video lucah..semoga disebarkan dosa2 itu..

    ReplyDelete
  4. senang sgt nk dpat video lucah skrang,bdak2 skola rendah pun dh ada koleksi.haihh modern sgguh !

    ReplyDelete
  5. emm pernah dengar org kata klu tengok video lucah hati akan hitam selama 44hari,yg penting mmg dosa..

    ReplyDelete
  6. tapi sekarang ni kerajaan pon edar video lucah..hehe

    ReplyDelete